Logo Background RSS

Advertisement

2009 » March

  • Nak Bagi Hadiah Apa Ek? – Review Panduan VCC
    By naem on March 22nd, 2009 | 7 Comments7 Comments Comments

    Pada pendapat anda, OK tak hadiah ni ? Tak ok?  Hurmm…

    Photobucket

    Hari ni dah masuk hari ke 18 sejak pertandingan review Panduan VCC ditutup. Tapi, takde pula keputusan yang dibuat. Bila fikir nak putuskan pemenang, alahai..Fikir macam nak bagi semua je yang menang. Lagi senang…Senang hati, sakit poket..Har har har. Untuk yang belum pernah dengar tentang pertandingan review Panduan VCC ni, boleh rujuk laman forum Wangcyber di thread ini :

    http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/11966-rm500-untuk-review-panduan-vcc.html

    Ini pulak picisan artikel yang dipetik dari laman Wangcyber :

    Panduan ini masih tidak lari dari niche ” buat duit “. Walaupun begitu fokus utama panduan ini ialah untuk memberikan kefahaman tentang kelebihan menggunakan VCC ( kad kredit maya ).

    Untuk mengetengahkannya ke pasaran dengan lebih luas, saya di sini ingin mengadakan satu pertandingan khas “review panduan VCC ” dan 5 pemenang di cari.

    Hadiah
    Hadiah dalam wang tunai dan di berikan kepada 5 orang sahaja. Setiap pemenang layak memenangi hadiah RM100 setiap seorang

    Unik
    Peserta hanya perlu menulis artikel ulasan dan 20 penyertaan terbaik di beri RM10 sebagai penghargaan.

    Senarai pendek peserta yang layak mendapatkan 5 tempat pertama tu dah dapat. Memang ulasan yang power la. Mujur saya yang keluarkan ebook ni, kalau tak mungkin saya akan beli dari ulasan-ulasan diorang ni. Nak tahu tak siapa diorang yang saya maksudkan tu ? Ok, ini pula senarai pendek yang saya pendekkan ( maksudnya setelah disenarai pendek /shortlist ) : (more…)

  • Komisen Affiliate Panduan VCC ( 27/2- 15/3 )
    By naem on March 19th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Syukur,saya baru saja selesaikan pembayaran komisen Panduan VCC ( 27 Februari 2009 hingga 15 Mac 2009 ) melalui perbankan online ( Maybank2u ). Penat menunggu TAC dari Maybank2u ni. Mujur TAC ni guna style SMS. Bayangkan kalau TAC guna POS MALAYSIA. Ayoyo!

    Dalam hati, memang tak sabar-sabar nak bayar komisen ni. Ikutkannya pada setiap pertengahan bulan ( 15 hb ). Tapi dah terlewat 5 hari ni. Malu-malu alah juga nak bayar ni. Almaklum  saya baru je pulang dari kampung. Kalau di kampung ni, toksah dok cakap le tentang kehebatan semua penyedia Broadband di Malaysia ni. Kelajuan mengalahkan kura-kura yang takde 3 kaki. Berdesup…panas telinga , merah mata!

    Apapun, alhamdulillah dah dapat bayar juga. Bermula dari episod pembayaran hari ini, pembayaran komisen Panduan VCC akan di buat seperti berikut :

    • Di bayar 2 kali setiap bulan. Setiap 15hb dan 27hb.
    • Minima pembayaran ialah RM30 atau bersamaan dengan 2 jualan.
    • RM50 akan diberikan untuk 10 jualan semasa yang berjaya dihasilkan.

    Nak tahu samada anda layak atau tidak menerima komisen Panduan VCC ? Haaa..ikuti langkah-langkah berikut :

    1. Daftar sebagai affiliate/agen ( jika belum ) di sini.
    2. Log in ( masuk ) ke laman affiliate/agen menggunakan username dan password yang didaftarkan. Kalau lupa, emel saya.
    3. Di paparan muka bahagian dalam akaun, klik pada link “JUALAN”. Anda akan lihat berapa jualan semasa yang berjaya dihasilkan.
    4. Jika ingin melihat prestasi jualan agen-agen lain, klik pada link ” PRESTASI AGEN” dan anda akan dapat lihat bilangan jualan yang berjaya dihasilkan oleh agen-agen lain (more…)
  • Pertandingan Review PanduanVCC dot Com
    By naem on March 6th, 2009 | 6 Comments6 Comments Comments

    2 Februari yang lalu, saya telah adakan 1 pertandingan review untuk produk terbaru saya ” Panduan VCC”. Jika anda perasan, anda tentu pernah terbaca hal berkaitan pertandingan ini di forum WangCyber dot com. Pertandingan ini telah pun ditutup penyertaaan dan sekarang dalam proses menentukan siapa pemenang & hadiah yang layak diberikan.

    Secara keseluruhannya, pertandingan ini tak berapa menjadi..Hohoho. 1 lagi projek pertandingan dari saya yang kurang sambutan. Ada banyak perkara yang saya fikirkan penyebab kegagalan pertandingan ini kurang mendapat sambutan.

    Sungguhpun saya telah sebarkan makluman ini kepada para pembeli Panduan VCC, ahli-ahli forum Wangcyber serta subscriber saya, hanya :

    • 3 orang yang mengisi borang penyertaan
    • kurang dari 20 review yang dapat dikumpul dari Google.

      Hehehe…Memang kurang menyerlah. Dah agak dah. Nampaknya lepas ni saya memang takkan buat pertandingan macam ni dah. Kalau nak buat pun, kena bagi hadiah-hadiah lumayan seperti tunai RM3000 untuk tempat pertama, iPhone untuk tempat kedua, dan MacBook Pro untuk tempat ketiga. Amacam ?

      Di sini senarai pautan laman-laman yang sudi menulis ulasan tentang Panduan VCC saya.. Jika laman web anda tak tersenarai, sila maklumkan pada saya. Saya sedang berfikir tentang hadiah yang mampu saya usahakan. (more…)