Logo Background RSS

Advertisement

2008 » April

  • Berita Best & Berita Tak Best
    By naem on April 21st, 2008 | 19 Comments19 Comments Comments

    Salam hormat buat semua.

    Pertamanya, sejuta terima kasih saya ucapkan kepada semua para pembaca. Akhirnya saya dapat menentukan siapa pemenang bagi “price contest” ebook Rahsia PPCPercuma.

    Keduanya, saya ada satu pengumuman. 1 yang baik dan 1 lagi yang tak sedap didengar. Yang baiknya ialah saya dah dapat tentukan pemenang dan harga bagi ebook terbaru saya yang bakal dilancarkan. 1 lagi ialah ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords” tidak akan diedarkan secara percuma lagi.

    Maaf kalau banyak sangat celoteh saya ni. Untuk ketahui siapa pemenangnya, lihat pada gambaran undian di bawah.

    New Picture (102) (more…)

  • Siapakah Pemenang “Price Contest” Rahsia ...
    By naem on April 19th, 2008 | 41 Comments41 Comments Comments

    Salam hormat,

    Saya telah memilih beberapa orang bakal pemenang. Yup..bukan seorang tapi lebih dari dua orang..hohoho.. Kenapa pilih ramai sangat ? Saya pening kepala jugak la… Jawapan-jawapan yang diberikan munasabah dan mempengaruhi saya.

    Oleh itu ,apa yang saya perlukan ialah sokongan rakan-rakan untuk memilih siapakah di antara mereka yang patut di pilih sebagai pemenang ?

    Berikut bakal pemenang dengan jawapan yang telah mereka berikan :

    easymoney Says:
    April 17th, 2008 at 2:42 pm

    Hi Naem,

    Pada pendapat saya harga RM30 buat permulaan adalah berpatutan. Kenapa saya kata begitu? Look…. dalam dunia internet sekarang begitu banyak lambakan e-book di pasaran. Daripada yang percuma hinggalah kepada yang beratus dan ianya masih ada lagi pembeli. Dan buat permulaan mereka semuanya menjual e-book mereka serendah RM30 untuk beberapa ketika dan selepas itu baru lah harga akan dinaikkan. RM20 bukan lah tak bagus tapi untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu apalah salahnya bersusah sedikit asalkan pulangannya alhamdulillah….. Betul tak? Contohnya saya sendiri… Saya telah membelanjakan hampir beratus ringgit hanya untuk membeli e-book di internet… Kerana apa saya sanggup membelinya? Kerana…. setiap e-book yang dibeli itu menawarkan harga yang mampu beli iaitu RM30@ RM40@ RM50 jadi ianya tidak membeban saya sebagai pembeli. Dan bukan lah dibeli serentak tapi selang sebulan gitu…. Dan lagi satu jika Naem meletakkan harga RM15 tak semua CDM yang menerima RM5 untuk dibank in kan… Majoriti CDM menerima notes RM10, RM50, RM100 saja. Dan tidakkah akan menyusahkan pembeli nanti utk bank in duit ke akaun Naem? Drpada hendak membeli langsung nanti tak jadi membeli hanya di sebab kan RM5…. Tapi terpulanglah pada Naem…. Ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang pembeli yang selalu membeli e-book di internet…. Thanks..

    SUPERMAN_JB Says:
    April 17th, 2008 at 8:37 am

    Saudara telah bermula dengan baik..dengan memberi peluang kepada orang lain membaca hasil tulisan anda secara percuma dan dalam masa yang sama mereka mendapat faedah sebahagian dari ilmu yang saudara ada. Tahniah, semoga usaha saudara diberkati. (more…)

  • Apa Kata Mereka ( Usahawan Internet )?
    By naem on April 19th, 2008 | 12 Comments12 Comments Comments

    Salam hormat buat semua,

    Rahsia PPC PercumaSaya semakin sibuk semenjak dua menjak ni. Makan tak basah,mandi tak kenyang, tidur tak khusyuk, solat tak lena…hohoho..Bergurau aje…

    Saya dah lihat dan BERTERIMA KASIH kepada para pembaca semua yang telah sudi berkongsi pandangan tentang harga yang berpatutan untuk ebook Rahsia PPCPercuma yang bakal dipasarkan esok hari. Sehingga saat-saat ini, hampir terleka saya dengan demam peperiksaan akhir semester.

    Semalam saya telah menghubungi beberapa orang Usahawan Internet untuk mendengar pendapat, ulasan dan kritikan membina tentang ebook hasil tulisan saya. Alhamdulillah,walaupun masih belum ramai yang memberikan ulasan, tapi saya cukup terharu kerana kesudian mereka ni untuk MEMANDANG EBOOK HASIL TULISAN SAYA. Ye la kan, siapa la saya ni?…

    Justeru, mari kita baca pendapat mereka …

    Salam sejahtera Naem,

    Tahniah! Anda telah mencipta satu panduan yang saya kira cukup padat untuk membantu mereka yang ingin berjinak-jinak dengan pemasaran melaui pengiklanan PPC (Pay Per Click) ini TANPA risiko kehilangan wang yang terlalu banyak.

    Ya, ‘permainan PPC’ bukanlah satu teknik pemasaran yang sesuai untuk semua orang. Jika tidak kena pada caranya boleh rugi bukan setakat ratus, malahan ribuan Ringgit!

    Maka sebab itulah saya rasa anda telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan panduan langkah demi langkah ini, untuk membantu rakan-rakan usahawan Internet diluar sana mengurangkan risiko kerugian wang Ringgit hasil dari pengiklanan PPC ini.

    Pesan saya kepada usahawan Internet di luar sana, jika anda mahu mencuba-cuba dengan pemasaran Internet melalui pengiklanan PPC ini TANPA risiko kerugian wang yang banyak, dapatkan ebook panduan ‘Rahsia PPC Percuma’ ini. Cukup lengkap dengan langkah demi langkah beserta ’screenshot’. (more…)