Logo Background RSS

Advertisement

Emas, Simpanan atau Pelaburan?

  • Erm…Emas ni untuk disimpan atau dilaburkan?

    Kalau simpan, “it’s nothing”. Macam tu je.

    Kalau labur, mestilah ada pulangan. Tak gitu?

    Kalau simpan dan labur, boleh pegang emas dan dapat pulangan. Ini lagi best kan?

    Berkali-kali jugak le saya fikirkan tentang hal ni. Buat masa ni, saya baru ada 2 ketul “Gold Bar”. Kali pertama saya beli emas ni dari kawan saya, Fauzan Maaruf ( agen Public Gold kawasan pj,uum ).  Saya beli 20 gram. Cadang nak beli 10 Dinar Emas masa tu. Tapi tak jadi. Sebabnya bila kira-kira balik, ada sikit perbezaan harga dan kualiti antara 2 jenis emas ni. Thanks fauzan sebab bagi jalan pada saya. Kalau tak, masih lagi ditakuk lama menyimpan dalam “Fixed Deposit”. Hari ni pulak, saya baru je beli emas ketul 50gram dari abg Pokli. Hehe…1st time jumpa. Semalam jenguk-jenguk di blog, hari ni dah jumpa dan buat transaction. Kelam kelibut jugak le tadi. Saya nak transfer duit baki ke dlm akaun CIMB abg pokli ni, masalahnya plak TAC CIMCBCLICKS ni lembap sungguh. Akhirnya pergi cucuk kat mesin ATM aje le. Ayoyo…banyak pulak masalah tadi. Mujur abg Pokli ni sabar orangnya..Kalau tak, melepas le saya emas 50gram tu.

    emas50

    ==============================
    Fixed Deposit, ASB, Emas, Unit Trust
    ==============================

    Fixed Deposit atau simpanan tetap ni, boleh bagi pulangan sekitar 2-3% setahun. Caranya masukkan sejumlah wang dalam bank, macam parking kereta la… Bezanya, selepas anda parking, anda tak perlu bayar caj sebaliknya tuan tempat sewa parking tu plak bagi duit. Saya pernah simpan FD di Maybank2u dan CimbClicks. Seronok jugak sebab semuanya berlaku online. Minima RM1000 untuk dapat pulangan setiap 2 bulan atau RM5000 untuk pulangan setiap bulan. Hampir kebanyakan modus operandi bank-bank lain macam ni le. Cuma, kalau anda ada duit berpuluh-puluh ribu, ada peluang nak dapat rate FD sehingga 15% dari plan promosi bank-bank tertentu.

    ASB atau Amanah Saham Bumiputera plak, saya belum lagi daftar. Opppss..belum buka akaun la maksudnya. ASB ni memang best kalau kena gaya. Kalau tak salah saya, harga unit ASB ni RM1. Tetap dan tak berubah. Pulangannya plak memang boleh dianggap lumayan la. Sekitar 8% setiap tahun. Nak dibandingkan KPF,Kop Bank persatuan, tentu le ada sikit yang tak bestnyer. Apapun,Jika anda simpan RM200,000, pulangan setahun boleh dapat sekitar RM16,000 atau RM1,334 sebulan. Untung tak? Hehehe…Itu, jika RM200,000 la. Ada cara yang lagi best dengan ASB ni. Caranya combine ASB+Overdrat+Credit Card. Panduan yang lebih terperinci ada diterangkan dalam ebook TipsPengurusanKewangan oleh saudara Razif. Nanti saya perincikan ulasan saya berkenaan panduan ni. Oh ya, saya ada terfikir untuk kumpulkan RM 200,000 dan praktiskan ASB+OD+CC ni dan gunakannya untuk bayar installment kereta. Hehehe…Simpan RM200 K, buat OD dapat RM 190K, Dividen ASB setahun RM16K. Tak yah pening kepala nak bayar installment kereta la macam ni. Guna duit bank saja..hoho…angan2 je le.

    Emas ? Yang ini lain sikit. Oleh sebab emas adalah barangan komoditi yang tak lut dek inflasi, menyimpan emas adalah cara terbaik membendung susut nilai wang simpanan anda. Ini pandangan saya sajalah. Saya ada menyimpan RM1000 tahun lepas. Masalahnya sekarang ialah inflasi sekitar 2- 3.5%. InsyaAllah jangkaan saya inflasi akan meningkat lagi disebabkan solusi krisis kewangan melalui “injection money” ni. Baru-baru ni, harga minyak dah mula naik dan kerajaan pun ada umumkan hal berkenaan RON97 dan RON95. Semuanya ada kaitan dengan inflasi. Apabila inflasi meningkat, nilai wang kita semua akan jatuh. Tapi Emas ,tak…Itu la bezanya. Jadi, hasrat saya untuk menyimpan emas sehingga cukup 6 bulan gaji saya akan tercapai tak lama lagi. Lepas emas, baru saya akan tumpukan pada ASB+OD+CC plak. Lepas tu…hehehe…hartanah le kot.emas

    Unit Trust ni saya no comment. Ilmu tak cukup banyak dan masih malas nak memahami secara mendalam UT ni. Saya lebih suka nampak wang saya dan saya boleh control. Masalah dengan UT ni ialah jika kita takde ilmu yang cukup, kita umpama bagi duit pada orang lain untuk diuruskan. Itu yang saya rasa kurang enak. Apapun saya masih berlapang dada dengan UT dan satu hari saya akan cuba belajar lebih mendalam tentang UT ni.

    ==========
    Kesimpulan
    ==========

    Apabila sebut bab pengurusan kewangan ni, tentu ramai yang berminat. Masalahnya pula, tak ramai yang sedar lagi tentang hal-hal kewangan ni. Saya sendiri bertatih-tatih mencari ilmu. Rupanya banyak lagi yang belum diketahui. Ingat, perniagaan internet boleh jadi “passive income” dan sebaliknya. Tak kisah le kita ni dari tahap mana, kerja apa, status apa ( bujang terlajak atau duda anak sejuta ), semuanya berpeluang untuk hidup senang. Asalkan ada keinginan, ilmu pengetahuan, tindakan dan cara yang bijak, semuanya pasti akan tercapai…Hehe..

13 Comments
  1. #1 pokli77
    May 17th, 2009 at 7:04 am

    wowowowo…tahniah Naem….best jgk baca blog awak nih…nanti ajar saya mcm mana nak buat PPC tuh……nanti kita transfer of Technology…..tak rugi belajar…nak jgk dapat komisen RM25…..lepas dah duit minyak

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 naem
    May 17th, 2009 at 8:00 am

    hoho…trimas dtg blog saya :-)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 cdanhash
    May 17th, 2009 at 10:46 am

    Satu perancangan kewangan yang menarik…
    Pelaburan emas dan hartanah patut diberi perhatian…
    ASB OD CC —> tools yang harus diterokai…
    PG 20 gram —> harga naik, jual untuk ambil untong… harga jatuh, ar-rahnu dan hasilnya tambah pelaburan…
    Kagum dengan Naem… dalam usia yg muda sudah terlibat dengan pelaburan…tahniah dan teruskan usaha…

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 naem
    May 17th, 2009 at 11:56 am

    terima kasih..saya baru jinak2..saya dah masuk blog abg cdan, kagum..banyak isi-isi menarik yang saya lansung tak tau..Nak kena banyak menuntut ni.

    hehe

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Safuan a.k.a Sipenglipurlara
    June 15th, 2009 at 3:20 pm

    Menariklah

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 naem
    June 20th, 2009 at 6:52 pm

    trimas bro safuan

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Najib
    June 21st, 2009 at 3:25 am

    Terima kasih naem..satu ilmu yang baru. Saya pun mmg tgh survey2 ttg pelaburan bentuk emas ni. Cuma nak tanya, mcmana cara simpan emas tu?

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 naem
    June 21st, 2009 at 7:50 am

    oh..saya simpan sendiri je…takde le banyak sangat..kalau dah sampai 1 kilo tu, memang saya kena cari tempat nak simpan..simpan kat bank pun boleh..tak mahal caj simpanan tu..kalau taknak dan simpan sendiri , boleh je beli safebox..macam ni

    http://www.safeboxmalaysia.blogspot.com/

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 tarmizi
    July 1st, 2009 at 5:11 am

    Syabas kerana saudara telah memulakan langkah bijak untuk masa depan dengan membeli emas fizikal. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tak menentu dan khabarnya ekonomi akan merudum lagi, matawang pun akan turut merosot nilainya, jadi emas dan perak lah yang akan kekal dan tak merosot nilainya. Sebab tu Tun Mahathir mencadangkan pengunaan dianr emas bagi menangani susutnilai matawang. Kerajaan negeri Kelantan juga telah mengambil langkah ini awal-awal lagi.

    Untuk pengetahuan saudara, membeli emas tidak semestinya kita menyimpan ketul emas secara fizikal. Public Bank dan Maybank telah memperkenalkan akaun simpanan pelaburan emas ‘gold investment a/c’ baru-baru ini. Dimana penyimpan nya hanya menyimpan buku akaun sahaja dan boleh di tebus dengan emas fizikal pada bila-bila masa. Saya khuatir jika menyimpan emas di rumah umpama menyimpan duit di bawah bantal. Banyak buruk dari baik nya.

    Tentang kombinasi ASB+OD+CC, saya tidak nampak di mana logiknya. Kalau kita ada tunai RM200K dalam ASB, biarkan saja tunggu cukup tahun untuk dividen dan bonus. Tak usah nak cagarkan sijil kita untuk OD, itu namanya berhutang dan kita akan dikenakan interest. Sama juga dengan CC, interest untuk OD dan CC adalah jauh lebih tinggi daripada dividen dan bonus ASB. Apa-apa pinjaman pun jika di ‘pack’ kan dengan OD akan menguntungkan pihak bank dan peminjam terpaksa membayar interest yang tinggi.

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 naem
    July 1st, 2009 at 11:06 am

    Ye ke en tarmizi?

    ooo…tak tahu plak saya.Hehe

    Tentang akaun simpanan emas tu, saya tahu jugak. Cuma lain orang lain pendapat la kan? Emas fizikal ni lebih best bagi saya sebab boleh pegang. Kalau emas akaun tu, maya..tak dapat lihat..hehehe ( tak pasti plak samada GIA boleh tebus emas fizikal, kalau Maybank boleh cuma nak kena bayar caj insurans ).

    Tentang OD+CC+ASB tu, actually kita gunakan prinsip Bad Debt vs Good Debt. So, bagi saya hutang OD ni nanti kalau pandai urus boleh jadi Good Debt. Hehe

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Adie Irman
    October 5th, 2009 at 2:19 am

    Salam,
    Bagus la kalau kesedaran menyimpan emas sudah ada dalam diri kita. Apapun teruskan usaha kita bukan takat diri kita, ajak la rakan2 dan family supaya ubah sikap simpan duit kepada simpan emas…Insyallah Ekonomi Islam akan berkembang.. Ar-rahnu adalah slah satu makenisme untuk membiakkan kewangan islam kita. sekaligus mengurangkan kebergantungan RM pada Dolar. Selamat Menceburi dalam Arena Emas..

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 umie
    November 22nd, 2010 at 12:22 am

    :wink: alhamdulillah mmg bgus maklumat nh…. sy sungguh…org asyik sebok msuk mlm y x tau ujung pangkal tau2 je fokus nk jadi jutawan…..oh..bkn sng pelaburan plk bkn ckit ribu2… sy dh byk rugi dgn biz mlm… skrg sy tpksa kmpl blik bodal utk bt simpanan emas…. knp r sy x jmpa bnda nh dlu…. tq r byk2 bg ilmu berguna nh….

    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: PPCPercuma dot Com » Blog Archive Dinar Emas Sebagai Pelaburan & Simpanan Trackbacks
  • Leave a Comment

    :wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: