Logo Background RSS

Advertisement

Lagi Testimoni Panduan VCC Dari Pembeli

  • Salam hormat semua,

    Hari ni dan semalam, saya sedang menyelesaikan pembayaran komisen PPCPercuma dan Panduan VCC.

    Photobucket

    Alhamdulillah hasil jualan Panduan VCC agak baik walaupun tak sehebat Rahsia Clickbank, Rahsia 10k, dan produk-prooduk gah online yang lain. Secara kasarnya, jualan Panduan VCC berjaya menampung kos perbelanjaan hidup saya untuk 3 bulan seterusnya . Saya akan cuba selesaikan semua pembayaran komisen seperti yang

    dijanjikan sebelum lewat malan ini.

    Ada banyak update yang ingin saya tulis di sini, apapun kekangan masa dan sedikit keletihan menganggu kelancaran sedia ada. Jadi untuk update dari saya hari ini, saya ingin kongsikan 1 lagi testimoni dari pembeli Panduan VCC bersama anda semua.

    Nama: NORUDIN DRAMAN a.k.a UstazCahaya
    Assalamu’alaikum wrb dan salam sejahtera kepada semua yang membaca halaman ini.
    Salespage saudara naem ini merupakan yang kedua seumpamanya saya temui oleh IM Malaysia. Di mana di laman jualan ini testimoni yang ditunjukkan adalah testimoni sebenar daripada pelanggan yang telah membeli dan menggunakan produk yang dipromosikan. Jika sauadara pembaca tidak percaya, cuba lihat di laman jualan yang lain, adakah saudara melihat testimoni daripada saya? Sudah tentu tidak ada, kerana hanya saudara Naem antara yang sudi meminta dan menyiarkan testimoni daripada pelanggan beliau, Terima kasih dan ini merupakan satu sikap dan tindakan yang patut dicontohi oleh semua :-)

    Baru pada Bulan Oktober 2008 (Hari Raya) yang lalu, saya kehilangan RM200 dari akaun saya di sebuah bank ‘besar’ di negara kita. Disebabkan ia berlaku ketika cuti dan bank semua tutup, saya menelefon talian khidmat pengguna bank berkenaan, apa yang saya dapati ialah kredit telefon saya yang berbaki lebih RM10 habis menunggu panggilan saya untuk disambungkan kepada ‘pegawai berkenaan’. Alhamdulillah, selepas cuti hari raya berakhir, masalah saya selesai dan wang RM200 itu ‘masuk kembali’ ke akaun saya. Pengalaman itu yang meyakinkan saya bahawa saya perlu memiliki Panduan VCC saudara Naem ini.
    Sebagai seorang yang baru hendak mengenali perniagaan internet dan masih baru menggunakan perkhidmatan perbankan online, saya sangat berhati-hati untuk membeli produk di internet, lebih2 lagi produk informasi tentang Perniagaan Internet. Pertama kali saya membeli sebuah ebook oleh seorang IM Malaysia, saya agak kecewa kerana apa yang ditulis adalah tips2 percuma yang saya boleh perolehi daripada majalah.
    Sabda Rasulullah SAW;
    “Barangsiapa berkehendakkan (kebaikan dan kejayaan) di dunia, hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa berkehendakkan (kebaikan dan kejayaan) di akhirat, hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa berkehendakkan (kebaikan dan kejayaan) kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu”.
    Benarlah seperti pesanan Rasul Junjungan di atas, dengan maklumat (ilmu) yang diajarkan oleh saudara Naem dalam Panduan VCC dan bonus2 yang beliau sediakan, banyak RM yang boleh saya jimatkan. Seperti kata Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara Majalah I (Februari 2009); “Saya kira didikan ‘keusahawanan dan kepenggunaan’ perlu diperkukuhkan setiap masa. Kalaupun tidak semua bergelar usahawan, semua Muslim perlu menjadi pengguna”.
    Ikhlas daripada saya; Memang tidak semua umat Islam (khusus di Malaysia) akan menjadi usahawan internet, tapi semua muslim akan menjadi pengguna internet dan berbelanja secara dalam talian. Lebih lebih lagi kini, hampir semua bank menyediakan kemudahan perbankan dalam talian. Wang yang anda gunakan untuk membeli Panduan VCC ini jauh lebih murah daripada apa yang bakal anda pelajari. Lebih penting ia boleh menyelamatkan transaksi online anda.

    Terima kasih kepada saudara Naem kerana menyediakan panduan ini. Semoga apa yang saudara lakukan dikira sebagai perlaksanaan fardhu kifayah di sisi Allah. Apapun, setiap ilmu bermanfaat yang diajarkan adalah amal jariah yang tidak putus hitungannya sehingga hari kiamat. Amin.
    Wassalam.

    Terima kasih pada ustaz yang sudi memberikan testimoni ikhlas ini. Saya amat berbesar hati. Kepada sesiapa yang ingin memberikan testimoni lagi, sila hantarkan pada saya di alamat emel ” panduanvcc[@]gmail.com ” . Sila buang tanda [ ] untuk menggunakan emel tersebut.

    Saya telah membuat keputusan untuk memberi ganjaran kepada setiap pemberi testimoni Panduan VCC saya. Ganjarannya ialah komisen 90% ( RM36/40 ) bagi PanduanVCC yang terjual melalui link affiliate pemberi testimoni dalam masa 10 hari yang dipersetujui.

    Jika anda berminat, anda boleh tinggalkan testimoni Panduan VCC di ruangan komen atau terus menghantar emel testimoni pada saya.

Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: