Logo Background RSS

Advertisement

2009 » May

  • Siri 1 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
    By naem on May 18th, 2009 | 12 Comments12 Comments Comments

    Sejak kebelakangan ni, ramai yang bertanya pada saya tentang cara buat duit/cari duit/jana pendapatan dari internet secara online. Saya suka berkongsi ilmu yang saya ada. Cuma kekangan masa dan kudrat yang sedikit ni menjadi masalahnya. Kira cabaran le ni..Hehe

    InsyaAllah, dalam artikel ini dan beberapa siri penulisan akan datang, saya akan kongsikan cara-cara saya jana pendapatan online di internet. Itu tentang cara saya la. Lain orang lain caranya. Tapi kebanyakannya sama sahaja. Yang penting ( teringat plak moto “wonderpet” ; “apa yang penting”  :-) ) .

    Sebelum anda ingin menapak di internet khususnya bidang menjana pendapatan online, anda perlu miliki 2 sifat utama ini iaitu :

    1. Sabar
    2. Suka belajar

    Saya hanya pegang pada 2 kekuatan di atas untuk terus bertapak di internet sejak Julai 2006  yang lalu. Saya pun tak sangka saya masih boleh bertahan. Saya mula dari “tiada” sehinggalah kini agak selesa dengan pendapatan pasif harian. Saya BUKAN OTAI jika wang ringgit menjadi ukuran. Pendapatan bulanan saya dari internet hanya sekitar RM1000 – RM3000 sahaja. OTAI INTERNET pula, pendapatan mereka mencecah RM10 000 dan ke atas. Jika dihitungkira ilmu pengetahuan pula, saya bukannya ada MASTER atau PHD dalam bidang pemasaran ataupun teknologi komputer. Apa yang saya ada hari ini ialah apa yang saya belajar hari-hari sebelumnya. Di sini sifat “SABAR” & “Suka Belajar”  perlu ada. Jadi, kurangkan sifat tergopoh-gopoh,hilang sabar dan malas belajar dalam diri kita semua.

    ====================
    2 Jenis Pendapatan
    ====================

    Cara nak cari duit online ni memang banyak. Saya sendiri pun belum jelajah semua cara yang ada di internet walaupun hampir 3 tahun di dalam dunia online. Apapun, saya ingin ringkaskan di sini bahawa menjana pendapatan online sama la dengan menjana pendapatan di dunia realiti. Bezanya ia dilakukan di alam maya sahaja. Anda perlu faham, ada 2 jenis pendapatan yang wujud di dunia ini ( setahu saya la ) iaitu :

    • Pendapatan Aktif
    • Pendapatan Pasif

    Anda boleh tentukan sendiri apa jenis pendapatan yang anda inginkan di internet. Saya tak berminat untuk huraikan apa pendapatan pasif dan apa itu pendapatan aktif di sini. Jika ada soalan, boleh kita bincangkan di bawah.

    ====================
    Cara Buat Duit Online
    ====================
    Saya dah cakap caranya memang banyak. Saya simpulkan di sini ada 3 cabang utama anda boleh jana pendapatan online iaitu : (more…)

  • Emas, Simpanan atau Pelaburan?
    By naem on May 17th, 2009 | 13 Comments13 Comments Comments

    Erm…Emas ni untuk disimpan atau dilaburkan?

    Kalau simpan, “it’s nothing”. Macam tu je.

    Kalau labur, mestilah ada pulangan. Tak gitu?

    Kalau simpan dan labur, boleh pegang emas dan dapat pulangan. Ini lagi best kan?

    Berkali-kali jugak le saya fikirkan tentang hal ni. Buat masa ni, saya baru ada 2 ketul “Gold Bar”. Kali pertama saya beli emas ni dari kawan saya, Fauzan Maaruf ( agen Public Gold kawasan pj,uum ).  Saya beli 20 gram. Cadang nak beli 10 Dinar Emas masa tu. Tapi tak jadi. Sebabnya bila kira-kira balik, ada sikit perbezaan harga dan kualiti antara 2 jenis emas ni. Thanks fauzan sebab bagi jalan pada saya. Kalau tak, masih lagi ditakuk lama menyimpan dalam “Fixed Deposit”. Hari ni pulak, saya baru je beli emas ketul 50gram dari abg Pokli. Hehe…1st time jumpa. Semalam jenguk-jenguk di blog, hari ni dah jumpa dan buat transaction. Kelam kelibut jugak le tadi. Saya nak transfer duit baki ke dlm akaun CIMB abg pokli ni, masalahnya plak TAC CIMCBCLICKS ni lembap sungguh. Akhirnya pergi cucuk kat mesin ATM aje le. Ayoyo…banyak pulak masalah tadi. Mujur abg Pokli ni sabar orangnya..Kalau tak, melepas le saya emas 50gram tu.

    emas50

    ==============================
    Fixed Deposit, ASB, Emas, Unit Trust
    ==============================

    Fixed Deposit atau simpanan tetap ni, boleh bagi pulangan sekitar 2-3% setahun. Caranya masukkan sejumlah wang dalam bank, macam parking kereta la… Bezanya, selepas anda parking, anda tak perlu bayar caj sebaliknya tuan tempat sewa parking tu plak bagi duit. Saya pernah simpan FD di Maybank2u dan CimbClicks. Seronok jugak sebab semuanya berlaku online. Minima RM1000 untuk dapat pulangan setiap 2 bulan atau RM5000 untuk pulangan setiap bulan. Hampir kebanyakan modus operandi bank-bank lain macam ni le. Cuma, kalau anda ada duit berpuluh-puluh ribu, ada peluang nak dapat rate FD sehingga 15% dari plan promosi bank-bank tertentu. (more…)

  • Komisen PanduanVCC : RM25/Jualan
    By naem on May 16th, 2009 | 4 Comments4 Comments Comments

    Salam hormat,

    Sebentar tadi saya telah berjaya selesaikan pembayaran komisen panduanvcc bagi tarikh 1/5/09 sehingga 15/5/09. Alhamdulillah. Mudah-mudahan para affiliate yang berjaya menghasilkan jualan dapat mempertingkatkan lagi jualan pada sesi yang akan datang.

    =============
    Komisen RM25
    =============

    Bermula hari ini dan sehingga tarikh yang belum diputuskan, setiap jualan yang dihasilkan akan diberikan komisen RM25 /jualan.

    Jika sebelum ni, komisen panduanVCC hanyalah RM15/jualan. 33% dari jualan.

    Kini komisen panduanvcc ialah 56% dari jualan. Wow! banyak tak? hehehe

    =====================
    +RM50 Untuk 10 Jualan
    =====================

    Oh ya, yang ni memang saya pernah maklumkan sebelum ni.Saya akan memberi bonus RM50 bagi mana-mana affiliate yang berjaya menghasilkan 10 jualan dalam setiap sesi ( 1 sesi 15 hari. 1 bulan 2 sesi ).

    Sehingga kini, saya masih belum berpeluang untuk memberikan bonus tersebut… InsyaAllah dengan harapan yang menggunung tinggi, mungkin akan ada lebih ramai para affiliate yang akan mendapat bonus tambahan RM 50 tersebut..chaiyok2!

    ============================
    Bagaimana Nak Rebut Peluang Ini?
    ============================ (more…)