Logo Background RSS

Advertisement

Betul Ke “Customer Is Always Right” ?

  • Hoho… Saya masih lagi dalam kursus. Baru aje bangun dari tidur. Letih skit.

    Lama jugak saya terpaksa sunyikan blog ni. Dalam artikel ni, saya cuma nak kongsikan sedikit situasi ( jarang-jarang berlaku ) dalam dunia keusahawanan. Tapi pasti akan berlaku punya…hohoho

    Beberapa hari yang lepas, saya ada dapat pembayaran dari seorang customer. Thanks Allah… bertambah rezeki. Selang beberapa hari kemudian, si pembeli tersebut mengadu yang beliau GAGAL untuk mendownload sebarang file dari laman web. Oooohh…pelik..hairan jugak saya. Lazimnya masalah macam ni hanya berlaku kalau TAKDE INTERNET CONNECTION aje…hurmmm…

    Ok takpe la..maybe ada masalah lain. Si Pembeli tu maklumkan yang dia TAK TAU NAK DOWNLOAD LANGSUNG …Saya suruh klik aje link download tu, masalah lain pulak dah…Dia kata link tu suruh minta dia LOG IN..haaa…plak dah…Tak pernah pun saya letakkan apa-apa link untuk log in ketika download. Si pembeli ni juga turut minta saya check akaun adwords beliau..Macam karenah pelanggan ni.
    customer is always right

    Akhirnya saya maklumkan pada si pembeli ni. Ayatnya macam di bawah :

    “dalam masa terdekat ni, saya tak dapat nak bantu…bagi masa pada saya ye..ttg ebook tu, klik aje..takde pun disuruh log in…klikdan tunggu…automatik akan log in”

    Ntah le ayat ni bunyinya ok atau tak…Jawapannya plak…Huh!!! bukan main sombong..

    tak pe lah..Sape yang Gagal?? Sape Yang Berjaya Bro?? kalau u tak leh nak tolong i its ok..i pun tak leh nak download & tak berminat lagi nak baca u punye e-book….i nak minta refund RM30 balik (memandangkan dalam website u mention boleh refund)..so please refund via my co. account:

    Maybank – 5******************

    Name – N****** H*********

    emailkan bank slip k..Oh ye bro..

    Kejayaan bisnes i selama ni ape tau..I guna pepatah:

    WORK SMART..DONT WORK HARD..

    Hohoho…tak yah pun nak maklumkan pada saya yang SIRI PETUA KEJAYAAN dia…Hohoho. “Orang Gila Takkan Mengaku Dia Gila ” :-)

    Bagi saya, apa sangat lah dengan RM30 tu nak dibandingkan dengan reputasi dan kredibiliti semasa.Apapun saya masih mengharapkan supaya si pembeli ni masih ada hubungan yang baik dengan saya. Bagi saya memang betullah “The Customer Is Right” tapi bukan ” ALWAYS“. Takde pun sesiapa di dunia ni yang betul semua dan selalu. Jangan terlalu taksub dengan “pepatah” . Hohoho

    Just reply my money..i usaha or tak usaha that’s not ur problem..i had try a few times but failed to open it & I had asked you a few times to help me but u still cannot help me.. as i can see you yang tak bersungguh nak tolong sebenarnye..asyik2 suruh i download2 benda yang sama or attachement yang sama (2 kali), why you tak cuba bagi file2 yang lebih senang? like words/excel or sebagainya memandangkan i dah cakap ada masalah PC i takleh nak download u punya attachement..jangan nak salah kan pelanggan tak usaha lah itulah ini lah tak serius lah..sedangkan u sendiri tak usahakan bersungguh2..kenapa tak call je I or something else..? Bagi I ebook you hanya sesuai untuk sesetengah golongan je..kenapa tak buat back up text for customer yang ada masalah macam ni..tak semua orang pandai IT tapi bisnes minded macam I..U cant assume people semua yang tak paham tu gagal or tak serius?? Masing2 ada keistimewaan..

    As orang yang berniaga u tak leh nak salahkan customer..DONT JUDGE ME, DONT WARNING ME AND DONT ASKED ME WHAT TO DO K.

    Just reply my money..By the way my name is Z****** ok? MOHD NA**** IS MY HUSBAND.

    Ini ke ayat yang bagus? Rasanya ini lah resepi kejayaan beliau. Hohoho..Tapi takpe lah..Saya akui RM30 tu terlalu besar untuk si dia ni. Rasanya cukup kot untuk saya nak tuliskan disini. Saya dah jangka masalah macam ni akan berlaku dalam dunia usahawan online. Dan saya dapat pelajaran yang terbaik sedangkan si pembeli ni,erm…sendiri fikirkan la ye…

    Untuk si dia, saya telah kembalikan RM30 dengan hati yang senang. Segala bukti pembayaran saya sertakan dalam emel. Sila check dan pandai-pandai le nak klik ye. :-)

    ps: Saya tawarkan kupon Adwords bernilai RM192 ( Nilai semasa bagi Adwords Voucher 30 GBP ) PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan komen, pandangan, nasihat atau cadangan yang dapat menarik minat dan hati para pembaca…Nak tak? Klik link komen di bawah dan ayuh tinggalkan kata-kata anda semua di sini. Tarikh tamat pertandingan tak rasmi ni akan berakhir pada jam 0:01 pagi 3hb JUN 2008. Ayuh… :-)

    p.p.s: Jika anda ingin mengetahui atau mendapat maklumat alternatif berguna berkaitan karenah pelanggan, Zul SmartUsaha ada tuliskannya di sini 1001 Karenah Pelanggan.

33 Comments
  1. #1 adi sibo
    May 31st, 2008 at 7:22 pm

    Memang betul “pelanggan selalu nya betul”..tapi akan jadi tak betul juga kalau pelanggan tu pulak yang tak betul..pada pendapat saya, memang wujud customer yang jenis cerewet dan sebaginya. Situasi ini mungkin kerana pc customer tak sesuai atau customer tak tengok betul-betul.. tapi customer tak perlu merungut sedemikian..memang betul rm30 tu besar..tapi, kalau inginkan panduan atau ebook sebagai panduan permulaan perniagaan, saya rasa orang lain dah berbelanja lebih dari rm30 untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini..kalau baru starting dah melenting..macam mana nak berjaya BRO? Tidak semua insan di dunia ni perfect..”tuhan tak akan ubah nasib seseorang melainkan orang tu sendiri yang nak berubah”..kalau ak nak bah, sampai bila pun susah nak berjaya..di harap dengan refund rm30 tu, boleh settlekan keadaan..tahniah kerana bertindak pro!!

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 neo
    May 31st, 2008 at 11:18 pm

    hi, memang saya agak customer ni cerewet sikit tapi tak jadi masalah rasanya. Yang penting tunjukkan kesungguhan kita. Tak kiralah samada nak tolong dia ke atau nak tipu sesiapa ke, kesungguhan tu penting.

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 zamzul
    May 31st, 2008 at 11:56 pm

    Bro, ” Customer is Right” ini adalah pepatah orang business macam u atau orang yg mencari customers ini adalah suatu cara yang lazim digunakan untuk maintain customers atau besiness . Bro walau apa pun kita harus bersangka baik atau you kena tengok apa masaalah nya bukan apa pasal u related dengan business computers ini adalah salah satu masaalah yg u akan terima mungkin banyak lagi customers problems yg sama. Kita tak tahu bro mungkin in adalah titik kejayaan anda. Kita kena ingat bahwa tak semua orang pandai computers dan ada yg dah belajar pun masih tak paham cara. Thinking positive itu lebih baik dari menyangka buruk. Kejayaan datang dari kegagalan dan kesungguhan kita, selamat meneruskan usaha u bro dan selamat berjaya.

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Fauzi
    June 1st, 2008 at 12:05 am

    Hai Sdr. Naem,
    Terima kasih krn. menjemput saya utk melawat blog sdr. Sangat bagus membuka bicara, terutama berkaitan dengan perniagaan produk kita sendiri.

    Macam-macam boleh berlaku. Kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sebelah customer sana. Kadang-kadang dia tidak ada install PDF dan juga Zip file di komputer mereka.

    Dan kalau proses download melibatkan kedua-dua jenis file ini, sudah pasti menjadi panik kepada customer. Takut-takut terkena tipu. Duit dah longsai. Tapi tidak mengapa customer boleh contact customer service, bercerita apa yang telah berlaku.

    Saya telah beli beberapa e-book di US dan juga di Malaysia, tidak pernah berlaku masalah semacam itu. Malah PPC Percuma sdr Naem pun saya beli. Tak timbul masalah.

    Yang jadi masalahnya. Email letter yg menjemput saya membeli . Sedangkan buku telah pun saya beli. Sebenarnya ini adalah kerja autoresponder yg. kita setup terkeluar dari landasan pemikiran kita.

    Sdr. Naem, kita orang Malaysia sangat bermurah hati. Orang meminta kita memberi. Kerana utk membina keyakinan pembeli. Kerana kita hendak berurusan selagi kita berada di Internet berniaga eBook atau macam-macam service lagi.

    Kita sebenarnya boleh berhubung dengan customer melalui email dan kembarkan melalui attach file segala produk yg hendak di download itu.

    Saya pasti kalau customer mahir berurusan dengan email dia boleh download bahan-bahan itu. Selesai masalah.

    Kadang-kadang customer ini ada juga yg penipu. Dia telah download tapi dia kata tak boleh. Kadang-kadang ebook tidak mengikut selera pembeli, mulalah dia buat hal.Di alam offline pun macam-macam berlaku.

    Nasihat! Sepatutnya sdr Naem jgn pulangkan wang itu. Berurusanlah melalui email dan kembarkan produk itu melalui attach file. Kalau tak berjaya juga sudah pasti komputer customer sudah condemn & kena hantar ke kedai service. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi

    Satu lagi pihak customer

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 zambri
    June 1st, 2008 at 12:11 am

    Bro, ” Customer is Right” ini adalah pepatah orang business macam u atau orang yg mencari customers ini adalah suatu cara yang lazim digunakan untuk maintain customers atau besiness . Bro walau apa pun kita harus bersangka baik atau you kena tengok apa masaalah nya bukan apa pasal u related dengan business computers ini adalah salah satu masaalah yg u akan terima mungkin banyak lagi customers problems yg sama. Kita tak tahu bro mungkin in adalah titik kejayaan anda. Kita kena ingat bahwa tak semua orang pandai computers dan ada yg dah belajar pun masih tak paham cara. Thinking positive itu lebih baik dari menyangka buruk. Kejayaan datang dari kegagalan dan kesungguhan kita, selamat meneruskan usaha u bro dan selamat berjaya.

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 nazri
    June 1st, 2008 at 1:11 am

    Saya rasa customer tersebut tidak patut melemparkan kata2 tersebut walaupun rasa tak puashati tu meluap2. Ia menggambarkan mentaliti dan pemikiran seseorang yang tidak matang.

    Apapun sebagai penjual kita cuba bantu sebaik mungkin tapi jika semua bantuan tak dapat memberikan kepuasan juga pada pelanggan, maka jalan terbaik memang refund je duit dia. Cite banyak takde!

    Dari 50 customer cuma 1 je customer yang bermasalah kira ok la kan? lain kalau ada 50 customer, 10 problem! ada yang tak kena dengan kita la tu…Sabor jelah naem.

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 shawal
    June 1st, 2008 at 1:37 am

    Memang “customer is always right” kerana itu adalah hak mereka tetapi masalahnye, kekadang customer nie suke mengambil kesempatan diatas ayat tersebut…..

    Berniaga nie memang ade bermacam2 dugaan dan permintaan….

    Always Think Positiive

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 nabieel
    June 1st, 2008 at 1:41 am

    Ya,pelanggan sentiasa betul walau apa cara sekali pun,anda maybe tak pernah kerja hotel seperti saya sekarang,boleh kata tiap-tiap hari kena marah dengan guest tak tentu pasal,terutama dari timur tengah..

    So,untuk berjaya anda perlu tahan sakit di hati dengan kutukan dan amarah yang dilemparkan,ada kalanya kita terlepas juga. Kita buat penat2 orang duk kata bukan2..kita pun tak kan nak bagi pelanggan kecewa di atas perkhidmatan yang kita berikan..

    Kita memang dah plan yang terbaik,nak jadi apa selepas tu,tawakal ajalah..setiap kegagalan yang datang pasti ada 1 idea yang menarik untuk kita atasi,samada sedar atas tidak…

    Berkenaan dengan ebook susah nak download, memang saya akui..saya dah banyak lalui download ebook2 malaysia terlalu sukar..malahan ada yang saya download lebih dari 20 kali untuk mendapatkannya..

    Yang penting,download dengan penuh sabar dan cari masa download ketika tak ramai orang menggunakan line internet…

    Jika anda ingin menjadi usahawan, satu je saya pesan,bila terima aduan,selesaikan dahulu…Jika tidak boleh,pulangkan kembali duit mereka..Usahawan perlu berani menghadapi dugaan dan bertindak secara profesional..agar kredibiliti anda tidak terjejas teruk sangat…

    Contohilah usahawan2 malaysia yang bertaraf dunia seperti yang anda ketahui..Mereka juga pernah mengalami seperti anda malahan ada yang lebih teruk dari anda…

    Akhir kata “renung2kan, selamat beramal”

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 abd.hamid
    June 1st, 2008 at 1:53 am

    Bagi saya pelanggan ada hak, penjual pun ada hak ! Setiap hak ada had dan batasnya , jika membantu sekadar yang kita mampu dan sanggup, buat cara baik jika tidak besetuju supaya tidak ada perasaan marah sesama kita !

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Muhamaad Faiz
    June 1st, 2008 at 2:39 am

    Assalamualaikum saudara naem.. begitulah alkisah dalam dunia perniagaan.masing2 ada peranannya. kita mesti tahu bagaimana nak mengawal pelbagai situasi. macam kisah awak tu, saya pasti memang bkn salah awak tetapi masalah dari pelanggan sendiri. saya pun tak dapat nak beri komen yang panjang tapi dalam bisnes internet begitula masalahnya. kita
    tak mahu mengenali penjual tu dahulu sebelum membeli produk mereka. apa yang dilihat didepan adala rezeki yang belum pasti untuknya. so sekarang itu yang banyak menimbul kesilapan pada setiap manusia lebih2 lg org melayu. tak mahu untuk berusaha memajukan diri sendiri. ‘mahu disuap je ke dalam mulut’ bagi masalah ini saudara bersabar je la. setiap masalah adala ujian dari Allah S.W.T untuk meguji setinggi mana tahap keimanan kita.Wallahu’alam. Wassalam

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 faez
    June 1st, 2008 at 2:50 am

    Pada pendapat saya,ungkapan customer always right adalah ungkapan yang digunakan didalam dunia perniagaan SEMATA-MATA hanya untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka. Dengan ungkapan ini,para pelanggan akan merasa lebih dihargai kerana pelanggan beranggapan mereka sentiasa betul lantaran itu akan membuat permintaan yang bukan-bukan sedangkan mereka tahu permintaan tersebut adalah mustahil. Yang kita pulak bila menerima permintaan yg bukan2 terpaksa jugaklah ikut walaupun kalau nak diikutkan hati ni dah menggelegak panazzz…Demi menarik pelanggan,terpaksa berpegang pd ungkapan tu…Memang betul kita kena dan sanggup menerima apa2 jua permintaan gila pelanggan tetapi pelanggan pula jgn pulak ambil kesempatan ni utk kenakan kita. Ungkapan tersebut tidak bermaksud kita akan bersabar 100% dengan kerenah pelanggan kerana pelanggan perlu tahu yg kita ni MANUSIA. Nama pun manusia so mestilah ada hati dan perasaan. Lainlah kalau kita ni ROBOT so nak perintah apa2 pun tak jadi masalah,betul tak? Sebab robot mana ada rasa penat,hati dan perasaan!
    Tetapi,dalam kes2 tertentu adakalanya permintaan pelanggan yg bukan2 ni ada baiknya dan ungkapan customer always right ada betulnya.
    pernah tengok spongebob dlm siri customer always right? Haa…dlm siri tu,en Krab buka hotel baru dan meletak falsafah customer always right kat dinding hotel.Patrick menyewa hotel itu dan meminta squidward(pelayan) angkat begnya yg berat gila.rupa2nya dlm beg tersebut berisi batu besar…hohoho…

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 wanmus
    June 1st, 2008 at 2:52 am

    hahaaha..dimaki pelanggan adalah perkara biasa bagi peniaga..mamak jual roti canai sampailah ke CEO Petronas pun kena maki..betulkan?(sebab saya lah tuyang kekadang maki..hehehe).. tapi bila saya jadi peniaga baru saya sedar susahnya nak memikat hati 100% pelanggan kita..

    dalam berniaga sebenarnya, susah utk kita pastikan siapa betul kekadang..yerlah peniaga sebelum jual mesti dah setting macamana nak jual terbaik utk pelanggan tetapi pelanggan juga kekadang over expected peniaga..yerlah beli barang RM30 tapi nak sama class macam barang RM300..boleh sama ke?tulah susahnya menjadi peniaga..

    tapi susah senang nilah yang menjadi pengalaman utk kita..bak kata pepatah businessman;
    “Jangan dipanggil bisnes jika tidak pernah rugi”

    akhir kata dari saya seorang penulis jalanan..janganlah kita sebagai peniaga berhenti berniaga kerana tanpa perniagaan kita takkan jadi peniaga dan pelanggan takkan jadi pelanggan..huhu..

    adios..

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 razali
    June 1st, 2008 at 3:15 am

    salam…
    bro…..relax la…..memang ade pepatah yg mengatakan
    “customer is always right”…tp x semestiny kite ikut pepatah ni….
    mcm kes bro ni,mungkin die saje nk amik kesempatan.manala kite tau kn..ala bro…..xkesah la bkan die customer seorng…..patah tumbuh hilang berganti bro….hahahahahaha……ape2 pun teruskn usaha…..

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 Udin
    June 1st, 2008 at 3:55 am

    Maaf, pembetulan dan penghantaran kali ke 2

    Sdr,

    Manusia ni ada pelbagai ragam/perangai. Apa yang jelas, kita kadang-kadang pandai dalam satu2 perkara tetapi kita ketinggalan dalam pelbagai perkara lain. Semua manusia ni sama aje semasa diciptakan, cuma kita kena gunakan akal yang dianugerahkan olehNya untuk mendapat apa jua ilmu.

    Mungkin benar kata pepatah, “saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukan”. Saya kira si dia dapat belajar perkara asas dulu sebelum dapat jalankan apa yang lebih tinggi. Si dia boleh berkongsi dengan ramai rakan2 di forum dan jika tak pun tanya kawan2 rapat (mungkin takut malu sebab tak tahu perkara asas untuk download).

    Saya tidak berhasrat menyalah si dia, tetapi macam apa yang dikatakan pelanggan adalah betul. Saya kira Sdr kena buat satu site untuk perkara begitu bagi yang memudahkan pelanggan Sdr. Mungkin ramai yang tak tahu cara nak download….

    Saya harap jika si dia tak kisah, saya boleh ajarkan tanpa apa2 bayaran (free). Saya bukan pakar tapi tahulah sikit2.

    Harap sdr bersabar. Sorang pergi, ramai lagi yang datang. Semoga dimurahkan lagi rezeki. Hidup sdr.

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 farahaznil
    June 1st, 2008 at 4:53 am

    hmm..sy rasa la..pelanggan bro tu kurang sbr kot..sy rasa apa yg ada di fikiran dia ialah mahu mndpt keuntungan dgn cara yg cpt..mksd sy..klu la lps dia dah dpt log in benda yg dia beli tu..dia mahu time tu jugak leh guna n dpt membuahkan hasil yg byk..sedangkan dia tak tahu wlupun dah dpt baca dia kena berusaha lg..dan sy berpendpt lg..dia juga mngkin tidak akan berjaya wlupun dia dah dpt baca buku tu..nak tau knp?????kerana dia takde sifat KESABARAN….dgn cara yg dia ckp dkt bro…kita dah tau yg dia ni panas baran orgnya..klu la mcmtu gayanya..mcm mn pula dia nak berckp di dpn pelanggan dia nnt…katakanlah perkara ini terjadi kpd diri dia…mcm tu lah sy rasa dia akan marah balik kpd pelanggan dia..memandangkan sikap dia sblm ini..org mcm dia ni mngkin takkan berjaya smpi bila2..katakanlah..semasa dia beli e book saudara tu..dia yg silap..dan bukannya salah saudara..bukankah dia yg dpt malu semula..jd..wlu mcm mn pun salah seorang peniaga tu..berikan dia masa utk selidik apa kesalahannya..ini krn kita tak tahu bahwa itu adalah salah peniaga ataupun diri kita sndr..

    wlu bagaimana pun…sy kagum dgn sikap saudara…krn suruh pelanggan saudara td tu tggu…sekurang2nya saudara tak lari dr masalh..itu adalah sikap yg bertanggung jawab..namun klu boleh elakkan masalah ini berlaku lg..wlu pun kita sebagai peniaga betul kadang2..dan pelanggan kita yg salah..namun disbbkan mulut org mcm ini lah yg boleh menurunkan kredibiliti kita…manusia lebih percaya kata2 org drpd kebenaran yg mrk tak nmpk di dpn mata mrk sndr..wlu pun org tu menipu…jd sebagai pengajaran..sy harap saudara akan lebih berhati2 slps ini..utk menaikkan mutu kerja anda..ini krn sy tak tahu sama ada prkara yg terjd itu salah saudara ataupun pelanggan saudara itu..

    yg pastinya disbbkan sikap tidak sbr pelanggan saudara tu..dia sudah hilang satu ilmu yg mngkin berguna utk dirinya..mcm ckp nabil raja lawak..lu pikir la sndr..hahaha..sy sbgi org baru dlm dunia blogger..mmg susah utk cr bahan apa yg ingin diposkan…wlupun sy br je hendak blajar dan menjinak2kan diri dlm program google adsense dan jiga affilate..sy masih lg terkapai2 dan perlu belajar dgn org yg berpengalaman lebih mendlm…sy terpaksa bersbr..krn mngkin kesabaran itu akan membuahkan hasil pada masa hadapan…kini sy pun sudah pening2 lalat utk mncr post br dlm blog sy..supaya rmi org dtng ke blog sy..hahaha

    kpd pembaca lain..sy harap datanglah ke blog sy utk memberi komen apa yg tidak bgs..dan apa yg perlu diperbaiki lg mutunya lg k…salam…

    http://farahaznils.blogspot.com/

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 Ajang
    June 1st, 2008 at 12:34 pm

    hi, keadaan ni memang hari-hari saya jumpa, sebab saya sebagai pekerja restauran memang selalu jumpe situasi macam ni. memang saya agak customer ni cerewet sikit tapi tak jadi masalah rasanya. Yang penting tunjukkan kesungguhan kita. Tak kiralah samada nak tolong dia ke atau nak tipu sesiapa ke, kesungguhan tu penting.

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 titan
    June 1st, 2008 at 12:41 pm

    Camni naem. Bagi aku solution dia senang je. Ada betul gak apa mamat tu cakap.

    ada orang tak tau apa langsung page download/landing page dan bermacam2 lagi istilah internet ni. Kita suruh klik..entah site mana dia pegi.

    So, take it simple. Kalau ikut kes ko nih. Aku nak setel mudah je.

    Aku bagi file ebook tu direct dalam email. Tak pelu kita bagi link download. Biasanya klu download dr link download yg kita berikan, memang kekadang problem. KLu dari yahoo, kita upload, sent by email yahoo. itu je cara aku paling selamat dan 100% customer akan dapat barang kita.

    takpun, pakai je perkhidmatan ziddu atau rapidshare. Confirm dapat download. Kalau tak dapat gak, kita leh categorikan diorang adalah orang yg kurang berilmu tentang bab2 mendownload nih..(tapi klu download benda2 porn, 100% laju jer. Laki pempuan sama je..)

    Tapi jika cara nih pun ko da pakai naem dan customer diatas still masih tak dapat wat apa-apa. Aku tak tau nak kata apala.

    Satu lagi. Aku cadangkan sesiapa yg nak jual e-book. Jangan letak lagi 100% refund in 30 days or apa2 yg berkaitan dgn refund. kekadang, diorang pakai taktik cam gini je nk dapat ebook free.

    Nak senang. Terus terang kat salesletter, NO REFUND. Itu trademark aku. Siapa yg pernah beli dgn aku baik luar atau dalam. Diorang tau aku takkan sediakan refund.

    Satu lagi, aku rasa customer ko tu kurang sabar. Baru 2 kali suruh download sana sini, dah give up. Aku pernah deal lebih dari 10 kali berbalasan email atau berpuluhan sms semata2 nk terangkan camna nk download dan terangkan sket pasal produk. So, dalam situasi ini, buyer dan seller kene bersabar..

    Tapi klu semua diatas tak makan saman gak. Aku bagi je raw file dalam notepad or word. Satu orang je, tak luak modal aku. Niat kita kan nak jual ilmu? Bagi je. Janji customer puas hati.

    Customer always right. But seller also have decision to think if customer is right or not..

    Ps: Sudahj. Aku dah merepek da ni. Sorry aa naem. Ni semua hanyalah kisah2 benar yg pernah berlaku sejak 2-3 tahun ini..

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 Nelson
    June 1st, 2008 at 1:10 pm

    Client or pelanggan nie memang susah nak duga sikapnya.
    Ada yang open minded dan ada yang jenis banyak colotehnya tapi tak juga beli barang yang kita or busineessman offer.
    Paling2 pun macam saya nie.hehe
    Biasalah nak tahu lebih lanjut lagi.

    Post ReplyPost Reply
  19. #19 Nelson
    June 1st, 2008 at 1:11 pm

    Yang penting Cool ok.
    Betulkan….hehe

    Post ReplyPost Reply
  20. #20 AmirulFaisyal
    June 1st, 2008 at 1:59 pm

    Hm…dalam 10 pelanggan mesti ada satu yang ‘pelik’. Boleh kata normal lah tu.

    Saya pun pernah ada pelanggan yang hampir sama macam ni, belum cuba apa-apa lagi dah mintak refund. Dari gaya bahasa dan signature emel dia saya dah dapat cam yang dia ni jenis yang ‘nak cepat kaya’. No wonder cara penulisan dia pun macam ‘nak cepat jer’.

    Mungkin ni pengalaman pertama Naem, but it’s ok, just go through it. Lama-lama nanti benda macam ni dah jadi perkara biasa, customer jenis macam ni tak begitu ‘bernilai’ untuk proses keuntungan jangka panjang. Jadi eloklah kalau dia di-blacklist-kan awal-awal.

    Sebabnya, mungkin 20% dari customer yang berperangai macam ni kalau kita layan akan bawak kerugian 80% kepada bahagian kita – masa, tenaga, keuntungan, emosi, dll.(prinsip Pareto).

    My 2 cents,
    Amirul Faisyal

    Post ReplyPost Reply
  21. #21 naem
    June 1st, 2008 at 4:49 pm

    terima kasih dari saya yang tak terhingga..Setiap pandangan memang bernas sekali..ada input yang menarik dan saya tak pernah terfikir..jadi hari ni dah dapat satu lagi input baru..

    ps: saya suka juga tonton spongebob tu..tapi mesti terlepas tonton bab “customer always right”…hoho

    p.s.s: Internet sy pakai ni broadband 386 kbps..so, susah skit nak upload tambahan time maxis buat hal macam ni.. Bukan taknak upload ke yahoo mail tu,paham2 aje la kalo internet mcm ni…

    Post ReplyPost Reply
  22. #22 cei
    June 2nd, 2008 at 2:20 am

    client ini memang susah dilayan….

    Post ReplyPost Reply
  23. #23 Ropiah
    June 2nd, 2008 at 4:15 am

    Saya selalu dan tak pernah miss takat ni untuk baca di blog saudara ini utk mengetahui tip-tip @ apa shj maklumat/perkembangan terkini dlm dunia perniagaan cyber ini.

    Sebagaimana tajuk yang dipaparkan ungkapan “CUSTEMORS IS ALWAYS RIGHT” memang sinonim dlm dunia perniagaan. Tak dapt nak elak. Dalam kita cuba memperkukuhkan bisnis kita. Inilah ayat yang boleh dikatakan ayat “KERAMAT” supaya kita tidak kehilangan pelanggan terutama “KEPERCAYAAN & KEYAKINAN” mereka.

    Bukan sahaja KUANTITI tetapi bagi pelanggan KUALITI juga penting. Mereka punya KUASA (tapi mungkin bukan mutlak) dalam menentukan kejayaan dan kekukuhan sesuatu bisnis. Sebagai pemberi perkhidmatan dalam bentuk apapun, semestinya kita akan memikirkan apa PELANGGAN kita mahukan. Walau bagaimanapun, biarlah adil. Kadang-kadang pelanggan terkena juga (samada disedari @ tidak).

    Rasanya, SIAPALAH KITA TANPA PELANGGAN.

    Post ReplyPost Reply
  24. #24 shamsukri
    June 2nd, 2008 at 6:28 am

    mungkin juga pelanggan itu betul. mungkin komputer dia kena virus. Nasihat saya kpd saudara, jika berlaku lagi lain kali boleh lah berhubung terus melalui telefon selepas beberapa kali berbalas email/ym. kadang2 apa yang ditaip disalah tafsirkan. asam garam perniagaan. semoga saudara naem terus maju.

    Post ReplyPost Reply
  25. #25 ismail ahmad
    June 2nd, 2008 at 9:25 am

    biasa………. la

    Post ReplyPost Reply
  26. #26 jebon007
    June 2nd, 2008 at 10:20 am

    saya nak berkongsi 1 cerita. saya juga merupakan seorg IM sepenuh masa. apa yg saya tertarik di sini ialah 2 keyword iaitu 1. minta refund 2. money back guarantee

    apa yg sdr naem ceritakan pernah saya alami dahulu dan pernah di alami oleh ramai rakan2 IM saya yg lain. kesimpulan yg dapat saya buat ialah wujudnya satu jenis ’sindiket’ (sesuai ke perkataan ni…huhuhu) yang mana mereka ini akan ‘menyerang’ website yg menawarkan produk dengan jaminan Money Back Guarantee.

    Modus operandi mereka mudah saja. Mereka nak produk anda PERCUMA. beli anda emailkan link utk download, mereka akan download dan setelah itu mereka akan mula buat ‘kacau’ & memberikan pelbagai alasan supaya anda memulangkan kembali wang mereka.

    Kebanyakan alasan mereka ialah Tidak boleh download, Fail tidak boleh dibuka dan sebagainya. Jika anda tidak layan permintaan mereka maka mereka akan mula bercakap lebih ‘kasar’ seperti ‘tak halalkan duit’, ‘nak heboh di semua forum’, ‘inilah org kita, menipu’…walhal hakikatnya merekalah ‘penipu’ & lebih meyedihkan apabila mereka berani mempermainkan nama Allah.

    Saya pernah alami kes seperti ini beberapa kali & menariknya alasannya hampir sama. Mula2 saya juga buat ‘refund’ malas nak kecoh2. Tetapi bila 3x kasi yg hampir serupa, saya mula siasat.

    Ada 1 pelanggan, beli & komplen tak boleh buka fail. sedangkan fail tersebut fail PDF. Saya tanya dia guna apa? dia kata Adobe Reader v7. Masalhnya bila nak buka ‘blocked’. Fail saya tersebut sebenarnya ‘open’ tidada protection malah ramai yg beli tiada masalah. So, saya suruh dia check Adobe Reader dia kot2 ada masalah ke…dia kata tiada, selama ni ok…tapi dia dah start sound suruh pulangkan duit pasal dia kata fail yg saya hantar itu bermasalah.

    Saya suruh dia uninstall Adobe Reader & install semula, saya berikan link utk install version 8. Lepas 20 minit dia Ym saya semula, tak boleh juga. Di sini saya dah dapat merasakan bahawa dia ni penipu. Saya tanya dia pakai Windows apa? Windows XP katanya. So, jika mengikut logiknya, setelah install yg baru pasti tiada masalah lagi. Dia tetap kata masalah & still nak duit balik.

    Saya ada menyimpan ebook tersebut di dlm format Words. Saya transferkan fail Wors tersebut kpd beliau sebagai alternatif.

    Di sini terserlah ‘penipuan’ beliau apabila dia mengatakan bahawa fail Words saya tersebut pun tidak boleh di buka sedangkan apabila di tanya dia mengatakan bahawa dia menggunakan Microsoft Office 2000.

    Logik ke kalau PDF tak boleh buka sekarang Words pun tak boleh buka.

    Yang menariknya, semasa sesi perbualan kami dia asyik bertanyakan mengenai REFUND dan kerap diselitkan kata2 ugutan.

    Last sekali saya tanya dia duduk mana? Jb katanya & kebetulan pula saya pun org JB so aya beri alternatif baru, saya jumpa dia atau dtg rumah dia & tolong selesaikan masalah dia.

    Anda tahu apa dia jawab?….’saya tak kenal awak,mungkin awak ni perompak ke….jual ebook pun dah tak betul mcm mana saya nak kasi awak dtg rumah saya?….mungkin awak akan bawa member2 lain dtg pukul saya ke….’

    wow….saya terperanjat tetapi secara automatiknya saya menangkap sesuatu di situ iaitu…..alasan demi alasan…..dan saya tahu beliau penipu.

    Akhirnya saya buat keputusan utk ‘main jahat’ balik. Saya kata saya dah refund, saya alter slip pembayaran & scan kpd dia…huhuhu (buku bertenu ruas)….dia kata duit tak masuk lagi….saya cakap saya dah bayar balik….saya suruh dia call bank….dia kata bank cakap no such transfer….hampir 3 hari dia dok kejar saya pasal duit tu & saya beri alasan yg sama dan gunakan slip tadi sebagai bukti…

    Dia suruh saya transfer sekali lagi…saya ikutkan….sya alter slip baru…huhuhuh….scan & email lg pd dia….3 ari lagi dia mengaruk…last2 dia kata nak report polis….& saya kata…itulah yg saya tunggu2…malah saya kata pd beliau segala bukti & transkrip perbualan dia & saya ada saya simpan & saya dengan rela hati sedia ke balai polis dan mungkin inilah saat2nya yg paling sesuai untuk saya bersemuka dengan ‘penjenayah siber’.

    Saya cabar beliau buat laporan polis di Central JB malah saya tnggu dia di sana selama 2 jam.

    Tak Muncul……….& senyap selepas itu…………..

    Saya tidak mengatakan bahawa pelanggan sdra naem tersebut ialah ‘penipu’ tetapi saya cuma berkongsi kisah dan mungkin boleh dijadikan renungan oleh IM2 lain agar lebih berhati2 dgn ’sindiket’ ini.

    Jika mereka beri alasan tidak boleh download & sebagainya…anda tolong mereka selesaikan on the spot…dan dari situ baru anda tahu mereka ‘penipu’ atau tidak….

    Sekian. Terimakasih

    Post ReplyPost Reply
  27. #27 Noria
    June 2nd, 2008 at 10:35 am

    Salam….
    Betul……, dalam bisness, cusomers is always wright. Kita kena terima itu walaupun hati sakit. Saya ada cerita dan ini adalah kisah benar terjadi pada family saya sendiri. Dia berkerja di jabatan kerajaan di klia,para pelancung juga dianggap sebagai custemors, alright. Suatu hari di check point masuk ke Malaysia, ada salah faham pelancung berkenaan dengan adik saya. Dan pelancung tersebut mengeluarkan perkataan yang sangat tidak sopan, adik saya membalas agak kasar kerana dimaki demikian. Akhirnya pekara di bawa keatas, dan adik diminta menjawap surat tindakan tatatertib atau ditukarkan kelain tempat. Dan beliau memilih ditukarkan kelain tempat.
    Ini satu contoh. Memang kadang-kadang kita terpaksa menghadapi pekara-pekara yang sebegini, maka bersabarlah. Layan je….. Betullah tindakan saudara memulangkan duitnya. Tak banyak manapun tetapi banyak input yang positif saudara dapat. Dan yang paling penting ia menambah pengalaman dan menguji kesabaran kita. Layanlah pelangan kita dengan muka dan mulut manis walau hati kelat (kalau boleh ikhlaskan hati sedaya mungkin). Ini merupakan asam garam dalam kehidupan. Fikirkan yang positif sahaja.
    Ok, success selalu.

    Post ReplyPost Reply
  28. #28 naem
    June 3rd, 2008 at 4:21 pm

    terima kasih untuk semua..panjang sungguh point yang dihuraikan…boleh buat post sampai seminggu ni..hoho…

    ok…biar saya fikirkan siapa yang patut menang plak ye…Ruangan komen ni akan ditutup…

    Post ReplyPost Reply
  29. #29 rashid
    June 6th, 2008 at 4:15 am

    Assalamualaikum,
    Walaupun ruangan komen nak atau dah tutup,saje nak komen jugak. Walaupun cusomers is always right but we are not wrong.OK itu saje.

    Post ReplyPost Reply
  30. #30 iman
    June 6th, 2008 at 5:16 am

    MasyaAllah satu komuniti yang bagus kalian semua ini……Semoga segala usaha yang korang usahakan dilipatgandakan atas kesabaran in

    Post ReplyPost Reply
  31. #31 sham
    June 7th, 2008 at 8:28 am

    Hohoho..biasa la tu naem…Kalo ada kes macam tu,tak perlu nasihat ke apa…just refund je..

    Tu kalo yang mintak refund la..

    Sediakan link alterntif untuk download…be prepared!

    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: PPCPercuma dot Com » Blog Archive » Siapa Yang Terlebih Layak??? £ 30??? Trackbacks
  • Trackback: PPCPercuma dot Com » Blog Archive » Kupon Adwords Untuk Mereka Trackbacks