Logo Background RSS

Advertisement

2009 » April

  • ConspiracyOfTheRich- eBook Kewangan Percuma
    By naem on April 26th, 2009 | No Comments Comments

    Saya tak pasti samada ramai diluar sana pernah atau tidak membaca buku-buku tulisan oleh Robert Kiyosaki. Sehingga kini, saya baru baca 4 buah buku tulisan beliau. Memang seronok. Walaupun isi kandungan di ulang -ulang, setiap penyampaiannya diolah dengan gaya cerita yang menarik.

    Setakat ini, buku-buku Robert Kiyosaki yang saya baca ialah :

    • Rich Dad Poor Dad
    • Rich Dad : CashFlow Quadrant
    • Rich Dad : Prophecy
    • Rich Dad : Who Took My Money

    Kini, ada 1 lagi buku yang mungkin bakal dikeluarkan tak lama lagi. Apa yang best nye, saya tak payah pun beli buku tersebut buat masa ni.Hehehe. Buku tu masih dalam pembikinan dan kini sedang dikongsikan terus melalui online di

    conspiracy of the rich

    http://conspiracyoftherich.com

    Apa yang perlu saya buat ialah kunjungi laman di atas, daftarkan diri sebagai subscriber, dan terus boleh mengikuti perkembangan buku tersebut dari masa ke semasa.

    Selamat membaca

    ps: PPCPercuma V.2 masih di siapkan. Keadaan bertambah sukar sebab saya telah masukkan siri kes studi Adwords & YSM. Malangnya ujikaji dalam kes studi tu tak memberansangkan. Harap pembaca/pembeli semua dapat bersabar.

    pps : Komisen untuk PanduanVCC (1/4- 15/4/09 ) & Rahsia PPCpercuma telah dibayar.Jika anda salah seorang yang berhak tetapi belum mendapat bayaran komisen, sila hubungi saya melalui blog, emel, ym mahupun sms.

  • Adwords USD$50,Post Paid & VCC
    By naem on April 13th, 2009 | 15 Comments15 Comments Comments

    Salam hormat semua. Artikel ini khas ditulis untuk menjawap persoalan demi persoalan berkenaan kupon percuma ( kredit pengiklanan Adwords ) USD$50 oleh para pembeli ebook Rahsia PPCPercuma. Apapun , ia pasti berguna untuk anda semua mengaplikasikan kaedahnya terutama dalam aktiviti pengiklanan online.

    Asas Link Kredit Percuma:

    https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

    link di atas adalah link kredit percuma yang di tawarkan oleh pihak Google. Walaubagaimanapun, ia bukan tawaran secara terus dari Google.  Sebaliknya pihak Google telah berikan keistimewaan pada pihak Yahoo Small Bussiness untuk menawarkan kredit percuma USD$50 tersebut. Justeru, jika anda mengajukan soalan ” kenapa tak dapat kredit percuma USD$50 ” pada pihak Google. Pastinya pihak Google akan menjawap ” itu tawaran oleh pihak ketiga ( third party, jadi sila hubungi mereka” ..lebih kurang macam tu la jawapannya.

    Kesimpulannya, pihak Yahoo Small Business pun pastinya tak akan mengaku dan membalas emel anda ( terutama jika anda bukan pelanggan Yahoo ).

    Penyelesaian :

    Saya telah pun senaraikan penyelesaian demi penyelesaian dalam Rahsia PPCPercuma.  Namun, rata-rata masih berminat dan fokus pada kaedah link kredit ini. Oleh itu, saya telah jalankan satu ujikaji ringkas satu demi satu sejak beberapa bulan yang lalu. Antaranya ujikaji terbaru yang saya lakukan boleh dirujuk di artikel ini “Bhg 1 : Antara Emel Domain & Emel Gmail” dan “Bhg 2 : Antara Emel Domain & Emel Gmail“. Jawapannya memang mengHAMPAkan dan agak sukar sebenarnya untuk menikmati faedah USD$50 ni.

    Walaubagaimanapun, saya telah datangkan dengan 1 penyelesaian sementara. Terutamanya kepada yang sangat-sangat memerlukan kredit percuma tersebut.

    Kaedah Penyelesaian :

    Anda perlu mengerti struktur pembayaran akaun Adwords nanti. Saya telah pun tulis kelebihan setiap kaedah pembayaran tersebut. Jika anda berminat untuk mengetahui tentangnya lebih lanjut, cuba selak artikel terdahulu saya ini  ” Adwords : Adakah Akaun Saya Sudah Diaktifkan? “. Rujuk bahagian pendaftaran Akaun Adwords. (more…)

  • Review PanduanVCC : Ini Hadiahnya !
    By naem on April 12th, 2009 | 10 Comments10 Comments Comments

    Pening nak tentukan siapa yang patut menang. Bukan mudah sebenarnya. Macam dilema ” ditelan mati emak, diluah mati bapak,dimakan mati anak, digigit mati isteri, dijilat mati diri”. Rasanya ini gambaran tepat untuk apa yang saya fikirkan sehingga hari ini.

    Apapun, syuku kepad tuhan pentadbir sekalian alam. Saya telah fikirkan 1 keputusan yang hendaknya memuaskan hati semua peserta yang terpilih. Tak lupa juga yang tinggalkan komen dan berkongsi pendapat dengan saya tentang ” Nak Bagi Hadiah Apa Ek? – Review Panduan VCC”. Saya dah buat keputusan dan memilih cadangan beliau sebagai yang memuaskan hati saya. Siapa dia ? Lihak imej di bawah sekali dan jika anda ialah si “dia”, sila hubungi saya untuk pindahan RM30 terus ke bank anda. Di bawah sekali ye .

    Ok..ini pula hadiahnya untuk peserta pertandingan review :

    InsyaAllah, saya akan mula selesaikan secepat mungkin pindahan wang ke dalam akaun setiap peserta yang terpilih. Harap maaf sebab hadiahnye kecik2 aje. Al maklum le ekonomi GAWAT. Tak gitu ? (more…)