Hadiah Sebuah Ebook & JV PPCPercuma dot Com
-
Salam buat semua
Saya tak dapat nak berceloteh panjang untuk post hari ni. Cuma apa yang saya dapat singkapkan ialah saya nak mempromosikan ebook saya sendiri.
Barangkali ada yang belum pernah membaca ebook tulisan saya, jadi boleh dapatkan disini. Panduan percuma yang saya tajukkannya dengan perkataan ” Rahsia 7 Dalam Adwods “.
Kemudian saya kongsikan 1 tips yang tak ramai orang tahu tentang mengaktifkan Adwords menggunakan Maybank2u. Percuma jugak ebook tu. Khas kepada mana-mana subscriber saya yang telah dapatkan ebook percuma pertama saya di atas. Untuk maklumat tentang ebook tu, boleh baca disini “Aktifkan Adwords Dengan Maybank2u“Ok…tarik nafas jap…
Saya ringkaskan..
Pada 20hb April nanti, saya akan lancarkan ebook pertama saya versi berbayar.
Maklumat tentang ebook :

Tajuk : Rahsia PPC Percuma
Kenapa dengan tajuk ni ? Saya dah bingung sebenarnya. Tapi apa yang rahsia tu ialah bagaimana saya menggunakan tawaran sedia ada syarikat Pay Per Click (PPC ) seperti Adwords untuk membina akaun dan menjalankan kempen iklan tanpa perlu hiraukan kos.Yup..Fakta perlu tahu !
Untuk membuka akaun Adwords, anda perlu depositkan RM 20 ( USD$5 )…cara saya tak perlu..percuma je
Untuk mengiklan, anda perlu deposit RM 40…biasa la kan..Kalau tak, nak iklankan produk macammana. Tapi dengan cara yang saya dedahkan dalam ebook ini, anda akan dapat tambahan RM160 malahan lebih secara percuma. Hohoho..dengan RM 40, dapat plak RM 187 lagi tu..
Itu baru Adwords, macammana dengan Yahoo Search Marketing? pernah anda mengiklankan produk dengan YSM.. Ke arbitrage adsense dengan YSM?
Tak pernah? ok..caranya pun mudah jugak…Dalam ebook ini saya terangkan bagaimana anda boleh membina lebih dari satu akaun YSM dan dapat tambahan USD$100 ke dalam setiap akaun. Caranya mudah..
Kesemua ini saya dedahkan bukan dengan satu cara, tapi lebih dari 5 cara..
Berapa tebalnya ebook Rahsia PPCPercuma ni?
Tebal tu takle sangat..Lebih kepada hal2 teknikal..Jadi banyak gambarnya..Tebalnya lebih kurang 65 mukasurat sahaja..tak termasuk kulit ecover..hoho..
ok, saya jamin jika anda lakukan apa yang saya dedahkan dalam ebook ini, pasti anda akan dapat USD$50,USD$100 bahkan lebih dari itu.
Cuma masalah sekarang ialah saya tak tahu plak nak letakkan harganya berapa.. Boleh tak bantu saya?
Saya perlukan bantuan untuk tentukan harga ebook ini.
Bantu saya dengan nyatakan harga yang berpatutan dengan para pembeli dan logiknya harga tersebut… Hadiahnya nanti saya akan berikan ebook ini percuma kepada anda dan satu lagi hadiah yang menarik iaitu tawaran JV dengan saya dengan bakal keuntungan RM 500 untuk anda..
Cepat-cepat…bantu saya sebelum saya pening kepala. Pertandingan ini sehingga jam 12 malam 18 April 2008 sahaja..
Hanya seorang je yang saya akan pilih…lekas..cepat..




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






April 17th, 2008 at 3:55 am
Saya cadangkan RM25.00. Harga mampu milik. Tak mahal, dan tak murah sangat !
April 17th, 2008 at 3:55 am
Saya rasa RM20 – RM30 harga mapu milik kot… lagi pun ianya akan jadi evergreen & sumber rujukan sebelum ramai lagi penulis baru menulis tentang adword juga. Paling penting jualan masa pelancaran, MESTI MELETOP! dan lebih penting mailing list yg naem buat mcm skrg ni. Rasanya dah cukup berkesan utk long terms…
April 17th, 2008 at 4:12 am
aku rase rm 30.00
tapi untuk berdesup punyer sale harge promosi rm 19.90 sampai akhir bulan niih confirm meletup letup letup sale
April 17th, 2008 at 4:22 am
bagi saya RM20 sudah memadai pada harga promosi utk sesuatu tempoh tertentu.selepas itu anda hendak naikkan RM30 tidak mengapa.yang pasti biarlah ia berharga dalam diakhiri dengan angka ‘0′ kerana tak semua orang pandai bank online.mcm sy mula2 nak beli ebook pun mcm 2.
April 17th, 2008 at 4:28 am
Saya setuju dengan harga RM15.00 tu ia nya akan memudahkan orang ramai memperolehinya.
Pasti meletop punya.
April 17th, 2008 at 4:37 am
Assalamualaikum Naem.. Saya cadangkan harga ebook tersebut dengan kadar RM20. Selain daripada rujukan dan panduan, diharap ebook yang akan dilancarkan ini mampu dimiliki oleh mereka yang memerlukan khususnya golongan pelajar yang selalunya mencari kaedah ‘membebaskan’ diri mereka dari kemelut kewangan di samping beroleh ilmu ini untuk diri sendiri dan ‘dikongsi’ bersama tema-teman yang lain. (Semoga berjaya)..wassalam
April 17th, 2008 at 4:44 am
kebanyakan ebook memang agak mahal harganya. yang ada pun harganya sekitar rm50 dan ke atas. kalu boleh semua orang nak percuma tetapi saya menilai isi dan faedah dan hasil pulangan yang bakal dimiliki dari ebook tersebut, jadi saya rasa harga rm35 berpatutan dan jauh lebih murah dari harga ebook yang lain. kalu bawah dari harga tu macam percuma je…kadang-kadang saya rasa macam malu malu juga nak barang, tapi nak harga murah. ma’af, itu pandangan saya…terima kasih
April 17th, 2008 at 4:44 am
Saya rasa antara RM20-RM35 kalau lihat pada muka suratnya. Tapi kalau ada fast action bonus masa pelancaran dan letak RM20 je dulu lagi bagus, jadi pembeli pun rasa tak mahal, pastu baru naik harga sikit.
April 17th, 2008 at 4:45 am
rm 20.00-rm 30.00 kira o.k pasal otai im semua harga ebook macam tu..
April 17th, 2008 at 4:47 am
Rm15…cukuplah…untuk menarik perhatian org2 yg belum mengenali awak. Lebih banyak org beli…lebih popular lah awak. Untuk buku yang seterusnya baru boleh charge lebih2 sikit…tak gitu?
April 17th, 2008 at 4:51 am
ebook percuma yang ada beri itu sepatutnya boleh diletakkan harga..dalam rm10, tetapi anda berikan percuma..sungguh pemurah anda ya
bagi yang berbayar..pastinya ia lebih banyak info yang berguna dan sangat ingin diketahui ramai, termasuk saya…
harga? saya cadangkan RM 27, tak rendah, tak mahal..kalau nak lebih memudahkan orang beli, letak harga RM30…coz tak semua lagi yang tau nak guna internet banking,so boleh attract prospek yang lebih yakin guna CDM dan ATM untuk beli ebook anda
bagi tawaran terhad…bila tamat, up kan jadi RM37…ok dah tu, harga paling mampu milik bagi sumer orang
…
April 17th, 2008 at 5:11 am
Harga RM20.00 tu kira ok lah.
April 17th, 2008 at 5:24 am
hurm agak menarik jugak ebook nih. cuma xpandai sangat la nk letak-letak harga nie slagi xtau isi kandungan die. mungkin USD$5-USD$7 sesuai dengan isi kandungannya yg membongkar rahsia yang tidak ramai yang akan berkongsi sebegini. gud luck!!
April 17th, 2008 at 5:38 am
Saya rasa RM15 tu pun berpatutan. Dan lagi promosi jgn terlalu pendek, sekurangnya 3 minggu ok la tu.
April 17th, 2008 at 5:40 am
Price should not be any issue. As long as your ebook has value and has “wow” factor, i think it can be within the rage of $15-$20.
April 17th, 2008 at 5:52 am
Harga promosi dah ok la dengan harga RM15. Buat limitation untuk 25 orang pertama ke. Pastu naikkan harga kepada RM25 @ RM30. Just cadangan.
April 17th, 2008 at 5:56 am
Saya cadahkan rm50 kerana ni adalah berpatutan dengan semua golongan dari yg byk duit hingga lah yg sikit duit. mereka mampu membelinya.
April 17th, 2008 at 6:19 am
Saya cadangkan Rm 9…..
Pasti lagi ramai yg akan membeli kerna Rm 9 pastinya harga mampu milik….
April 17th, 2008 at 6:33 am
Cadangan saya mulakan dengan harga RM15 untuk tempoh promosi pelancaran untuk satu atau dua minggu. Selepas itu harga akan dinaikkan ke RM20 atau lebih.
Sebaik-baiknya antara RM20 – RM30. Harga ni boleh dianggap mampu milik dan masih berbaloi untuk Naem jika mula menjualnya dengan sistem affiliate kerana kebiasaannya kita akan bayar antara 50% – 70% komisyen kepada affiliate.
Komisyen 50% sudah cukup menarik bagi affiliate dan saya yakin Naem tentu tak mahu melepaskan peluang mengedarkannya melalui affiliate untuk mencakupi pasaran yang lebih luas.
April 17th, 2008 at 7:21 am
i rasa antara RM20 hingga RM30.Klu letak terlalu murah nanti orang fikir ebook terebut mcm spam pulak..klu letak terlebih harga nanti ramai yang kurang berminat untuk membelinya..so harga yg terbaik bagi saya RM20-RM30
April 17th, 2008 at 7:25 am
Terima kasih kerana menjemput saya ke laman anda..Pada pendapat saya,RM20 sudah cukup berpatutan.Mari kita fikir bersama relevannya RM20.Pertama,mudah.Mencari dan menyimpan RM20 dalam mesin deposit bank sangat mudah.Kadang-kadang manusia suka memikirkan perkara yang mudah untuk mendapatkan sesuatu.Gandaan RM15 boleh dilakukan dengan mudah dan tidak menyulitkan pembeli.Kedua,murah.Orang akan fikir murahnya untuk mendapatkan Rahsia ini.Cuma RM20.Pasti mereka akan berebut-rebut untuk mencarinya.Jika terdapat unsur RM yang tidak genap,menyukarkan pembeli untuk mencari baki yang tidak genap tersebut..Setakat ini sahaja pendapat saya untuk kali ini.Saya rasa,ada banyak lagi yang ingin saya luahkan.Terima kasih.
April 17th, 2008 at 7:27 am
Anggaran harga RM10-30 dah kira ok. Pastinya ramai yang mampu untuk membayar. Aku rasa budak sekolah pun mampu beli diorang topup handphone pun dalam anggaran ni jugak.
April 17th, 2008 at 7:33 am
Dear Naem,
Tuk ebook PPC yang sedang demam, harga RM 20 (USD 5) tak mahal la.., saya setuju dengan Sukeri nak jual ebook dengan affiliate kerana akan lebih murah je..
April 17th, 2008 at 7:57 am
saya cadangkan RM 20.00 sesuai sgt untuk e-book tempatan.
April 17th, 2008 at 8:17 am
Assalamualaikum,
Encik Naim, saya rasa harga dalam RM25 hingga 30 pon dah ok.
terpulang pada encik, kalau letak RM100 pon org mgkin akan beli jugak.
just my opinion…
April 17th, 2008 at 8:26 am
Naem,firstly aku nak ucapkan tahniah pada ko kerana berjaya ebook walau dalam kekangan masa sekalipun.
Tentang harga tu…pada aku harga yang ko rasa nak jual dengan RM15 tu adalah munasabah. Tetapi pandangan aku RM15 tu ngko hdkan kepada 30 pembeli pertama. Kemudian, ngko naikan kepada harga yang ko sendiri rasa berbaloi dgn usaha ko dan disamping itu tidak terlalu membebankan bakal pelanggan ngko.
Sentuhan pertma ngko akan dinilai oleh pembaca…dan sekiranya kualiti ebook ko lebh mahal daripada harga ebook…aku pasti..selepas ini ko petik jari jer…pasti laku macam pisang goreng panas.
April 17th, 2008 at 8:34 am
sy cadangkan ebook ini pada harga RM 30. harga pertengahan.
April 17th, 2008 at 8:37 am
Saudara telah bermula dengan baik..dengan memberi peluang kepada orang lain membaca hasil tulisan anda secara percuma dan dalam masa yang sama mereka mendapat faedah sebahagian dari ilmu yang saudara ada. Tahniah, semoga usaha saudara diberkati.
Perkara pokok sekarang ialah berapa pula harga yang hendak di letakkan untuk e-book saudara yang pertama ini?. Saya memang tiada pengalaman dalam melahirkan e-book kerana tiada kemahiran dalam bidang penulisan tapi kalau melukis..boleh la..haha.
So, cuba lah perhatikan beberapa faktor penentu sebelum harga muktamad saudara putuskan. Antaranya boleh la di nilai dari beberapa perkara berikut:
1) MODAL – Adakah saudara menggunakan modal yang besar untuk melahirkan e-book tersebut. Maksudnya mungkin saudara telah berhabisan dengan menghadiri kursus @ sebagainya bagi mendapatkan ilmu yang saudara ada sekarang ini.
2) MASA – Berapa lama masa yang telah saudara ambil untuk menyiapkan keseluruhan e-book tersebut sehingga siap sepenuhnya. Adakah saudara telah menggunkan sepenuh masa saudara untuk mencipta e-book tersebut @ hanya part time sahaja.
3) TENAGA – Adakah saudara banyak menggunakan tenaga fizikal. Maksudnya adakah saudara perlu ke hulu ke hilir untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan e-book tersebut.
4) HAK CIPTA – Maksudnya adakah e-book saudara ini hasil sepenuhnya dari pengalaman, post mortem, pemerhatian, kajian dan pengalaman dari kepakaran saudara sendiri atau hanya diadaptasi dari sumber rujukan lain.
5) JUAL NAMA – Adakah saudar telah di kenali dan mempunyai ramai peminat? (mcm penyayi pulak..hehe). E-book ini pun satu perniagaan. Nama saudara sebagai trade mark nya. Kalau nak “jual” nama, harga biar murah sikit. Ramai yang beli kerana harga mampu milik maka ramailah yang akan kenal saudara. Dalam perniagaan, nama adalah penting kerana pelanggan akan mengetahui kualiti hasil dari jenama yang mewakili produk kita.
Alamak Bro, panjang pulak saya tulis ya. Ini cuma pandangan saya je. Itu pun kalau boleh di guna pkai lee..hehe. Mungkin banyak lagi faktor yang boleh di pecahkan. Hanya saudara je yang tahu. Perkara akhir yang perlu di tengok juga adalah kualiti keseluruhan e-book itu sendiri. Adakah secara peribadi saudara telah berpuashati?
Harga?? Kalau satu faktor RM5..ada 5..RM25 sahaja. Kalau nak tambah harga lagi..tambahlah faktor-faktor lain la…hehe. Untuk promosi saya cadangkan hanya RM20. Potongan 50% dari harga asal, RM40…selepas 3 minggu di lancarkan..pasti meletup!!
Semoga terus berjaya…
April 17th, 2008 at 8:50 am
Salam…
Dicadangkan RM20 adalah harga yang berpatutan dengan hasilnya kelak…
Nilai RM20 rasanya semuanya mampu…
April 17th, 2008 at 8:57 am
Saya setuju dengan harga rm15~!
April 17th, 2008 at 9:18 am
Mulakan dulu dgn RM15 sebab bukan semua orang ada duit byk tu. Tggu hingga mendapat sambutan baru lah naikkan harga ke tahap berpatutan sambil memikirkan tahap kemampuan pembeli.Saya rasa RM 30 sangat berpatutan
April 17th, 2008 at 9:20 am
Salam;
Ramai yg cadangkan harga antara RM15 ke RM30.
Tapi saya cadangkan ebook pertama Naem RM18.
Ya..murah tidak semestinya membunuh industri ebook
ni…kerana bagi saya inilah masanya anda dapat mengumpul
pembeli pertama Naem..betul tak?
Sekiranya harga yg menarik Naem berikan sekurang2nya
newbie yg baru nk berjinak2 dgn ebiz akan membeli ebook
pertama Naem nih.
Langkah pertama Naem kumpul seberapa ramai pembeli dengan
ebook pertama Maem ni kerana mereka inilah pembeli yg akan
membeli produk Naem yg seterusnya pada masa akan datang.
Dah tentu Naem bukan nak lakukan konsep ‘i jual u beli’ betul tak?
Ya..jadikanlah ini strategi pertama Naem utk terus maju..
Sekian.
April 17th, 2008 at 9:51 am
Salam,
Bagi saya RM 37 ok
April 17th, 2008 at 11:30 am
Firstly, you kena compare harga dengan e-book lain… then you can fix the prize for your e-book. Thank you.
April 17th, 2008 at 12:53 pm
Buat dalan dua harga :
1. RM20 untuk ebook tu sahaja
2. RM30 untuk ebook plus bonus yang special dan hebat atau tawarkan satu lagi ebook yang berkaitan.
macam sham rajaadsense buat.
April 17th, 2008 at 1:06 pm
Di cadangkan jika Naim pening sangat, bahagikan kepada dua harga. Naim boleh menjual ebook sahaja tanpa bonus dengan harga RM25. Ini untuk opsyen basic. Untuk opsyen premium (beserta bonus) boleh berikan harga RM38. Jika naim kreatif boleh adakah opsyen ketiga di mana naim sertakan support sesi konsultansi ke… Kalau yang ni Naim boleh caj sampai RM60.
Pelbagaikan nilai harga sekurang-kurangnya macam memberi desakan kepada prospek utk membeli juga tak kira opsyen mana. Ini cuma pandangan saya. Saya terfikir macam ni pun sebab ke seminar Saifulsham.
Just my one cent. Wasalam
April 17th, 2008 at 2:42 pm
Hi Naem,
Pada pendapat saya harga RM30 buat permulaan adalah berpatutan. Kenapa saya kata begitu? Look…. dalam dunia internet sekarang begitu banyak lambakan e-book di pasaran. Daripada yang percuma hinggalah kepada yang beratus dan ianya masih ada lagi pembeli. Dan buat permulaan mereka semuanya menjual e-book mereka serendah RM30 untuk beberapa ketika dan selepas itu baru lah harga akan dinaikkan. RM20 bukan lah tak bagus tapi untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu apalah salahnya bersusah sedikit asalkan pulangannya alhamdulillah….. Betul tak? Contohnya saya sendiri… Saya telah membelanjakan hampir beratus ringgit hanya untuk membeli e-book di internet… Kerana apa saya sanggup membelinya? Kerana…. setiap e-book yang dibeli itu menawarkan harga yang mampu beli iaitu RM30@ RM40@ RM50 jadi ianya tidak membeban saya sebagai pembeli. Dan bukan lah dibeli serentak tapi selang sebulan gitu…. Dan lagi satu jika Naem meletakkan harga RM15 tak semua CDM yang menerima RM5 untuk dibank in kan… Majoriti CDM menerima notes RM10, RM50, RM100 saja. Dan tidakkah akan menyusahkan pembeli nanti utk bank in duit ke akaun Naem? Drpada hendak membeli langsung nanti tak jadi membeli hanya di sebab kan RM5…. Tapi terpulanglah pada Naem…. Ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang pembeli yang selalu membeli e-book di internet…. Thanks..
April 17th, 2008 at 2:58 pm
hmm..saya tertarik la dengan Encik Naim.Nak jual e-book pun tanya kawan kawan brape harga!! Brape yang mampu..!Bole dilabelkan sebagai Mr Nice Guy. Pendapat saya brapa harga e-book atau sesuatu buku bergantung kepada kualiti dan kuantiti sesebuah buku itu.Tetapi mengikut apa yang di “paste” kan oleh Encik Naim..saya rasa buku nie MACAM bagus.Setaraf dengan penjual E-book omputih yang memang ramai.Russell Brunson,Charles Ryder, Andy Duncan nama nama syarikat dan boss boss yang dah mantap dalam bisnes nie..! so,cadangan saya RM 35. Boss untung ,anak anak buah pun untung.Kira win win situation la..pendapat saya la.Setiap orang ada pendapat masing masing kann..
April 17th, 2008 at 3:12 pm
Naem,
Cadangan saya pun RM15 terbuka utk bbrpa org terawal. Then baru naikkan harga antara RM20-RM30. Itu pun dah ok, semua mampu beli.
Regards,
kakeru
April 17th, 2008 at 3:52 pm
RM 15-20 .Jika di lihat pada bisnes ebook ,selalunya pembeli lebih suka mencari harga yang lebih murah kerana banyak tawaran yang diberikan selalunya berharga 30 dan keatas ini boleh menimbulkan rasa takut kepada pembeli jika hasilnya nanti tidak mencapai seperti yang dikatakan…
April 17th, 2008 at 4:04 pm
salam naem,
still sempat lg ker?hehe..sy lmbt bukak e-mail..mmm..berapa yek..mungkin dalam RM9.90..hehe..gud luk..
April 17th, 2008 at 4:04 pm
lupe..klu nka buat MRR..mgkin dlam RM19.90..
April 17th, 2008 at 4:21 pm
Saya cadangkan naem letak harga RM 25.00 amat sesuai untuk ebook tersebut. Harga promosi. kemudian naikkan harga kepada RM30 amat sesuai untuk pasaran malaysia.
April 17th, 2008 at 4:44 pm
Salam Saudara Naem,
Bukan mudah untuk menyiapkan sebuah buku atau ebook. Lagi, bukan senang untuk dapat kepercayaan orang ramai tentang perniagaan internet, lebih-lebih lagi kepada orang baru(Newbie) di Malaysia. Di US, UK dan negara-negara maju perkara ini bukan lagi skeptikal kepada mereka. Mereka akan beli jika harga bersetuju dengan kemampuan mereka. Oleh kerana pertama kali saudara Naem mempromosikan produk jualan, saya cadangkan RM 15.00 sahaja sebagai langkah pertama. Kita dapat konfiden dulu daripada pembeli. Saya rasa dengan harga ini mereka mampu dan sanggup membayarnya tanpa periksa kandungannya.
Newbie pula akan sanggup mencuba, apakah kandungan buku ini menambat hati mereka? Lihat dulu permintaan daripada pelanggan. Yang pentingnya apakah saranan saudara itu berbaloi bagi mereka. Jika berbaloi sudah pasti kemudiannya ramai akan menemui saudara. Lepas itu bolehlah nak naik harga. Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit.
April 17th, 2008 at 4:50 pm
Salam…
Saya cuba komen seringkas yg mungkin agar nampak fakta dan sebab.
1. RM10
2. Nilai yang boleh dianggap senang jual (saya ada pengalaman pasar mlm), org kita tak lokek dgn RM10atau RM5… kalu lebih sikit atau angka lain, mereka fikir byk kali..
3. terlalu banyak lambakan ebook dipasaran, yg berquality dan tak. juga drp yg ada pengalaman & nama / tak
4. mungkin bole study salesletter / ebook $7 dollar secret
5. hadkan utk 300 org pertama (tiru shuth’s WC300) jgn marah shuth… copycat marketing
6. after 300, lain harga…
7. mungkin utk affiliate, 100% komisyen (direct to their’s paypal)
8. ,… tu je la kot… penat baru sampai dari KL… (balik hari)..
anyway.. Good luck!
April 17th, 2008 at 5:22 pm
Saudara Naem,
Saya cadangkan anda letakkan pada harga RM47 disertakan dengan hadiah-hadiah lain jika membeli ebook ini.Pasti ramai yang tertarik hendak beli ebook ini.Lagi pun panduan yang saudara naem berikan itu dapat menguntungkan pembeli dari aspek adwords itu sendiri.Tak ramai yang tahu tentang rahsia adwords yang saudara nak sampaikan dalam ebook ini.
Sekian Terima Kasih.
April 17th, 2008 at 5:57 pm
Salam Naem,
Pertama sekali, tahniah sebab Naem bakal
melancarkan produk berbayar pertama.
Cadangan oktant:
1. Harga RM15 adalah berpatutan dan boleh
dijadikan sebagai harga promosi/pengenalan.
Anda boleh naikkannya (jika mahu) setelah
tempoh tertentu.
Contoh:
Selepas 2 minggu 2 hari, Naem boleh naikkannya
kepada amaun tertentu
atau
Selepas terjual sebanyak 22 naskah baru naikkan
harganya.
2. Selepas 2 hari 2 minggu, naikkan kepada RM22.
Macam mana, okay tak cadangan saya? Segalanya
terserah anda…he..he…
ps : Kenapa banyak sangat no. 22 ni?
Kalau tak silap saya, umur Naem
bakal @ dah mencecah 22 tahun.
Jadi, apa salahnya jika jadikan angka
22 sebagai sejarah @ kenangan terindah:-)
pps : Kalau tekaan saya tentang umur
Naem tu silap, saya mohon maaf
zahir dan batin yer.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
April 17th, 2008 at 6:43 pm
naem. RM30. INsya-ALlah lebih 100 orang angkat ebook nih.
April 18th, 2008 at 12:56 am
banyaknye cadangan ni..nampak macam memang rate antara RM30 ke RM15…
erm….bagus jugak alasan2 yang munasabah…ada idea baru plak
ohhhh….masa dah habis ni…biar saya kumpulkan dan buat analisa dulu ye…yang nak terus komen boleh..tapi maaf tak tersenarai untuk pemilihan pemenang…
ps: yup,umur saya 22 tahun…cukup bulan 9 ni,genap le umur saya ni dan berkurang le usia saya kat dunia ni