Logo Background RSS

Advertisement

Komisen Affiliate Panduan VCC ( 27/2- 15/3 )

  • Syukur,saya baru saja selesaikan pembayaran komisen Panduan VCC ( 27 Februari 2009 hingga 15 Mac 2009 ) melalui perbankan online ( Maybank2u ). Penat menunggu TAC dari Maybank2u ni. Mujur TAC ni guna style SMS. Bayangkan kalau TAC guna POS MALAYSIA. Ayoyo!

    Dalam hati, memang tak sabar-sabar nak bayar komisen ni. Ikutkannya pada setiap pertengahan bulan ( 15 hb ). Tapi dah terlewat 5 hari ni. Malu-malu alah juga nak bayar ni. AlmaklumĀ  saya baru je pulang dari kampung. Kalau di kampung ni, toksah dok cakap le tentang kehebatan semua penyedia Broadband di Malaysia ni. Kelajuan mengalahkan kura-kura yang takde 3 kaki. Berdesup…panas telinga , merah mata!

    Apapun, alhamdulillah dah dapat bayar juga. Bermula dari episod pembayaran hari ini, pembayaran komisen Panduan VCC akan di buat seperti berikut :

    • Di bayar 2 kali setiap bulan. Setiap 15hb dan 27hb.
    • Minima pembayaran ialah RM30 atau bersamaan dengan 2 jualan.
    • RM50 akan diberikan untuk 10 jualan semasa yang berjaya dihasilkan.

    Nak tahu samada anda layak atau tidak menerima komisen Panduan VCC ? Haaa..ikuti langkah-langkah berikut :

    1. Daftar sebagai affiliate/agen ( jika belum ) di sini.
    2. Log in ( masuk ) ke laman affiliate/agen menggunakan username dan password yang didaftarkan. Kalau lupa, emel saya.
    3. Di paparan muka bahagian dalam akaun, klik pada link “JUALAN”. Anda akan lihat berapa jualan semasa yang berjaya dihasilkan.
    4. Jika ingin melihat prestasi jualan agen-agen lain, klik pada link ” PRESTASI AGEN” dan anda akan dapat lihat bilangan jualan yang berjaya dihasilkan oleh agen-agen lain

    Oh ya, untuk makluman anda , saya masih belum membuat pembayaran kepada 2 orang. Sila berikan masa tambahan untuk saya menyelongkar mencari maklumat no akaun bank anda . Nombor akaun bank memang sangat penting. Kalau tidak, susah le saya nak masukkan duit. Takkan nak gunakan KIRIMAN WANG POS kot ? agak-agak menarik tak buat pembayaran komisen guna wang pos ni ? hurm…

    Apapun, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada mereka-mereka ini yang berjaya menghasilkan jualan untuk Panduan VCC. Kepada 97 orang agen lagi, jasamu dikenang dan teruskan usaha mempromosi Panduan VCC melalui teknik pemasaran blog ( letak iklan di blog ), pemasaran forum ( memanfaatkan ruangan signature ), pemasaran video ( tumpuan video hangit kesedihan Rustam Ali Ali Rustam , hebahan melalui pemasaran emel , pemasaran PPC dan lain-lain lagi.

    Affiliate # Of Sales Earned
    tawaran 7 105
    adly 6 90
    indexhtml 1 15
    matzis 1 15
    titan 2 30
    rosham 1 15
    offer 1 15
    vcconline 2 30
    din 2 30
    taukey 1 15
    shuth 2 30
    ramfir 2 30
    noorizam 2 30
    vcc 1 15
    Total 465

    ps : Resit pembayaran tak de, tapi salinan pembayaran dari Maybank2U ada le. Kalau nak, maklum pada saya ye. Untuk agen-agen yang mendapat 1 jualan, jualan anda akan dikumpul sehingga mencecah minima 2 jualan dan akan dibayar pada tarikh seterusnya ( 27 Mac 2009 ) nanti

  1. #1 titan
    March 31st, 2009 at 6:46 am

    kalau ada resit. hantar ajela. aku tak tahu yg mana satu bayaran dari ko. Hoho..

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: