Terima kasih kerana sudi bertanya ( sendiri tanya pun mau terima kasih ka ). Barangkali yang memang biasa menggunakan PayPal, isu ni bukan isu pun. Ia lebih kepada perkara teknikal sebenarnya.
Jika anda mempunyai akaun PayPal, dan ingin menambah dana ( duit ) ke dalam akaun tersebut, cuba la beberapa cara di bawah :
1) Transfer Dari Kad Debit/ Kredit
Bagi sesiapa yang memiliki akaun PayPal, status “verified member” sangat penting. Ramai yang keliru dan berasa susah hati bila bab nak verify akaun PayPal ni. Macam saya masa-masa awal-awal dulu. Sebenarnya mudah aje. Ingat! Dengan status verify, akaun PayPal anda akan terlepas dari beberapa halangan /limit yang dikenakan pihak PayPal. Selain itu, anda boleh menjadikan akaun PayPal yang verified sebagai pengantara antara bank anda dengan pihak penjual. Sungguhpun anda tiada USD dalam akaun PayPal, dengan akaun yang verified ,pihak PayPal akan menyedut duit dari akaun kad debit/kredit anda ke dalam akaun PayPal dan terus membuat pembayaran kepada pihak penjual.
2) Membeli Dana Dari Orang Ketiga

Haaaa…ini cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Kadang-kadang anda tak perlu berbelanja RM3.61 untuk mendapatkan USD$1 dalam akaun PayPal anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari sesiapa yang ingin menjual wang di dalam akaun PayPalnya pada harga tertentu. Contohnya semalam saya telah menjual USD$100 dengan harga RM325 kepada salah seorang forumer di WangCyber. Dengan proses seperti ini, anda boleh mendapatkan sejumlah amaun USD yang diperlukan dengan membelinya dari orang lain. Individu tersebut akan memindahkan dana dari akaun PayPal nya ke akaun PayPal anda.
Apapun, sila berhati-hati. Memandangkan banyak kes fraud mudah terjadi dari transaksi ini. Anda di galak mengenal identiti dan kredibiliti si penjual terlebih dahulu. Jika tidak , bahana yang cukup besar menanti anda di kemudian hari
ps: jual fund paypal salah dari segi terma PayPal.
3) Komisen Melalui PayPal
Ini cara terakhir yang saya tahu. (more…)
Komen Terkini