Camner Nak Top Up Duit Dalam Akaun PayPal?
-
Terima kasih kerana sudi bertanya ( sendiri tanya pun mau terima kasih ka ). Barangkali yang memang biasa menggunakan PayPal, isu ni bukan isu pun. Ia lebih kepada perkara teknikal sebenarnya.
Jika anda mempunyai akaun PayPal, dan ingin menambah dana ( duit ) ke dalam akaun tersebut, cuba la beberapa cara di bawah :
1) Transfer Dari Kad Debit/ Kredit
Bagi sesiapa yang memiliki akaun PayPal, status “verified member” sangat penting. Ramai yang keliru dan berasa susah hati bila bab nak verify akaun PayPal ni. Macam saya masa-masa awal-awal dulu. Sebenarnya mudah aje. Ingat! Dengan status verify, akaun PayPal anda akan terlepas dari beberapa halangan /limit yang dikenakan pihak PayPal. Selain itu, anda boleh menjadikan akaun PayPal yang verified sebagai pengantara antara bank anda dengan pihak penjual. Sungguhpun anda tiada USD dalam akaun PayPal, dengan akaun yang verified ,pihak PayPal akan menyedut duit dari akaun kad debit/kredit anda ke dalam akaun PayPal dan terus membuat pembayaran kepada pihak penjual.2) Membeli Dana Dari Orang Ketiga
Haaaa…ini cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Kadang-kadang anda tak perlu berbelanja RM3.61 untuk mendapatkan USD$1 dalam akaun PayPal anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari sesiapa yang ingin menjual wang di dalam akaun PayPalnya pada harga tertentu. Contohnya semalam saya telah menjual USD$100 dengan harga RM325 kepada salah seorang forumer di WangCyber. Dengan proses seperti ini, anda boleh mendapatkan sejumlah amaun USD yang diperlukan dengan membelinya dari orang lain. Individu tersebut akan memindahkan dana dari akaun PayPal nya ke akaun PayPal anda.
Apapun, sila berhati-hati. Memandangkan banyak kes fraud mudah terjadi dari transaksi ini. Anda di galak mengenal identiti dan kredibiliti si penjual terlebih dahulu. Jika tidak , bahana yang cukup besar menanti anda di kemudian hari
ps: jual fund paypal salah dari segi terma PayPal.
3) Komisen Melalui PayPal
Ini cara terakhir yang saya tahu. Yup…Cara ini agak sukar tapi memang menguntungkan. Anda bukan sehaja mendapat sumber pendapatan di internet malahan masalah akaun PayPal “kering” takkan wujud. Selain melibatkan diri dalam program-program buat duit seperti Bidvertiser ( menawarkan pembayaran minima USD$10 menerusi akaun PayPal ), anda boleh turut serta dalam program affiliate dan CPA dari pelbagai syarikat yang menawarkannya.
Cara saya ialah dengan menjual produk saya dan meletakkan cara bayaran menerusi PayPal. Secara tidak lansung saya akan dapat dana dari pihak lain masuk ke akaun PayPal saya.
Sekian sahaja sampai di sini. Jika anda masih ingin bertanya lagi, ruangan komen di bawah terbentang luas. Klik dan tinggalkan pertanyaan anda di sana ye. Ok…bye bye…nak masuk tidur dulu. Penat kerja siang hari..ohoho.
Ps; Artikel ini ditulis khas bagi menjawap soalan salah seorang pelanggan saya. Harap ia membantu.




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






February 19th, 2009 at 5:11 am
em..rupanya banyak cara nak masukkan duit dalam paypal ye..
saya dulu pun ada terfikir,boleh ke transfer duit dalam paypal secara manual.maksud saya bank in ke hehehe…
February 22nd, 2009 at 10:48 am
Aq x verify akaun lagik. Woo. Rasanya nk guna public bank /tune money. sbb leh keluarkan duit tuh guna kada aje.
February 23rd, 2009 at 4:18 am
Tapi kena hati2 woo…dengan Paypal skang nie. Curious diorang melebih2. Sekali kena, nak pujuk rayu ngan diorang punyala…seksa…kadang2 ok…3, 4 hari dah ok. Kadang2 berminggu2.
July 10th, 2009 at 12:51 am
aku guna eon debit mastercard…and dah buka acc paypal dan dah verified..dlm card tu ada dlm rm400 tpi dlm paypal acc.$0.00usd …aku nak transfer dlm duit 22euros kat sweeden….leh x aku main tranfer cam tu je..sbb debit master card tu ada duit rm400…
ADMIN : boleh transfer dari kad debit eon tu asalkan akaun paypal verify melalui kad tersebut. Kalau tak, memang tak lepas la
October 18th, 2009 at 4:29 pm
time kaseh bro atas info ni..
mmg tgh cari camne care nk tambah fund kt paypal.
dapat jugak lastnye..
hehehe.
tq
March 24th, 2010 at 3:15 pm
salam…
Cara no 1 tu mmg saya nak buat… tapi macam mane caranya….
dah puas dah cari tapi x jumpa