Siri 1 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
-
Sejak kebelakangan ni, ramai yang bertanya pada saya tentang cara buat duit/cari duit/jana pendapatan dari internet secara online. Saya suka berkongsi ilmu yang saya ada. Cuma kekangan masa dan kudrat yang sedikit ni menjadi masalahnya. Kira cabaran le ni..Hehe
InsyaAllah, dalam artikel ini dan beberapa siri penulisan akan datang, saya akan kongsikan cara-cara saya jana pendapatan online di internet. Itu tentang cara saya la. Lain orang lain caranya. Tapi kebanyakannya sama sahaja. Yang penting ( teringat plak moto “wonderpet” ; “apa yang penting”
) .Sebelum anda ingin menapak di internet khususnya bidang menjana pendapatan online, anda perlu miliki 2 sifat utama ini iaitu :
- Sabar
- Suka belajar
Saya hanya pegang pada 2 kekuatan di atas untuk terus bertapak di internet sejak Julai 2006 yang lalu. Saya pun tak sangka saya masih boleh bertahan. Saya mula dari “tiada” sehinggalah kini agak selesa dengan pendapatan pasif harian. Saya BUKAN OTAI jika wang ringgit menjadi ukuran. Pendapatan bulanan saya dari internet hanya sekitar RM1000 – RM3000 sahaja. OTAI INTERNET pula, pendapatan mereka mencecah RM10 000 dan ke atas. Jika dihitungkira ilmu pengetahuan pula, saya bukannya ada MASTER atau PHD dalam bidang pemasaran ataupun teknologi komputer. Apa yang saya ada hari ini ialah apa yang saya belajar hari-hari sebelumnya. Di sini sifat “SABAR” & “Suka Belajar” perlu ada. Jadi, kurangkan sifat tergopoh-gopoh,hilang sabar dan malas belajar dalam diri kita semua.
====================
2 Jenis Pendapatan
====================Cara nak cari duit online ni memang banyak. Saya sendiri pun belum jelajah semua cara yang ada di internet walaupun hampir 3 tahun di dalam dunia online. Apapun, saya ingin ringkaskan di sini bahawa menjana pendapatan online sama la dengan menjana pendapatan di dunia realiti. Bezanya ia dilakukan di alam maya sahaja. Anda perlu faham, ada 2 jenis pendapatan yang wujud di dunia ini ( setahu saya la ) iaitu :
- Pendapatan Aktif
- Pendapatan Pasif
Anda boleh tentukan sendiri apa jenis pendapatan yang anda inginkan di internet. Saya tak berminat untuk huraikan apa pendapatan pasif dan apa itu pendapatan aktif di sini. Jika ada soalan, boleh kita bincangkan di bawah.
====================
Cara Buat Duit Online
====================
Saya dah cakap caranya memang banyak. Saya simpulkan di sini ada 3 cabang utama anda boleh jana pendapatan online iaitu :- Pendapatan dari Program-program buat duit internet
- Pendapatan dari aktiviti jual beli barang
- Pendapatan dari pelaburan
Walaupun hanya 3 kaedah sahaja yang saya tahu, setiap kaedah tersebut mempunyai pelbagai cabang-cabang kecil menjana pendapatan darinya. Sebagai contoh , saya memulakan ekspedisi mencari duit dari internet melalui kaedah pertama. Yup..kaedah menjana pendapatan dari Program-program di internet. Antara yang paling glaimour sekali ialah Google Adsense. Jika anda sangsi dengan kenyataan saya, cuba rujuk blog diariadsense saya ( www.diariadsense.com ). Ini ialah blog rasmi saya yang juga catatan diari saya dalam adsense sebenarnya. Namun saya tak sempat nak kemaskini artikel-artikel di sana sejak beberapa bulan yang lalu. Dengan Google Adsense la saya mula mendapat pendapatan internet saya sejumlah RM500 lebih sebulan. Dulu ia pendapatan aktif saya. Saya berkerja keras mencuba pelbagai teknik pemasaran, membazirkan duit di cybercafe setiap jam setiap hari, bersengkang mata mencuba teknik video marketing, social networking dan macam-macam lagi yang tak mungkin mampu dilakukan oleh sebahagian orang. Namun, pendapatan aktif tersebut kini menjadi pendapatan pasif saya. Walaupun tak seberapa, ia boleh dianggap sesuatu yang lumayan kerana saya tak perlu berkerja keras untuk dapatkan RM300-RM500 setiap bulan. Hehehe
Itu hanya satu cara sebenarnya. Di sana ( dunia online ) lebih dari 100 program buat duit online tersedia ada. Anda hanya perlu pilih, sertai dan praktiskan.
Saya akan coretkan lagi bahagian ini lebih panjang dalam artikel-artikel mendatang
=========================
Program Tipu Buat Duit Online
=========================Hoho..jangan ingat skim Pak Man Telo aje kat luar. Dalam internet lagi bercambah mencanak perkembangannya. Macam-macam modus operandi yang digunakan. Susah sebenarnya nak mengatakan sesuatu program tu tipu atau macam ala-ala nak tipu kita. Sebabnya pasti ada orang yang akan back up mati-matian sehinggalah dia sendiri mati kena tipu..hurmmm..inna lillah.
Tips saya, berhati-hati la. Jika anda ingin sertai sesuatu program, pastikan anda :
- Pernah menghubungi pihak pemilik program tersebut dan berjaya mendapat response baik
- Meninjau-ninjau pandangan orang lain tentang program tersebut
- Tidak terlalu HYPE atau memberi jaminan yang melampau-lampau dan bukan-bukan
- Program tersebut dikenali, berkredibiliti dan memang membayar peserta-peserta terdahulu
Ok..rasanya cukup la kot. Saya akan tulis lagi nanti. Saya ada hal dengan customer-customer saya pula. Lagipun temuduga DPLI dah dekat dan saya masih belum ada apa-apa preparation lagi. Semoga kita semua maju jaya


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






May 18th, 2009 at 11:52 pm
pada saya kena ada minat yang mendalam dan kepercayaan dalam diri bila melibatkan diri dalam dunia online bisnes nie…
May 19th, 2009 at 11:04 am
thanks bro hazman…
dunia internet ni macam dunia sebenar..nak buat apa-apa pun mesti minat.
Kalau takde minat, PUPUK supaya minat tu datang.
Saya rasa mustahil orang tak MINAT PADA DUIT kan?
Hehehe..yang baru tu, kayuh pelan-pelan..Cari ilmu sebanyak mungkin. Yang sebaya saya pulak, cari ilmu lagi..Banyakkan praktis supaya banyak pengalaman. Baru boleh jadi hebat macam OTAI-OTAI IM kita nu.
May 19th, 2009 at 1:42 pm
Kita jangan kedekut ilmu sebab yang baik mesti dikongsi bersama
May 19th, 2009 at 5:56 pm
bila kita nak TT sekali Naim…..sambil2 tukar2 ilmu…..kalau kita tukar2 dinar emas….sorang akan dapat satu dinar emas…tapi kalau kita tukar2 ilmu/belajar…apabila pulang…dua-dua org akan dapat 2 ilmu berbeza….best kan?? tak rugi belajar….tq naem
pokli77.blogspot.com
May 19th, 2009 at 11:33 pm
best2…hehehe
saya belum kemas ilmu di dada ni, buat ms ni saya share dulu info dari saya di sini..kalau abg pokli nampak jalan, takde mslh la nak bincang bila TT nanti..hehe,..
saya tgh cari info pasal emas ,hartanah,dan asbod ni..
May 20th, 2009 at 4:54 am
kadang2, orang yang baru nak kenal dunia pemasaran internet menghdapi information overload. sume nak buat. huhu. bagus la ade artikel camni. mereka leh bezakan sikit apa yang patut mereka pilih.
May 20th, 2009 at 8:08 pm
Info yg bagus terutama pasal aktif income dan pasif income.Kalu boleh bagi detail lagi best.
ps:tak sabar tggu ppcpercuma v.2 .. hehe
May 23rd, 2009 at 3:27 pm
betul tu Naim…dan jangan lupa minta pada Tuhan (doa) kerana ianya senjata umat Islam yang paling ampuh.
June 7th, 2009 at 7:10 pm
pendapatan 4 angka bg saya sudah cukup. kalau fikir cari duit saja mmg rasa semua perkara nak kejar. sebenarnya kebebasan lebih penting. gunakan minat sebagai sumber pendapatan, baru rasa bebas.
July 16th, 2009 at 2:32 am
benda-benda macam ni sesuai bagi mereka yang tak penat menimba ilmu di dada..Semoga semua rakyat Malaysia rajin membaca dan menabah ilmu..
July 20th, 2009 at 1:31 pm
betul 2…kene bijak memilih..jagn mudah terpedaya…internet ni macam-macam orang ade….jika nak reseesrch tanye la kat wangcyber satu-satu produk 2…
July 20th, 2009 at 3:58 pm
Blog safar : trimas..betul kata-kata saudara..Ilmu bila dikongsi akan semakin bertamah.InsyaAllah, saya akan cuba tambahkan perkongsian bermanfaat
Fatin Pauzi : Ha ah…saya pun macam tu..sekarang pun masih macam tu. Cuma mslh tu dah semakin berkurangan
Rock Melayu : InsyaAllah..saya cuba detailkan pada masa yang lain. Saya tengah stuck dengan update versi baru tu
MelayuVideo : Terima kasih..nasihat yang cukup baik.
Fazli : Yup..minat tu yang penting..Buat apa yang kita minat, bila duit tak masuk, takde le tension sangat…hehehe
Bluedianthus : hehehe…yang penat, jangan tuntut ilmu
Fadli : ha ah..ini 1 dilema sebenarnya.