Bhg 1 : Antara Emel Domain & Emel Gmail
-
Ini bukan dilema antara 2 jalan. Atau antara dia si “jamilah” dan si “zubaidah”..ehem..ehem..Tapi ini antara dua jenis emel dan kesannya ke atas tindak tanduk anda mendapatkan kredit percuma Adwords USD$50.
Terlebih dahulu membuka kata menutur bicara menitip tip-tips berguna, fuuhhh…panjangnye mukadimah ni. Kita fahamkan dulu terma yang saya gunakan untuk artikel ini.

Emel
Takrifan ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang belum pernah mendengar,mengguna apatah lagi memiliki emel di internet. Gabungan internet ( e ) dan mail ( surat menyurat ), emel membawa maksud persuratan maya. Hohoho…ayat berbelit wooii…Senang cakap emel ni “surat internet”. Pejabat pos terbesar dalam internet ini ialah Yahoo dan Google la. Kalah pejabat pos Malaysia.
Emel Gmail
Emel Gmail seperti kebanyakan emel percuma di internet yang lain. Jika anda pernah memiliki emel di Yahoo ( yahoo mail @ ymail ), anda mesti memiliki emel di Google iaitu Gmail ( singkatan Google dan Mail ). Tak pernah ada emel Gmail, haaa…meh daftar di sini. Percuma je..
Contoh emel Gmail : ppcpercuma@gmail.com
Emel Domain
Ini satu lagi jenis emel yang wujud di muka bumi ini. Lebih macho dan bergaya, emel domain banyak digunakan oleh individu atau organisasi yang memiliki website. Anda tentu pernah nampak emel-emel kawan anda seperti “abdullahbadawi@jaring.com.my“. Contoh…CONTOH…takde kena mengena dengan yang mati ataupun baru lahir. Atau ada adik beradik anda yang memiliki emel seperti ini ” naim.rahim@cimb.com“. Ini semua emel-emel yang diklasifikasikan saya sebagai emel domain.
Nak emel Domain? Macammana?
Sesiapa pun boleh dapat emel domain sendiri. Syaratnya perlu la memiliki domain terlebih dahulu. Haaa… camner nak dapatkan domain ni ? Ini soalan yang sukar untuk saya jawapkan secara terperinci di sini. Bukan kerna tidak mampu nak jawab, tapi sakit-sakit belakang dan kebas jari jugak le kalau nak menaip macam ni.
Saya memikirkan untuk menyediakan satu siri Video Panduan Emel ni secara percuma. Apapun ia tentu la ambil masa yang lama kan.Hurmmm… nanti saya roger-roger lain ye jika saya boleh siapkan .
Ps: Artikel ni ada siri kedua, nantikan dengan penuh sabar ye.
Pss: Dapatkan Blogger Kit Starter Pack yang lengkap untuk membina blog dot com anda sendiri hari ini jugak. Jangan lupa ajak jiran anda turut sekali membina blog dot com penuh bergaya di sini


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)





