Logo Background RSS

Advertisement

Asas Istilah PPC 1 :” Search Marketing”

  • Dalam post kali ini, saya akan cuba berkongsi pemahaman saya berkenaan istilah-istilah yang sering digunakan dalam program pengiklanan PPC. Untuk itu, saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan dari internet dan gabung serta menulis semula dengan gaya bahasa dan dalam bahasa Malaysia. Justeru, jika ia seakan-akan sama mahupun bercanggah dari mana-mana bahan-bahan sedia ada di dalam internet, para pembaca digalakkan untuk berfikir dan memilih keputusan sendiri.

    Apa itu pengertian “Search Marketing” ? Kenapa perlunya “Search Marketing”? dan Bagaimana “Search Marketing” di jalankan di dalam internet?

    “Search Marketing” dicetuskan dari keperluan yang wujud dalam internet. Para pengguna internet lazimnya akan mendapatkan sesuatu info dari internet dengan memasukkan ” katakunci ( keywords )” .Oleh kerana ini adalah satu gambaran kepada permintaan manusia, mengiklankan barangan atau perkhidmatan melalui aktiviti para pengguna internet ini dikenal sebagai ” Search Marketing”.

    Kebiasaanya aktiviti ” Search Marketing” ini di uruskan oleh enjin carian ( Search Engine ) seperti Google, Yahoo, Microsoft dan sebagainya.

    Hasil carian berdasarkan katakunci yang relevan akan memaparkan iklan-iklan yang berkaitan. Biasanya iklan-iklan ini diletakkan di bahagian atas, bahagian tepi dan bahagian bawah “hasil carian”. Kedudukan ini adalah berdasarkan ” Paid Placement” iaitu setiap posisi iklan dinilai dan diposisikan berdasarkan bayaran. Contohnya seperti paparan di bawah :

    Please Login or Register to see the link.

    Berikut adalah istilah-istilah yang selalu digunakan dan berkaitang dengan topik Search Marketing :

    • Query
    • Keyword
    • Text Ad
    • Call to action
    • Landing page
    • Paid placement
    • Paid inclusion

    Query
    Suatu bentuk aktiviti carian yang dilakukan oleh para pengguna internet untuk mendapatkan maklumat. Matlamat kewujudan enjin carian ialah untuk menyediakan segala data informasi ( database ) kepada apa sahaja yang dicari oleh para pengguna internet.

    Keyword
    Samada katakunci yang spesifik, atau kombinasi katakunci yang dimasukkan/diisikan/dicari oleh para pengguna internet. Hasil carian akan memaparkan segala bentuk maklumat dalam paparan senarai. Katakunci adalah sisi kandungan kepada “Query” enjin carian.

    Saya pernah menulis dan mengulas berkaitan istilah “keyword” dalam artikel terdahulu. Anda boleh rujuk artikel iniĀ  “Please Login or Register to see the link. ” . Selain itu, artikel tersebut saya perincikan lagi dalam bahagian artikel seterusnya di sini “Please Login or Register to see the link.“.

    Text Ad
    Satu bentuk pengiklanan menggunakan baris perkataan. Iklan baris ini lebih berorientasikan “ajakan/pelawaan” untuk mengunjungi laman di sebalik iklan tersebut. .
    Jika si A mengiklan barangan A di laman web A. Si A akan menggunakan iklan baris untuk mengajak/mempelawa/mengarah para pengguna internet untuk menjengah masuk ke laman web A . Text Ad selalu digunakan bebanding Image Ads, Video Ads . Cuma pada pengamatan saya, Text Ad lebih mahal nilai bidaannya berbanding dari jenis Ads yang lain.

    Landing Page
    Suatu jenis halaman internet. Digunakan untuk para pengunjung “mendarat”..hohoho. Para pengguna internet yang telah klik pada iklan baris akan di bawa ke halaman web. Halaman web inilah yang dipanggil ” Landing page”. Secara mendalam, tidak semestinya halaman muka adalah “landing page”. Bahkan halaman web yang lebih tepat dengan iklan anda akan lebih menikmati ROI ( Return On Investment ) yang baik. Tida kira samada para pengunjung dikehendaki “mendaftar”, “membeli” atau “melanggan” siri emel anda. Ia juga dikenali sebagai “destination URL” ataupun ” Clicktrhough URL”

    Paid Placement
    Senarai web yang dijamin muncul seiring dengan katakunci yang dicari. Maksudnya, senarai laman web yang dijamin muncul bagi katakunci yang dicari oleh para pengunjung. Jika anda mencari info berkaitan ” adwords”, di bahagian sebelah hasil carian akan terpapar senarai laman web yang dijamin muncul “guaranteed listing”. Kebanyakan enjin carian mengklasifikasikan ia sebagai “sponsored link” dan menguruskannyya secara berbeza berbanding laman web yang lain. Program “paid placement” biasanya diuruskan berdasarkan kos per klik ( CPC ) ataupun kos per seribu paparan ( CPM ). Pastinya kos pengiklanan ini lebih tinggi dari “paid inclusion”. Ia juga dikenali sebagai “pay for placement”

    Paid Inclusion
    Term ini jarang digunakan dan rasanya ramai yang jarang mendengarnya. Term ini sebenarnya mudah untuk difahami sebagai satu program pengiklanan dimana pengiklan harus membayar sejumlah amaun tetap secara tahunan ataupun sekali sahaja. Contoh paling mudah ialah Yahoo! Directory Listing . Pengiklan harus membayar sejumlah USD$ dan pihak Yahoo akan samada membuat ulasan tentang produk,ataupun memposisikan iklan berkaitan produk pengiklan. Yang pasti iklan si pengiklan akan mendapat jaminan dari enjin carian untuk berada di dalam data pengkalan enjin carian tersebut.

    Paid Directory
    PR
    Inclusion Cost
    (permanent listing)
    Google Pages (Indexed pages)
    Google Backlinks
    (Inbound Links)
    Age
    Please Login or Register to see the link. 7 $299.00 ** 2030000 724000 1995
    Please Login or Register to see the link. 7 $69.95 ** 118000 67700 1996
    Please Login or Register to see the link. 7 $199.00 ** 503000 618000 1998
    Please Login or Register to see the link. 6 $39.95 106000 164000 2000
    Please Login or Register to see the link. 4 $49.95 ** 12500 145000 2005
    Please Login or Register to see the link. 4 $95.00 ** 490 16100 1995
    Please Login or Register to see the link. 3 $69.95 59200 50000 2001
    Please Login or Register to see the link. 3 $49.95 16600 10700 2004
    Please Login or Register to see the link. 3 $43.00 577000 743 2003

    Note: ** means annual recurring fee. (charged per annum)

    Sumber asal : Please Login or Register to see the link.

    Bersambung….

  • Trackback: Adsense Blogspot : Newbie Fridays | diariadsense.com Trackbacks
  • Leave a Comment