Rahsia Facebook Ads USD$100 Percuma!
-
Rahsia ? Hehehe…tak rahsia pun. Artikel lepas “Facebook : Kupon & Iklan Percuma“, saya telah kongsikan pengalaman saya mendapatkan kredit percuma sehingga USD$300 dalam Facebook. Ia bukan lagi rahsia jika anda tahu caranya.
Di dalam post kali ini, biar saya tunjukkan kepada anda bagaimana mendaftar akaun di Facebook dan mendapat kredit tambahan percuma untuk mengiklan di Facebook sehingga USD$ 150. Kenapa USD$ 150 je? Oooo…lagi USD$ 150 tu, saya akan dedahkan kepada para pembeli sedia ada Rahsia PPCPercuma. Ok la kan ?
Caranya :
- Anda perlu ada akaun dengan Facebook. Jika belum ada, daftar sekarang di sini. [ PERCUMA je]
- Untuk pendaftaran kali pertama, anda hanya perlu ikut saja arahan yang diminta pihak Facebook. Anda juga akan diminta melakukan pengesahan emel akaun setelah proses daftar berlaku. Jadi sila periksa akaun emel anda.
- Jika anda ingin menjimatkan masa dan terus fokus pada matlamat nak dapatkan kredit percuma dengan cepat, klik saja link “skip this step” di bahagian bawah.
- Ini adalah paparan muka akaun Facebook anda yang telah siap. Untuk mengiklan di Facebook, sila klik link “Advertising” di bahagian bawah.
- Paparan yang akan anda lihat ialah paparan Facebook Ads. Langkah seterusnya ialah klik “manage your existing ads”
- Pergi ke bahagian Billing dan klik link Funding
- Masukkan butiran kad debit/ kredit anda. Jika masih belum memiliki kedua2 kad yang saya maksudkan, dapatkan servis VCC saya pada harga berpatutan
- Ini bahagian yang agak menarik. Anda tentu ingin tahu cara mendapatkan kredit tambahan USD$100 kan ? ok..caranya ialah daftar segera di Visa Bussines di sini.
- Anda akan diberikan kod kupon di dalam emel yang anda gunakan semasa pendaftaran. Gunakan kod kupon tersebut untuk redeem dan dapat USD$100
- Cara untuk redeem kupon tersebut ialah dengan kembali ke langkah 6.
- Klik pada “enter coupon code”. Masukkan kupon yang diberikan dan anda kelak akan dapat lihat tambahan USD$100 dalam akaun Facebook Ads anda.
- Gunakan lagi 3 kod di bawah untuk kredit tambahan akaun anda. Setiap satu bernilai USD$25
http://apps.facebook.com/visabusiness/sign_up
EXEX-4P47-38JX-4W20
8CH1-5VW1-Y96N-2P94
21VT-RRNM-8RWN-2X1CMudah bukan. Ok…sebenarnya saya ada lagi 4 kod kupon. Kod tersebut saya telah hantarkan terus ke emel para pembeli Rahsia PPCPercuma saya. Jika anda perasan, anda boleh mendapatkan kredit percuma ini berkali ganda dengan mendaftar lebih dari 1 akaun Facebook dan mengulangi langkah yang saya tunjukkan. Kalau 1 akaun USD$350, 10 akaun sama dengan USD$3500…Wow! banyak tu….Oh ya, cuma sila pastikan emel, butiran diri anda dan kad debit/kredit yang digunakan berbeza la ye. Masalah kad debit/kredit ini boleh diselesaikan dengan VCC ..hehe..Saya penyedia servis VCC berpatutan untuk anda ?
ps: teknik yang dipaparkan ini telah dilalui sendiri oleh saya. Saya mendapatkannya dari tulisan-tulisan blogger luar. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan panduan FBA yang baru dilancarkan oleh saudara Richzuan di sini. Panduan ini akan mendedahkan anda bagaimana mendapatkan kredit tambahan percuma Facebook sehingga USD$1000
pps: Jika anda fikirkan mendaftar lebih dari 1 akaun Facebook tidak beretika, anda berhak untuk tidak melakukannya. Tahniah !








![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






January 6th, 2009 at 5:27 am
kenapa 3 kupon tu x boleh guna..katanya expired/invalid
January 6th, 2009 at 5:34 am
Mudah bukan. Ok…sebenarnya saya ada lagi 4 kod kupon. Kod tersebut saya telah hantarkan terus ke emel para pembeli Rahsia PPCPercuma saya. –>saya tak dapat lagi
Nak tanya soalan sikit.
1. Setiap kali kita sigup new facebook untuk dapat kupon WAJIB ke guna debit card yang berlainan. Kalau macam tu berapa harga VCC kalau nak beli dari Naem.
2.Dalam langkah No.12 3 lagi kupon tu masuk dalam akuan usd100 yang samakan? Berapa kali boleh ulang masuk kupon yang sama.
3. Terima kasih banyak atas tunjuk ajar.
January 6th, 2009 at 8:58 am
Assalamualaikum,
Saya sangat tertarik dengan cara ini. Tapi masalahnya, saya xmempunyai sebarang kad debit@ kad kredit.
Boleh bantu saya untuk menyelesaikan masalah ini?
January 6th, 2009 at 11:29 am
askum saya berminat untuk mendapat kredit pengiklanan percuma melalui facebook . masalah saya sekara ng saya ingin mendapat vc
January 6th, 2009 at 11:36 am
boss..saya ada masalah kad kredit..boleh tlg uruskan tak pakai..vcc
January 6th, 2009 at 12:54 pm
untuk masalah kad debit/kad kredit, bagi saya masa untuk fikirkan yang terbaik utk anda semua.
January 6th, 2009 at 6:09 pm
salam naim..
kata ada lg 4kupon diemail kan kpd pembeli ppc..
tapi saya xde dpt email lg..
mmg best la dpt kupon free nie..
kalau lg kongsi2 la ye..
ops lg xde kupon terbaru dr adwords ke??
January 7th, 2009 at 1:28 am
Syukur,
Alhamdulillah, facebook bagi $100 percuma. Rugi juga kalau tak guna sepenuhnye. Untuk buat iklan memang sesuai, terima kasih naem.
Md Yakub
http://doctor-adsense.blogspot.com
January 7th, 2009 at 4:03 am
vcc tuh nak kena ada isi ker?
kalau yang biasa (kosong) boleh gak ker?
mmg tiap kali buka akaun baru kena guna kad berlainan ker?
January 7th, 2009 at 5:16 am
okla.. thanks naim.. tp yang kat email tu pun tak bleh guna gak la.. saya dah ada 3 akaun facebook.. takkan nak buka lagi satu kot.. huhuhu.. tp saya dah cuba join visa biz netwk pastu dpt usd100 kupon, yg itu boleh di gunakan jika korang semua nak guna pada facebook yang dah lama sedia ada..
abgdesa
January 7th, 2009 at 5:55 am
Nak lebih, daftar akaun lain dan ulang perkara yang sama..Cuma saya agak kurang senang dari segi “etika”
Assalamualaikum,
Boleh tak beri penjelasan sikit pasal “etika”. Nak dapatkan kefahaman.
TK
January 8th, 2009 at 9:05 pm
ok..saya baru test dan masih boleh guna semua kupon yang saya hantarkan..
tentang “etika” tu, banyak orang persoal bab daftar akaun lebih dari satu. Agak kurang etika la…Jadi saya taknak galakkan.Kalau sesiapa yang nak buka lebih, silakan. Saya cuma sampaikan cara, tips & triks…Pisau saya dah bagi, jadi pandai2 guna…kalau nak tikam saya balik pun, itu hak pembaca.. Hehehe
ps: nak tikam saya? berani? hehehe..saya blackbelt tau..Hohoho..beli dekat petaling street..
January 10th, 2009 at 9:56 am
salam naem,
cmne nak masukkan gmbr dlm iklan tu erk? sy asyik x dpt nk upload jer.. leh share tips x sikit2 pn jadi la.. cmne nak resize gmbr tu.
January 10th, 2009 at 10:05 am
salam…
Boss..saya belum dapat lagi 4 kupon facebook tu…buku dah beli..
January 13th, 2009 at 1:10 am
salam naem,
saya dah daftar facebook tapi bila sy nak masukan butir2 kad debit tak lepas la nape ye….saya guna kad debit PB
saya dah try byk kali masih tak lepas.
January 15th, 2009 at 5:16 am
Salam Naem…
saya nak bertanya…
hari ni saya baru dpt maybank debit card visa. saya cuba guna coupon usd100 tu. bila saya masukkan kad no dan semua detail..FB kata dia tak bleh terima saya punya permintaan ads tu. kenapae ek? apa masalahnya ye? pening saya fikir…takkan tak aktif lg kot. officer bank ckp dah aktif…penin penin…bleh tolong tak? TQ
TEMBAK A
January 15th, 2009 at 6:15 am
i dah join visa business network tu, kad pun dah verified dah…… tapi tak dpt lagi lah kupon kode tu kat email.. lama ke nak tunggu?
January 15th, 2009 at 6:26 am
i dah try guna 3 kopun2 tu… OK JER… dan masukdlm akaun dah yeyeyey alhamdulillah… mekasihhhhh byk2 yer!!!!!
January 15th, 2009 at 6:42 am
Naem, pasal VCC tu kalau nak add kat facebook tu kena ada kredit ke, naem dah buat berjaya tu ada kredit ke x kredit???
January 15th, 2009 at 6:49 am
Saya dah dapat $250 kredit percuma dengan kupon visa dan add kupon yg naem bagi, sekarang ni guna debit kad yg betul, takut nanti terlebih caj pulak, harap dapat guna VCC, harap naem bagi pendapat untuk solan diatas ye..trimas.
January 15th, 2009 at 6:49 am
ala….. bila kita masukkan free kupon yg u bagi tu kat “funding sources” column tu.. Ok ajer.. TAPI MASALAHNYA, bila kita dah create Ads, then kita masukkan kat ENTER CODE masa kita nak Place order (last step lepas kita create ads) tu.. ada error mcm ni pulak…..
“Sorry, the code that you entered was invalid, has already been used, or has expired. You can try to enter the coupon code again on the funding sources page. If you want to avoid incurring any charges, please pause your ad.”
aiyarrrrr…. camner ni? tulun….. tulunnn…
January 16th, 2009 at 12:24 am
ohh gitu…. ehhehehehe….. pagi ni tengok ads dah running dah…..yeyyeyeye… mekasih sekali lagi !!!!!!
January 16th, 2009 at 1:41 am
nape tak dpt lagi kupon code dari visa business network? biasanya berapa hari baru dapat? camner pengalaman korang…..
January 16th, 2009 at 4:37 am
Askum…
Kalu org Baling beli VCC tu mcmana? baru nak belajar ni…ada discount ka?
hehehhe…teringin nak tau semua ni…tapi baru nak belajar…harap naem bleh guide me…tq
January 18th, 2009 at 6:47 pm
macam mana saya nak gunakan kredit percuma dari facebook untuk pengiklanan
January 19th, 2009 at 1:31 am
just nak share ngan sume, saya dah dpt free $100 dr visa tu.. tapi saya tak di berikan kod melalui email, saya tengok kat “funding sources” saya tetiba dah ada masuk $100…eheheheh so kira ok lah tu..
January 26th, 2009 at 12:14 am
as of Jan 25 6:00 EST all codes are NOT working anymore EXCEPT the $25 WN18-6XF9-NY1F-WCE7 and the $100 code you get when doing the visa application (not for a credit card
) sign up
January 26th, 2009 at 12:17 am
u all boleh baca kat forum ni
http://forums.slickdeals.net/showthread.php?t=1149413
kod kupon tersebut dah expired pd 25/1,..adusss
patutlah kod sebelum ni tak leh apply dah pagi ni..huhuhu
February 22nd, 2009 at 8:04 pm
March 19th, 2009 at 11:49 am
Salam semua,
ye satu je yg boleh pakai 2 lagi kupon tu dah expired….naem tak ada ke kupon lain yg bleh share
March 20th, 2009 at 10:42 am
Setakat ni belum arr…Saya nak cuba tanya ( emel ) diorang ( facebook ) malam ni.
May 2nd, 2009 at 12:57 pm
aiseyy…..kupon dah expired la plak….baru nak start…..bila la nak ada kupon free lagi ni…..
July 27th, 2009 at 2:17 am
hari ni baru buka link discussion nie. dah tertinggal keretapi rupanya..
Tuan Naem, Ada lagi tak coupon atau apa sajer yg free.
Link for coupon YSM kat mana lagi boleh dapat. saya dah cuba macam-macam, termasuk dalam ebook PPC you, semuanya macam dah expired. keluar page kosong jer..
August 7th, 2009 at 8:24 am
untuk pendaftaran di facebook perlukah kita mendepositkan nilai minimum sebelum layak mendapatkan redeem kupon tu seperi di YSM?
January 26th, 2010 at 6:17 am
camne nk dapatkn kupon visa tu?
dh register tapi x dapat pon kupon tu..
February 26th, 2010 at 5:06 pm
March 5th, 2010 at 4:25 am
x dpt pun koupon.dh sminggu sy daftar..ble tlg jelaskan dgn detail lg x camna cara nk dapatkannya?