Facebook : Kupon & Iklan Percuma
-
Maaf saya kurang menulis sejak akhir-akhir ni. Tengah siapkan 1 projek. InsyaAllah lepas projek saya tu siap, saya akan release kan Rahsia PPCPercuma V.2 .
Sejak beberapa hari lalu, saya selalu menjenguk WangCyber. Saja-saja ziarah WC. Banyak input kat sana. Ada yang berguna, ada juga yang kurang berguna. Terutamanya kalau bab-bab bergaduh le.
Sebenarnya saya ke sana nak cari pasaran. Almaklum le tempat orang berkumpul, berbincang dan mencari jawapan ni ialah port baik untuk saya “create” produk baru. Ada satu thread baru yang agak panas dan menarik perhatian saya. Thread tu ialah bagaimana mengiklan di Facebook secara percuma dengan kupon pelbagai. Wow! ini niche saya..hehehe..kan saya terbitkan Rahsia PPCpercuma. Jadi saya mestilah kena tau tentang perkara tu.

Penulis thread tu membongkarkan bagaimana beliau mampu mendapatkan sehingga USD$ 1000 kredit percuma di Facebook. Fuuhh..menakjubkan. Mulanya saya ingin terus beli je panduan penulis thread.
Tapi…
Sebagai pembeli yang kurang bijak, saya agak berjimat cermat sikit dalam bab-bab online ni. Sebabnya saya tahu kalau saya “spend” masa sikit, di tambah dengan sedikit ilmu “selongkar” dalam internet ni, saya akan dapat info tu. Jadi saya mula la menyelongkar hint yang ditinggalkan si penulis tu. Saya saja-saja je. Almaklumle nak berjimat habis..
Apa “result” nya ?
Akhirnya saya berjaya dengan sendiri mendapatkan akaun Facebook pertama saya dan berjaya mendapatkan USD$ 300 kredit percuma setakat ini. Hehehe.. Tak sangka jugak la…Tak payah keluarkan apa-apa modal duit pun. FREE semuanya dan semudah COPY & PASTE aje…hua hua hua
Ini screenshot saya.
Hehehe… Saya dah berjaya dapatkannya. Tak sangka mudah sangat. Kalau nak dapatkan kupon Adwords ni, susah skit.. Yahoo senang..Masalahnya terpaksa deposit yang tinggi. Dengan Facebook, anda hanya perlu ada Kad kredit/ debit je…Oppss..saya daftar dengan VCC tau. Saya nak selamatkan kad debit sebenar saya.
Sekarang, saya perlu fikir apa plak yang saya nak iklankan dalam Facebook ni? Dah ada perancangan dalam otak ni. Cuma malam ni nak kena setel projek utama dulu. Nantilaaa saya fikirkan..
Oh ya, untuk para pelanggan Rahsia PPCPercuma saya. Saya akan dedahkan teknik ni khas di ruangan forum khusus untuk pembeli dalam 2 3 hari lagi. Yup…dalam 2 ,3 hari lagi la…sebab saya nak cuba dapatkan kupon Facebook ni sehingga USD$1000. Kalau berjaya, teknik RAHSIA sulit saya tu saya akan dedahkan utk anda ( pelanggan sedia ada je ). Kalau tak, cara biasa aje le..



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






January 4th, 2009 at 12:14 am
Assalamualaikum
Terima kasih atas perkongsian ilmu yang menarik, saya baru menjenguk di WC apa yang di tulis tentang mendapat kupon facebook. Memang menarik.
Tak sabar rasanya untuk menunggu pendedahan teknik khas yang akan Naem berikan.
Terima kasih atas segalanya, mudah mudahan dengan pengkongsian ilmu yang manfaat ini dapat membantu ramai orang dan Naem perolehi ganjaran besar di dunia dan akhirat.
TK
January 4th, 2009 at 3:01 am
Salam, saudara Naem…
Saya pun macam Naem, saya kaji dulu maklumat sesuatu ebook dan kalau boleh buat sendiri, saya akan buat sendiri. Jimat punya hal. Tapi, saya tak faham satu benda ni, Naem ada cakap,”Saya nak selamatkan kad debit sebenar saya.”
Leh saya tahu, apa maksud ayat tu? Tak digalakkan guna kad debit ke ek untuk daftar ads kat Facebook?
Harap Naem sudi menjawab persoalan saya. Thanks.
January 4th, 2009 at 3:49 am
oh begini..betul kan kalau saya silap ye…kebanyakan kad debit ada direct link dengan akaun kita dalam bank. So, untuk kegunaan online, saya dah mula tak gunakan kad debit. Sebab kalau dicuri, hack by somebody…bahaya sangat la akaun saya tu…
so, utk pendaftaran selamat dgn mana2 online merchant , saya akan gunakan VCC je. Facebook ok…tapi saya taknak nanti dia akan direct charge dari kad debit saya. Kalau facebook nak caj, caj je dari VCC..kalau saya terlupa pun, VCC saya tadi ada limit dan secara auto kempen iklan akan stop automatik..
jadi takde le main sedut je duit dari akaun bank saya. Hehehe…saya dah banyak kali kena sedut..tu yang serik skit tu
January 6th, 2009 at 2:04 am
salam…
emm chup2..nak tnya skit, VCC tu ape eh?? sorry sbb sy dah lma x jengah ruangan ni…ni baru ade peluang so igt betul2 nk belajar cara terbaik iklankn produk thru internet…
bab pelanggan ppcpercuma tu, yg beli buku rm30 tu ye?sbb sy ada hasrat nk beli tp tergendala sejap sbb byk hal sgt…so ni dh start balik baru la fikir smule sume ni…sy agak confuse ngan term2 yg awk pkai skrg sbb dh lma abaikn e-mail2 awk…berminat tp terpakse tggu dlu…now baru free n mmg nk kejar sume yg sya tggal…hope to get a lot of useful infos from you/your product..
can u please kindly reply to my e-mail?? seriously, i think u r among the 1 that are full of prosperity this year…hehehe gud luck yea!
salam…
January 6th, 2009 at 4:15 am
kini bukan lagi rahsia, huhu
January 7th, 2009 at 3:30 am
salam.
sya nk daftar VCC tp bila bahagian state tkde negeri Sabah. macamana plk tu..
January 7th, 2009 at 5:29 am
kod kupon tu klau dah guna dah tak bleh guna lagi la.. so, we all kena dapatkan sendiri kupon tersebut sbb memang tak bleh di kongsikan dengan orang lain. guna sekali je.. sy harap saudara naem kita tu boleh la bongkarkan rahsia cara nak dapatkan kupon uds1k tu..klau berjaya la..) menarik gak klau dapat..! sbb sy bayar guna debit kat guna duit sendiri tu rasa beraaat je nak bayar.. spend limt klau tak silap la usd250.. peh! klau dapat free tu meleleh di buatnya..
abgdesa
January 11th, 2009 at 8:08 pm
tawaran istemewa…4 vcc saya jual dgn harga RM50 sahaja..
jika berminat hubungi saya di sham_xo@yahoo.com
January 28th, 2009 at 5:44 am
saya dah cuba teknik ne…tetapi tidak berjaya….semua kupon yg saya masukkan samada ada expired atau tidak boleh digunakan lagi…agaknya, kenape ye?
ade sesiap yg buleh membantu?
February 17th, 2009 at 12:19 pm
askum ……
macam mana nak top up duit dalam paypa
June 16th, 2009 at 4:53 am
Maklumat yang bagus…tahniah!
January 19th, 2010 at 5:46 pm
thanx! boleh guna info ni