Logo Background RSS

Advertisement

Mana Lebih Menarik, CPC atau CPM?

  • Artikel ringkas hari ini,saya ingin berkongsi secebis info berkenaan teknik dari pengiklanan Pay Per Click ( PPC ).
    pay-per-click-management
    Tahu tak rakan-rakan apa itu CPC?
    Haaa…CPC ni ialah singkatan bagi Cost Per Click. Maksudnya sebarang iklan yang menggunakan CPC di caj berdasarkan klik. Jika ada yang klik iklan tersebut, maka si pengiklan tersebut akan dicaj. Mudah bukan?

    Actual cost-per-click (CPC)

    This is the amount you’ll actually pay for a click on your ad. The AdWords Discounter automatically gives you the lowest possible price in order for you to maintain your ad’s position. Your actual CPC will be equal to or less than the CPC bid you specify for your ad group or keyword.
    Sumber : Adwords

    CPM tu apa plak?
    CPM adalah singkatan bagi Cost Per Million..Hohoho..Betul ke? Tak…CPM ini ialah Cost Per thousand Impression. Maksudnya sebarang iklan yang menggunakan CPM akan dicaj berdasarkan impression ( paparan ) iklan tersebut. Biasanya 1000 kali terpapar akan dicaj dengan sejumlah amaun.

    Cost-per-thousand Impressions (CPM)

    This stands for cost-per-thousand impressions. A CPM pricing model means advertisers pay for impressions received.
    Sumber : Adwords

    Justeru, mana yang lebih baik?

    Jawapannya bergantung kepada matlamat pengiklanan masing-masing. Jika CPC, anda terpaksa bayar berdasarkan klik dan katakunci ( keyword ). Click Trough Rate ( CTR ) ? yup…banyak pulak C daaaa…Takpe, nanti kita bincangkan tentang CTR pulak. Kalau CPM, anda terpaksa bayar untuk 1000 kali paparan ke atas iklan anda. Maksudnya 1000 kali terpapar, anda akan di caj. Kalau CPM untuk iklan anda adalah RM 1, anda perlu membayar sejumlah RM100 untuk 100,000 iklan anda terpapar. Nak tahu tak apa website yang biasanya ada pengunjung seramai ini di Malaysia? Hohoho..salah satunya ialah MalaysiaKini.

    Ada banyak lagi input sepatutnya saya nyatakan untuk perkongsian ini. Tapi rasa macam tak muat je. Boleh buat seminar atau kelas untuk bab ni je..heheh.. Takpe la…Harap-harap kita dapat sama-sama berkongsi input berguna.

    Saya alu-alukan persoalan dan perbincangan untuk artikel ini diperbincangkan. Jadi gunakanla ruang komen dibawah sebaik-baiknye…

    Jumpa lagi..

    ps: imej dipetik dari “http://www.neutralize.com/pay-per-click/pay-per-click-management.htm”

    pps: Selain Cost Per Click ( CPC ), Cost Per Thousand Impression ( CPM ), pernah tak anda dengar tentang Cost Per Action ( CPA ) ?

  1. #1 zaki
    April 12th, 2008 at 2:45 pm

    Syabas! Penjelasan yang memang perlu. Banyak orang tak sure atau tak tau pasal benda ini.

    Bagi saya, decision CPC atau CPM bergantung kepada 2 perkara:

    1. Budget kita
    2. Sejauh mana target kita.

    Kalau kita dah specify nak mengiklan di blog/site/forum power (traffic tinggi), maka kita akan menempah maut kalau pakai CPM. Bagi saya baik pakai CPC kat situ. Namun demikian statement saya ini masih subjective sebab kita perlu buat analysis dan eksperimen before betul2 jump into the real decision. Rasanya you boleh kupas pasal kat mana nak select CPC dan CPM dalam adwords…

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 naem
    April 12th, 2008 at 3:41 pm

    Trimas bro zaki…

    Yup, segala-galanya subjektif melainkan jika kita tentukan matlamatnya..

    InsyaAllah, dalam post seterusnya saya akan kongsi bagaimana memaksimakan traffik ( 100,000 paparan ) dengan kos per klik yang lebih rendah dari RM100…saya baru je tau..masih belum praktik tapi memang logik caranya

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Fauzi
    April 13th, 2008 at 10:24 am

    Hi Mohd Naem,
    Saya sudah dimaklumkan sebelum ini oleh Arman Morin seorang Marketer yang terkenal, mencadangkan supaya memilih CPM di dalam iklan kita.Alasan jelas tidak diberitahu, tapi dia suka begitu. Walau apa pun dia kata, buat iklan tak perlu kalau kita tak ada website. Habis duit saja tak tentu fasal. Kalau buat iklan orang tak beli, mana dapat duit kalau daripada orang klik saja. Kalau ada website google akan bayar daripada orang klik CPC atau CPM pada website kita. Itu kelebihan mempunyai website dan iklan melalui Google Adsense. Sebenarnya cadangan saudara ini adalah satu permulaan kepada google adsense kemudiannya.
    Kepada orang baru jangan agresif di sini nanti habis ongkos kena bayar. belajar dulu dari Forum dan ASQ pada mana-mana blog yang berkaitan dengan Google Adwords dan Google Adsense. Contoh sangat baik ialah daripada Raja Adsense. Untuk selanjutnya boleh lawati Weber Internet Marketing, a very cool person dan sesuai untuk orang Malaysia. Saya sentiasa melawat blog Mr Steve Weber. Saya terlupa URL blog beliau,tapi boleh cuba di Google. Taip saja Weber Internet Marketing Blog. Kalau tak jumpa boleh hubungi saya, saya akan cuba cari URL itu. Sekian dulu, dan terima kasih di atas maklumat saudara yang sangat berharga itu. Jumpa lagi.

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 naem
    April 13th, 2008 at 11:21 am

    thanks bro fauzi…

    kalau tak salah saya, kegunaan CPM secara spesifiknya lebih menguntungkan… Tapi kena pada caranya la…Untuk CPM ni, kena pilih placement targeting…Kalau CPC, pilih keyword targeting..

    oh ya, ttg ada web atau takde web tu, saya kurang setuju skit. Sebab ramai IM luar sana ta juga miliki pelbagai web jualan untuk digunakan dalam kempen ni. Kebanyakan dari diorang turut mempromosi web affiliate menggunakan PPC. Contoh paling mudah Jonathan Volk.

    So, tugas blog ini sekarang ialah menculik serba sedikit teknik2 PPC diorang untuk digunakan bersama disini…hehehe

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 alif
    April 17th, 2008 at 3:10 pm

    wow..tough question for internet beginner just like me.Tapi,atas pengalaman masa main numenmail.com dulu,better CPC.Sebab nak terangkan saya pun tak berapa nak faham apa yang saya baca aritu.Hari ni tak bawak pendrive..nanti klu ada saya kongsikan laman web omputih tuh.Penulisnya tak silap sape entah.till now.

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 ikhsan
    December 6th, 2009 at 9:01 am

    sebenar CPC waktu kita set iklan tu kita bayar kat provider atau sebaliknya. Boleh tolong terangkan pasal saya tengah pening ni…

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: