Logo Background RSS

Advertisement

Siri 3 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online

  • “Jana Pendapatan Online Dari Program-Program di Internet?”

    Camner tu? Apa tu?

    Seperti yang dijanjikan, artikel kali ini akan mendedahkan ( satu perkongsian sebenarnya ) bagaimana anda seorang yang :

    • Perlukan pendapatan tambahan @
    • Ingin memenuhi masa lapang @
    • Nak bayar bil internet dengan duit internet jugak @
    • Menjana pendapatan pasif seumur hidup @
    • siapapun anda yang sedang membaca artikel ini

    tentang cara-cara yang digunakan oleh penggiat internet termasuk le saya ni dalam dunia cari duit internet. Pendek kata, di akhir penulisan ini nanti, anda akan faham dan kenal mana satu program buat duit di internet yang betul-betul sejati dan bukannya SCAMMER ( tipu aje dan tak bayar pun ). So, kalau anda betul-betul kabur dengan program yang patut / tak patut disertai, teruskan bacaan anda di bawah.

    =======================
    Program Buat Duit di Internet
    =======================

    Program Pengiklanan :

    • Google Adsense
    • Adbrite
    • Bidvertiser
    • Nuffnang

    Program di atas adalah antara program-program yang saya mula sertai sejak awal menyertai dunia online ni. Fokus utama saya pada masa tu ialah Google Adsense. Bagaimana anda boleh buat duit dengan program-program macam ni? Google Adsense sebagai contoh, anda hanya perlu letakkan iklan-iklan oleh Google di dalam blog atau website anda.Sekiranya ada pengunjung yang klik pada iklan tersebut, google akan membayar anda nilai klik tersebut. Mudah saja.Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Google Adsense dan bagaimana buat duit dari program ini, anda boleh dapatkan panduan TipAdsense.com oleh adly.Harga panduan tu pun murah je..RM20 sahaja. Selain dari Google Adsense, anda juga boleh buat duit denga Bidvertiser.Konsepnya sama sahaja cuma minimum pembayaran adalah lebih rendah berbanding Adsense. Untuk pasaran Malaysia pula, anda boleh mencuba pengiklanan melalui Nuffnang. Semua program seperti ini boleh disertai asalkan anda pasti dengan kredibiliti syarikat-syarikat yang menguruskan program tersebut. Jika anda berminat untuk mengetahui selok belok tentang Google Adsense, anda ada 3 pilihan utama iaitu :

    1. Membeli panduan Adsense sedia ada di internet seperti :
      1. TipAdsense.com : Tips-tips pakar adsense dikumpulkan di dalam panduan ini. Selain itu, penulis juga menyediakan panduan asas dari permulaan membina blog sehinggalah teknik mendapatkan pengunjung
      2. JanaWangAdsense.com : Panduan ini memang sangat bagus untuk dimiliki suatu masa dulu. Penulis berkongsi segala tips dan pengalaman sebenar beliau dalam bidang menjana pendapatan melalui Google Adsense. Namun, buat masa ini, saya tak pasti samada penulis masih lagi aktif memberikan support selepas pembelian atau tidak
    2. Kunjugi blog Otai Adsense : Beliau ialah Syed . Beliau memang dikenali di Wangcyber dan forum CariGold sebagai seorang yang pakar dalam Adsense ni. Beliau juga ada tawarkan pakej personal coaching untuk berjaya dalam adsense ni.
    3. Cari panduan dan tips adsense percuma. Saya dah lalui ranjau ni dan saya tak galakkan anda mencari info percuma di internet terutama jika anda betul-betul serius dengan mencari pendapatan di internet. Anda boleh mencari mana-mana orang yang telah lama dalam bidang cari wang online ni.

    Selain dari Adsense, anda boleh rujuk blog bro Titan. Beliau giat dan aktif dalam menguji sebarang program pendapatan online yang membayar atau sebaliknya. Ikutkan, memang banyak program tu. Cuma bayar atau tak je. Dulu saya pun sibuk jugak dok klik email dan baca..Kononnya baca email dapat duit, tapi itu semua SCAM saja. Tak bayar puuuunnn. Itu saja kali ini.Saya nak keluar kejap..Nanti saya tulis bagaimana saya terjebak dalam bisnes ebook online. Jika kena cara, anda boleh jana pendapatan RM10 000 sebulan selama 12 bulan berturut-turut di internet. Bulan pertama kerja, bulan seterusnya dah boleh goyang kaki. Nanti ye saya ceritakan.

    ps: Salah satu cara menguruskan wang dengan bijak ialah mencari jalan alternatif untuk menjana pendapatan. Dan antara pendapatan pasif yang pastinya menjanjikan pulangan lumayan adalah dari perniagaan.Manakala perniagaan yang mudah dijalankan adalah berlandaskan ilmu pengetahuan.Justeru, Ayuh!! mari kita mula berniaga!

  1. #1 din
    June 1st, 2009 at 1:30 am

    terima kasih. satu catatan pengalaman yang menarik

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: