Logo Background RSS

Advertisement

2008 » December

  • Komisen Affiliate PPCPercuma November
    By naem on December 20th, 2008 | No Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Artikel ini saya tulis khas untuk para affiliate yang menyertai peluang buang buat duit dari produk saya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua.

    Jualan untuk bulan ini JATUH MENDADAK…hehehe..Ada masalah ni. Saya kena review dan cari selesaian la pulak kali ni. InsyaAllah rezeki tuhan terlalu luas…Jadi masih ada harapan kalau kita berusaha kan?

    So, kepada yang masih belum tahu tentang program affiliate PPCPercuma, boleh terus mendaftar di laman affiliate saya di bawah.

    Affiliate Lumayan & Rahsia PPCPercuma

    ( klik imej untuk ke laman sebenar)

    Setiap jualan, saya akan bayar komisen RM10. Penyertaan percuma dan tiada minima bayaran yang diperlukan untuk anda terima komisen. Lagipun produk saya hanya berharga RM30 dan pasti mampu milik oleh semua rakyat Malaysia..Heheh.

    Cukup setakat itu untuk artikel ni. Bye..bye

  • VCC & Verified Paypal Account
    By naem on December 12th, 2008 | 18 Comments18 Comments Comments

    Salam hormat,

    VCC & Verified Paypal
    VCC & Verified Paypal

    Anda mungkin salah seorang yang telah mempunyai akaun paypal.  Mungkin juga belum pernah mendengar apa itu Paypal.  Kalau sebut Maybank2U, CimbClicks, semua orang agak “familiar” dengan servis tersebut. Namun Paypal ni pula, segelintir je yang tahu. Tak percaya, hehe cikgu komputer saya ( tutor yang ada degree dalam ICT ) pun tak tahu..

    Ok..Bukan niat saya nak meninggi diri. Cuma kalau anda pernah dengar, pernah guna, memang keterlibatan anda dalam internet bukan sekadar main-main lagi.

    Paypal ni ibarat institusi perantara kewangan dalam dunia online. Ibarat macam bank. Tapi khidmatnya lebih kepada menguruskan penerimaan dan pembayaran online je.* So jangan la pi apply personal loan plak nanti ..hehe

    Kenapa Paypal Diperlukan ?

    Kebanyakan program cari duit di internet menggunakan matawang dollar. Sesetengah negara agak susah dalam membenarkan urusan pembayaran dan penerimaan matawang asing dalam urusan harian. Jadi..susah la kan kalau income yang kita dapat adalah dalam nilai dollar. Tentu susah nak terima bayaran mahupun untuk membayar. Jadi, itulah pentingnya Paypal ni.

    Kalau ada Paypal, tak perlu lagi risau bagaimana nak terima income dari pelbagai matawang seluruh dunia terus ke akaun Paypal sendiri. Anda boleh terima wang dollar samada dari kad kredit ataupun dari akaun Paypal si pembeli. Di bawah adalah jadual yang saya ambil dari sumber asal Paypal.

    Account Benefits Personal Premier Business
    Send money
    24-hour fraud surveillance
    Customer Service availability
    eBay Tools Limited
    Merchant Services Limited
    Accept credit or debit cards Limited
    Multi-user access


    Masalah Verified Paypal

    Mendaftar akaun Paypal memang mudah. Seperti yang anda nampak di atas, ada 3 jenis akaun dalam Paypal. Kebiasaannya ramai yang bergiat aktif di internet menggunakan servis akaun Paypal premier. (more…)

  • Cara Aktif Akaun Adwords Dengan Maybank2u
    By naem on December 1st, 2008 | 6 Comments6 Comments Comments

    Saya pernah menulis tentang topik ini. Tapi huraiannya ringkas aje. Sebabnya saya ingatkan ramai yang dah tahu tentang kemudahan ni. Lazimnya, pengaktifan akaun PPC akan melibatkan kad debit/kad kredit ( visa @ mastercard ). Ada jugak yang gunakan paypal untuk pengaktifan seperti Yahoo Search Marketing.

    Dalam artikel lepas “Aktifkan Adwords Dengan Maybank2u “, mengaktifkan akaun Adwords dengan Maybank2u memang mudah sekali. Kali ini, saya perincikan langkahnya dan paparkan apa yang perlu dan tidak perlu anda lakukan untuk tujuan tersebut.

    Memilih Pre Paid & Cara Bayaran Bank Transfer

    Anda seharusnya menetapkan kaedah pembayaran ” Pre Paid” di dalam akaun anda. Seawal pendaftaran akaun Adwords, anda akan diminta untuk memilih kaedah pembayaran “Post Pay ” ataupun “Prepay”. Kedua-dua kaedah ini ada pro dan kontra masing-masing. Untuk rakyat Malaysia, anda boleh melakukan pembayaran melalui bank tempatan hanya jika anda menetapkan kaedah “Pre Pay”.

    Aktif Adwords Dengan Maybank2U

    Mengaktifkan Akaun Dengan Maybank2u

    Jika berpandukan apa yang dinyatakan pihak Google, anda perlu membuat draft post atau seangkatan dengannya dulu. Untuk sesiapa yang ada akaun semasa dengan bank, boleh tulis cek kot…hohoho…Kemudian kena hantar pada bank ( kena beratur dan duduk menunggu ). Kalau nasib baik, dapat le jumpa Teller yang comel kat kaunter.Kalau tak…sakit hati dibuatnya dengan Teller yang hidung tinggi melangit. Ini semua zaman purba punya stail tau.. Orang macam kita, yang selalu online ni susah dah nak buat kerja macam ni. Jadi gunala Maybank2u ke, CimbClicks ke, AmBank online ke, BankIslam biz ke, atau apa-apa aje le.

    Aktif Adwords Dengan Maybank2U

    Lihat pada Tab My Account , pastu sila klik menu “ Make Payment ”. Ingat ! (more…)

    Join forum untuk diskusi lanjut - (2) Posts