Logo Background RSS

Advertisement

Adwords USD$50,Post Paid & VCC

  • Salam hormat semua. Artikel ini khas ditulis untuk menjawap persoalan demi persoalan berkenaan kupon percuma ( kredit pengiklanan Adwords ) USD$50 oleh para pembeli ebook Rahsia PPCPercuma. Apapun , ia pasti berguna untuk anda semua mengaplikasikan kaedahnya terutama dalam aktiviti pengiklanan online.

    Asas Link Kredit Percuma:

    https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

    link di atas adalah link kredit percuma yang di tawarkan oleh pihak Google. Walaubagaimanapun, ia bukan tawaran secara terus dari Google.  Sebaliknya pihak Google telah berikan keistimewaan pada pihak Yahoo Small Bussiness untuk menawarkan kredit percuma USD$50 tersebut. Justeru, jika anda mengajukan soalan ” kenapa tak dapat kredit percuma USD$50 ” pada pihak Google. Pastinya pihak Google akan menjawap ” itu tawaran oleh pihak ketiga ( third party, jadi sila hubungi mereka” ..lebih kurang macam tu la jawapannya.

    Kesimpulannya, pihak Yahoo Small Business pun pastinya tak akan mengaku dan membalas emel anda ( terutama jika anda bukan pelanggan Yahoo ).

    Penyelesaian :

    Saya telah pun senaraikan penyelesaian demi penyelesaian dalam Rahsia PPCPercuma.  Namun, rata-rata masih berminat dan fokus pada kaedah link kredit ini. Oleh itu, saya telah jalankan satu ujikaji ringkas satu demi satu sejak beberapa bulan yang lalu. Antaranya ujikaji terbaru yang saya lakukan boleh dirujuk di artikel ini “Bhg 1 : Antara Emel Domain & Emel Gmail” dan “Bhg 2 : Antara Emel Domain & Emel Gmail“. Jawapannya memang mengHAMPAkan dan agak sukar sebenarnya untuk menikmati faedah USD$50 ni.

    Walaubagaimanapun, saya telah datangkan dengan 1 penyelesaian sementara. Terutamanya kepada yang sangat-sangat memerlukan kredit percuma tersebut.

    Kaedah Penyelesaian :

    Anda perlu mengerti struktur pembayaran akaun Adwords nanti. Saya telah pun tulis kelebihan setiap kaedah pembayaran tersebut. Jika anda berminat untuk mengetahui tentangnya lebih lanjut, cuba selak artikel terdahulu saya ini  ” Adwords : Adakah Akaun Saya Sudah Diaktifkan? “. Rujuk bahagian pendaftaran Akaun Adwords.

    Saya cuba ringkaskan penerangan saya melalui gambarajah di bawah. Ini adalah alternatif kepada penyelesaian anda mendapatkan kredit Adwords melalui link kredit percuma yang semakin sukar untuk diperolehi ( hatta dengan cara blackhat sekalipun ).

    daftar adwords

    Langkah-langkahnya ialah :

    1. Daftar akaun Adwords dengan link kredit yang ditawarkan. Jika anda pernah daftar akaun adwords sebelum ini, ada kaedah lain seperti proxy,VPN. Itu semua akan dihuraikan lebih lanjut dalam Rahsia PPCPercuma v.2 nanti
    2. Pilih kaedah Post Paid sebagai kaedah pembayaran. Rasionalnya nanti anda akan ada plan backup dan anda tak perlu membayar deposit RM40 untuk memulakan kempen iklan sebaliknya dibekalkan dengan kredit permulaan  RM200 ( USD$50 ) .
      1. Jika anda dapat kredit USD$50 , itu satu kelebihan
      2. Jika andatak dapat kredit tersebut, kredit USD$50 ( RM200 ) tetap akan dimasukkan ke dalam akaun Adwords anda oleh kerana kaedah post paid yang anda pilih.
    3. Isi semua butiran yang diperlukan. Sepanjang pendaftaran, sila pastikan butiran diisi dengan betul. Jika anda ingin memalsukan butiran diri, risiko tetap ada walaupun polisi Adwords kini membenarkan pengiklan memiliki lebih dari 1 akaun. Rujuk sini untuk huraian lanjut
    4. Sewaktu memasukkan butiran kad kredit/ debit, pastikan anda berfikir panjang. Kaedah post paid akan terus memotong amaun dari kad kredit/debit setelah kos mengiklan anda mencecah amaun RM200 ( amaun yang dibekalkan pada permulaan ).
      1. Jika guna kad kredit/debit, risiko amaun dipotong terus dan anda akan terlopong kerugian ( jika rugi )
      2. Alternatif, gunakan Kad kredit maya (VCC). Risiko amaun dipotong terus diminimakan kerana anda menggunakan kad maya. PanduanVCC adalah penyelesaian untuk anda yang kabur tentang VCC.

      panduan vcc

    Di akhir tempoh pengiklanan, anda berjaya menggunakan kelebihan RM200 yang ditawarkan oleh pihak Adwords pada kos permulaan RM20 sahaja ( yuran pendaftaran ). Katakan kempen iklan anda tadi tidak berjaya dan menyebabkan anda rugi RM200 ( kos adwords ), anda masih berpeluang menangguhkan pembayaran tersebut dan tidak terbeban secara lansung untuk membayar segera amaun tersebut. VCC anda tadi jawapan penyelesaiaannya. Namun, jika kempen pengiklanan anda tadi berjaya dan untung berlipatkaliganda, kos serendah RM200 apalah sangat kan?

    Kesimpulannya, teknik ini mempunyai pro dan kontranya. Pastikan anda menggunakannya dengan cara yang betul dan pelajari teknik-teknik terbaik untuk pengiklanan produk anda. Tiada ruginya anda mempelajari teknik pengiklanan di Adwords dan mengaplikasikannya. Sebaliknya pengiklanan membabibuta dengan alasan kredit percuma adalah sesuatu yang sangat sia-sia.

    Semoga berjaya.

15 Comments
  1. #1 Nasrun
    April 13th, 2009 at 7:10 pm

    Bro, aku dah buat ikut step Panduan PPC. Bayar RM40 guna debit kad. Payment dah accepted.

    Tapi takde pun USD50 masuk akaun aku.

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 yoji
    April 13th, 2009 at 11:18 pm

    thanks bro naem… info yg berguna….

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 naem
    April 13th, 2009 at 11:34 pm

    Bro nasrun, sila baca artikel saya di atas…Artikel tu ditulis khas untuk menjawap persoalan & masalah seperti yang bro hadapi.

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 taukey
    April 13th, 2009 at 11:52 pm

    nanti aku cuba. hehehehe. aku blm ada duit dalam visa aku. nanti dah ada aku buat vcc tu dan cuba buat apa yang perlu seperti disarankan.

    agak agak PPC Percuma V2 bila akan keluar?

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 titan
    April 14th, 2009 at 12:22 pm

    ehm. hehe. trylah. sonok guna adword nih..

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Nasrun
    April 14th, 2009 at 9:27 pm

    Nampaknyer kena reg akaun baru la macam ni. Taukey VCC satu nak aktifkan akaun adword. Debit kad aku tak cukup ar.. hehe

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Syah
    April 15th, 2009 at 4:03 am

    Salam…

    Tak tau la kalo org lain terkena problem ni. Tp aku kena. Problem dia ialah akaun adwords baru tak berjaya mengeluarkan iklan. Aku dah try dua kali dah. Kempen lain and laman web yg aku iklankan pun lain.

    Akaun dah aktif. Kredit dalam ada RM100> tapi iklan tak jalan. CPC aku letak sampai 0.50 per click pun dia still ‘no actitivty’ gak. Nampaknya, tpaksa la pakai akaun lama je. Xleh la nak pakai kredit voucher2 aku. huk3

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 naem
    April 15th, 2009 at 2:03 pm

    bro shah, dah contact google?

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 redace
    May 12th, 2009 at 1:11 am

    Kalau nak apply adwords guna VCC kena beli VCC lam RM40 kan….

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Nasrun
    May 28th, 2009 at 6:11 pm

    Bro, nak aktif kan cara atas ni kena vcc yang ada credit jugak ker?

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 yakuza666
    May 29th, 2009 at 3:06 pm

    Saya dah buat postpaid tapi yang ada credit RM20 aje.

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 naem
    June 1st, 2009 at 12:06 pm

    Bro yakuza, kalau tak keberatan, sila YM saya : diariadsense

    mungkin ada yang saya boleh bantu

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 naem
    June 1st, 2009 at 12:17 pm

    Yups..at least ada USD$5…kalau lebih lagi cantik..

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 Nasrun
    June 11th, 2009 at 6:55 pm

    Saya pun alami masalah sama seperti Yakuza. Hanya ada balance USD 5 sahaja.

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 naem
    June 13th, 2009 at 4:17 am

    cek ym..kita bincang skit

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: