Pagi tadi, saya terima 1 emel pertanyaan dari salah seorang pelanggan setia produk saya ( Panduan VCC + Rahsia PPCPercuma ). Beliau bertanyakan saya tentang masalah akaun Adwords beliau. Mulanya saya agak kurang jelas dengan soalan tersebut. Butirannya lebih kurang begini :
Setelah banyak kali berbalas emel, akhirnya baru saya faham yang beliau ingin mengaktifkan akaun Adwords beliau menggunakan VCC. Soalnya sekarang ialah bagaimana?
Justeru, saya fikirkan persoalan tersebut mungkin boleh membantu yang lain jika ada yang menghadapi masalah yang sama.
Pendaftaran Akaun Adwords
Dalam ebook percuma saya yang lalu , saya telah tunjukkan cara mudah mendaftar Adwords. Saya juga ada terangkan 1 kaedah asas mendapatkan kredit percuma USD$50 dari Adwords ( kebelakangan ini agak sukar mendapat kupon ). Ringkasnya, proses pendaftaran adalah seperti berikut :
- Kunjungi laman Adwords dan klik button Sign Up
- Ikuti semua arahan dalam proses pendaftaran
- Aktifkan Akaun Adwords dengan maklumat pembiayaan
Pengaktifan Akaun Adwords
Selesai mendaftar, anda perlu mengaktifkan akaun Adwords. Di sinilah pokok soalan yang akan saya huraikan. Umumnya, sebagai pengguna Adwords, anda akan diberi pilihan membiaya akaun Adwords anda dengan 2 cara iaitu :
- Post-Pay ( Guna Dulu, Bayar Kemudian )
- Pre-Pay ( Bayar Dulu, Guna Kemudian )
Dari kaedah pembayaran tersebut, kaedah pembayaran menggunakan Pre- Pay memerlukan (more…)



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini