Salam hormat semua,
Selain dari pelbagai alasan yang menghalang kita dari menceburi dunia menjana pendapatan online, kemahiran menulis artikel di dalam Bahasa Inggeris adalah penyumbang besar kenapa ramai newbie yang MATI TENGAH JALAN. Adapun otai-otai IM Malaysia diluar sana hanya lebih sukakan pasaran Malaysia kerana faktor ini juga. Begitu jugalah dengan saya. Memiliki kemahiran menulis artikel dalam bahasa antarabangsa ini akan memberikan 1001 kelebihan berbanding orang keramaian. Percaya atau tidak, hampir 99% sumber menjana pendapatan di dunia online ini menggunakan bahasa tersebut.
Namun, hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. Saya begitu optimis dalam bidang ini. Bukan kerana untuk menyedapkan hati sendiri. Tetapi jika ingin memajukan diri, yang pahit mesti ditelan, yang perit mesti ditahan, dan yang susah mesti diselesaikan. Semua bergantung kepada keinginan, matlamat, keazaman dan kesabaran.
Waaahh..banyak juga celoteh saya.
Berbalik kepada tajuk yang saya tulis, saya tertarik dengan satu lagi servis baru yang ditawarkan. Servis tersebut ialah servis menulis artikel BI dengan kos yang cukup murah. Kebiasaannya saya terpaksa mendapatkan khidmat penulis-penulis ( freelancer ) di Malaysia yang akan mengenakan caj RM20-RM150 untuk 1 artikel BI yang unik. Kini, saya hanya perlu berbelanja sebanyak RM3-RM7 sahaja untuk 1 artikel yang UNIK.
IWantArticles.com
Selain Microworkers.com, iWantArticles.com adalah satu lagi web yang fungsi seakan sama kedua-duanya. Saya pernah menggunakan servis MicroWorkers.com . Di web tersebut, anda akan diberi pilihan untuk menjadi majikan mahupun pekerja. Begitu juga dengan iWantArticles.com . Konsepnya mudah. Anda buat kerja yang disuruh, anda akan dibayar. Atau sebaliknya, anda mengupah orang untuk lakukan sesuatu kerja, anda akan membayar untuk hasil kerjanya.
Dari pengamatan saya, MicroWorkers.com lebih menjadi tumpuan orang-orang dari negara India. Dari 20 kerja yang saya berikan, hampir 85% adalah datangnya dari hasil kerja Rakyat India. Ia bukannya masalah besar, cuma anda perlu berfikir sebelum mengupah apa-apa kerja di sana. Selalunya, kerja-kerja mudah sangat sesuai diberikan di sana.
Begitu juga dengan iWantArticles.com . Sehingga saat saya menulis, saya telah pun selesai mengupah kira-kira 17 orang penulis untuk menulis artikel BI yang unik untuk saya. Jujur saya katakan, ia memang mudah dan kos pun sangat rendah. Cara outsource ini memang cukup sesuai jika anda tidak mempunyai masa yang banyak dan kurang arif dalam kemahiran berbahasa.
Kelebihan iWantArticles.com
Saya pasti web seperti ini tidak mempunyai banyak persaingan. Lagipun servis yang ditawarkan sangat rendah kosnya. Dalam 1 kempen, anda boleh mendapat hasil artikel yang memuaskan. Bahkan jika anda tidak puas hati dengan kerja si penulis, anda boleh membatalkan dan tidak perlu membayar untuk hasil kerja penulis tersebut. Berikut kelebihan-kelebihan yang saya dapati dari servis web tersebut : (more…)
Komen Terkini