Adwords : Adakah Akaun Saya Sudah Diaktifkan?
-
Pagi tadi, saya terima 1 emel pertanyaan dari salah seorang pelanggan setia produk saya ( Panduan VCC + Rahsia PPCPercuma ). Beliau bertanyakan saya tentang masalah akaun Adwords beliau. Mulanya saya agak kurang jelas dengan soalan tersebut. Butirannya lebih kurang begini :
Setelah banyak kali berbalas emel, akhirnya baru saya faham yang beliau ingin mengaktifkan akaun Adwords beliau menggunakan VCC. Soalnya sekarang ialah bagaimana?
Justeru, saya fikirkan persoalan tersebut mungkin boleh membantu yang lain jika ada yang menghadapi masalah yang sama.
Pendaftaran Akaun Adwords
Dalam ebook percuma saya yang lalu , saya telah tunjukkan cara mudah mendaftar Adwords. Saya juga ada terangkan 1 kaedah asas mendapatkan kredit percuma USD$50 dari Adwords ( kebelakangan ini agak sukar mendapat kupon ). Ringkasnya, proses pendaftaran adalah seperti berikut :
- Kunjungi laman Adwords dan klik button Sign Up
- Ikuti semua arahan dalam proses pendaftaran
- Aktifkan Akaun Adwords dengan maklumat pembiayaan
Pengaktifan Akaun Adwords
Selesai mendaftar, anda perlu mengaktifkan akaun Adwords. Di sinilah pokok soalan yang akan saya huraikan. Umumnya, sebagai pengguna Adwords, anda akan diberi pilihan membiaya akaun Adwords anda dengan 2 cara iaitu :
- Post-Pay ( Guna Dulu, Bayar Kemudian )
- Pre-Pay ( Bayar Dulu, Guna Kemudian )
Dari kaedah pembayaran tersebut, kaedah pembayaran menggunakan Pre- Pay memerlukan anda membayar sejumlah deposit RM40 untuk memulakan kempen iklan. Sebaliknya jika anda menggunakan kaedah Post-Pay, anda akan diberi hutang RM200 sebagai dana permulaan. Namun begitu, kedua-dua kaedah ini mempunyai pro dan kontranya. Saya akan huraikan lebih lanjut tentang pro dan kontra ini dalam salah satu report Rahsia PPCPercuma V.2 nanti.
Secara khususnya, anda boleh mengaktifkan akaun Adwords tadi menggunakan Kad debit/ Kredit ataupun menggunakan perbankan Online. Selain dari itu, menggunakan VCC akan memberikan kelebihan kepada anda terutama yang ingin menggunakan Kaedah Post Pay nanti.
Masalah Beliau
Beliau sebenarnya telah pun mengaktifkan akaun Adwords tersebut. Tetapi mungkin beliau amsih kabur lagi tentang proses seterusnya. Ini adalah imej yang saya ambil dari akaun Adwords beliau.
1) Last Payment : None – ini disebabkan ia akaun baru. Jadi memang tiada sebarang rekod pembayaran telah dibuat.
2) Primary Payment Method : Jika anda perhatikan, 4 digit terakhir kad anda terpapar di sana. Ini jelas bahawa kad debit/kredit ataupun VCC anda telah pun disahkan oleh pihak Adwords
3) Current Balance : Untuk akaun baru, amaun yang tertera ialah MYR 0.00 . Anda dibekalkan RM200 sebagai dana permulaan. Jika pengiklanan telah mencecah RM200, anda akan terus di bill oleh pihak Adwords. Pada waktu tersebut, gambaran akaun anda yang di bill akan jadi seperti ini.
Jawapan
Apa yang saya boleh simpulkan, akaun beliau memang sudah diaktifkan. Tindakan seterusnya ialah mula membina kempen iklan dan bolehlah mengiklan di Google. Semoga Berjaya ! Jom tonton “Impak Maksima” hehehehe





![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






April 6th, 2009 at 11:04 pm
ok sedara naem… terima kasih banyak2… boleh bt rujukan kat blog nie nnti…