Logo Background RSS

Advertisement

Siri 2 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online

  • Sebelum saya kongsikan pengalaman saya seterusnya dalam artikel siri 2 ini, saya nak huraikan terlebih dulu apa itu :

    • Pendapatan Pasif ( Passive Income )
    • Pendapatan Aktif ( Active Income )

    PhotobucketMemahami 2 jenis pendapatan ini mampu mengubah cara anda berfikir tentang duit. Mengubah pemikiran anda tentang kerja “part time”. Mengubah pemikiran anda tentang ” saving/simpanan “. Ia akan mengubah hidup anda secara keseluruhannya.

    Perbincangan tentang 2 jenis pendapatan ini bukan semata-mata tertumpu pada hal duit. Jika anda perasan, di dalam agama sendiri ada konsep pendapatan pasif dan aktif ini. Tentu anda yang beragama islam tahu tentang 3 perkara yang akan dibawa berjumpa tuhan walaupun telah mati. 3 Perkara yang berkekalan dan terus memberi kelebihan kepada si mati di alam kubur ( alam barzakh ).  Apa 3 perkara itu :

    1. Doa Anak Yang Soleh
    2. Ilmu yang diajarkan
    3. Sedekah yang mengalir

    Yup..perhati dan fikir semula kenapa 3 perkara tersebut yang terus menerus membantu dan dibawa sehingga selepas mati? kenapa tidak amalan -amalan lain seperti puasa setiap hari? Oh ya, amalan-amalan ibadah lain seolah-olah terhenti dan akan menjadi bekalan di hari penghakiman. Tetapi 3 perkara tersebut pula terus mengalir dan terus memberi saham kepada si mati walaupun tubuh tidak lagi melakukan amalan-amalan tersebut.

    ==============================
    Amalan Agama VS Jenis Pendapatan
    ==============================

    PhotobucketJika anda bersedekah, tentu anda berfikir tentang ganjaran yang berterusan. Contohnya jika anda bersedekah untuk membangunkan pusat pengajian ilmu. Pusat tersebut selepas siap dibina dihuni pula 500 pelajar setiap tahun. Nampaknya pahala yang anda dapat berterusan. Dari satu punca ke punca yang lain.

    Begitu juga dengan pendapatan pasif, apabila anda lakukan sesuatu kerja, pendapatan yang anda perolehi akan terus mengalir walaupun anda tidak dapat berkerja lagi.

    Sebaliknya pendapatan aktif ialah “apa yang anda lakukan saat ini, anda dibayar untuk saat tersebut”. Ia terhenti di situ. Biarpun gaji anda sejuta rupiah sekalipun, jika anda masih berkerja untuk mendapat pendapatan tersebut, ia tetap di anggap pendapatan aktif. Tetapi apabila pendapatan tadi digunakan untuk menjalankan pendapatan internet dan urusan-urusannya pula terlaksana secara otomatis, pendapatan anda nanti akan menjadi pendapatan pasif.

    ====================
    Pengalaman Online Saya
    ====================

    Apabila sebut perkataan perniagaan online, semua program yang mampu memberikan pendapatan di internet saya anggap sebagai perniagaan internet. Sebenarnya tidak!. Saya salah! Jika anda masih gagal untuk memahami maksud dan membezakan pendapatan aktif dan pasif, anda tak akan ke mana-mana. Sebaliknya jika anda tahu, saya pasti anda bukan orang yang sama fikirannya seperti orang lain.Setiap perlakuan anda akan didorong dengan faedah yang berkekalan.

    Sebagai contoh sebenar, 3 tahun yang lalu, saya bermula dengan GOOGLE ADSENSE. Nak tahu saya bermula dari mana? Kisahnya bermula dengan :

    1. Saya meminati kehebatan Dr Irfan Khairi. Jadi saya terus beli buku dan cd oleh IK ni
    2. Saya hadapi masalah berkenaan kaedah pembayaran. Saya kecewa kerana pada ketika itu saya hanya tahu untuk menjalankan perniagaan internet, saya perlu ada kad kredit sedangkan saya masih student.
    3. Saya tercari-cari apa kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah saya terjumpa panduan raja adsense.
    4. Saya pun beli panduan Raja Adsense. Saya cuba praktiskan input yang diberikan dalam ebook tersebut.
    5. Saya tiada laptop ( kena curi ), saya tiada komputer . Alternatif, saya berulang alik ke Cyber Cafe untuk melihat perkembangan blog-blog saya. Macam-macam kaedah pemasaran saya guna.
    6. Saya fikir menjana pendapatan di internet ini satu kehebatan yang amat sangat..hehehe. Masalah timbul !Sebenarnya pada masa tersebut, say tergolong dlm golongan yang hanya tahu tentang pendapatan aktif. Saya tak tahu plak wujudnya pendapatan pasif.
    7. Dari situ, saya mengubah corak berfikir. Saya mula berfikir bagaimana menjadi usaha aktif saya menghasilkan pendapatan pasif. Selain dari memiliki perniagaan ebook sendiri, masih terdapat pelbagai cara menjana pendapatan pasif di internet ini. Saya akan terokainya.

    Secara ringkasnya, saya bermula dari program diinternet. Saya kaut sebanyak pengalaman yang boleh dicapai dan secara sampingan saya jadikan ia satu bentuk perniagaan ebook pula. Hasilnya takde le banyak mana. Kelebihannya saya tak perlu lagi risau bila gaji saya akan masuk kerna pendapatan online saya sudah boleh menampung gaji tersebut dan aliran masuknya setiap hari..tunai!

    Ok,dalam artikel selanjutnya, saya akan huraikan tentang pelbagai program diinternet yang boleh berikan anda peluang menjana pendapatan online. Antaranya Google Adsense.  Google Adsense  ni memang best jika kena caranya. InsyaAllah jika anda belum tahu tentang Google Adsense, dah boleh mula buat carian di internet tentang apa itu Google Adsense.

    ==========
    Kesimpulan
    ==========

    PhotobucketUbah dulu cara kita berfikir. Lakukan sesuatu di dunia ini dengan matlamat yang jelas. Jika tak, usaha ! tak semua yang baik dan cemerlang ada dalam diri kita. Jadi usaha dan tawakkal. Apabila berusaha, perlu berani mencuba. Untuk mencuba, perlu lah banyak membaca untuk mendapat pelbagai ilmu tambahan di dunia ini. Betul tak? Kalau membaca pulak, jangan la baca dengan satu hala sahaja. Gunakan minda untuk menganalisa, memikirkan cara dan akhirnya kembali kepada berusaha.

    Harap membantu…hehehe.

    ps: saya baru aje lepas  di interview DPLI petang tadi. Nak jadi guru!.

    pps: insyaAllah bulan depan saya akan menuntut dengan salah seorang otai PPC Malaysia yang low profile. Bayaran coaching belum dibuat, tunggu masa sesuai.

    Jika anda ingin mengetahui bagaimana best rasanya memiliki blog dot com sendiri, miliki panduan lengkap ini. Dijamin puas hati

Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: