Logo Background RSS

Advertisement

2009 » June

  • Adwords Voucher USD50 ($HK388) Percuma
    By naem on June 24th, 2009 | No Comments Comments

    Semalam saya terima satu emel dari pihak Google Hong Kong. Walaupun saya tak faham bahasa yang digunakan, saya mengerti permohonan saya untuk mendapatkan 1 kupon adwords bernilai USD50 ($HK388) telah berjaya. Hehehe

    Ini snapshot emel yang saya terima :
    Google Voucher

    Photobucket

    Saya mungkin takkan gunakan kupon tersebut memandangkan dah banyak kupon yang saya redeem. Walhal tak guna pun. Jadi kupon yang saya dapat ini saya akan berikan pada affiliate top yang selalu menyumbang jualan pada saya setiap bulan.

    Siapa tu? Nak tahu?

    Kalau betul nak tahu, log in ke akaun affiliate Panduan VCC masing-masing di sini dan lihat nama affiliate tempat ke 3 dari atas. Saya akan berikan kupon ini pada dia.

    Untuk rakan affiliate yang lain, jangan risau.Kupon Adwords ni akan sentiasa ada dan lambat laun anda juga akan terimanya secara percuma

    psst…Kepada para pembeli produk Rahsia PPCPercuma, kaedah mendapatkan kupon seperti ini ada diterangkan dalam ebook. Jika tak faham dan inginkan maklumat lebih terperinci, rujuk forum khas Produk PPCPercuma ye. :-)

  • Tawaran Kupon Adwords Percuma Ini Akan Ditutup
    By naem on June 10th, 2009 | 10 Comments10 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Photobucket

    Maaf kiranya artikel yang ditunggu tak kunjung tiba. Heheh..ayat bermadah-madah pula saya ni. Saya tak dapat kemaskini artikel selalu. Al maklum sumber pendapatan saya bukan dari blog, jadi saya perlu gunakan banyak masa untuk meningkatkan kemahiran dan teknik pemasaran online.

    3 hari lepas, saya telah hantarkan 1 emel kepada semua pembeli Rahsia PPCPercuma. Emel tersebut dihantar bertujuan untuk membuktikan bahawa pembeli dan pelanggan saya adalah diutamakan. Saya tak akan tinggalkan anda sebaliknya cuba berfikir dari hari ke hari bagaimana membantu dan memperbaiki mutu kualiti layanan saya. Emel tersebut berkenaan dengan pemberian kupon Adwords bernilai USD$50 secara PERCUMA dari saya. ( sila rujuk forum pembeli )

    Syukur, walaupun kurang menerima respons /tindak balas dari pembeli sedia ada, saya telah edarkan lebih dari 20 kupon adwords secara sulit mahupun yang nyata. Kira-kira USD$1000 semuanya ( nilai kupon ). Saya tak jual, sebaliknya bagi PERCUMA.

    Setelah saya kaji dan teliti, rupa-rupanya masalah kurang response adalah disebabkan dari :

    • Kurang arif tentang kewujudan forum pelanggan
      • rata-rata,masih ada pembeli yang tidak mendaftar di forum sebagai pembeli. Sayang seribu kali sayang kerana ia adalah ruang support yang saya sediakan secar percuma untuk para pembeli
      • Forum tersebut agak sukar dilayari jika sambungan internet lambat. Ini masalah pihak saya. Saya sayang nak tukarkan plaform forum sedia ada kepada yang lain..Saya lebih suka ia berada dalam 1 database sahaja dan dikonfigurasikan bersama-sama wordpress.
      • Jika anda kabur tentang forum ppcpercuma, sila rujuk artikel ini :
    • Kurang membaca emel sendiri
      • hanya 50% dari pembeli ppcpercuma yang klik pada link forum yang saya nyatakan. Dari 50% tersebut, kira-kira 10% saja yang aktif memohon kupon percuma dari saya.
      • Jika anda membeli sesuatu produk di internet, forum sokongan adalah satu bonus yang tak ternilai. Anda boleh menulis segala masalah berkaitan produk untuk dibantu dan diselesaikan oleh si penjual. Jarang-jarang sekali para penjual menyediakan forum sokongan tetap tidak disediakan. Sebaliknya, forum ppcpercuma adalah peluang terbaik untuk para pembeli menikmati berita-berita terbaru, tips dan segala perkongsian yang baik dari si penjual ( saya le tu ) bahkan dari rakan-rakan pembeli yang lain.

    Saya fikir inilah sebab kenapa tindak balas terhadap tawaran PERCUMA saya tak di endahkan. Jika saya bukakan tawaran ini kepada warga Forum Wangcyber, pasti berpusu-pusu meminta pada saya. Sebaliknya, permohonan dari para pembeli sedia ada saya agak dingin. (more…)

  • Dinar Emas Sebagai Pelaburan & Simpanan
    By naem on June 2nd, 2009 | 19 Comments19 Comments Comments

    1dinarHaaaa… ini 1 dinar emas yang saya beli 2 3 hari lepas. Saya beli dari agen Public Dinar/ Public Gold. Mudah je…Transaksi pembelian dilakukan secara online. Kemudian baru la saya pergi ambil “face to face”…hehe..Agen tu sahabat karib saya sebenarnya. Tak sangka dia pulak jadi Agen emas walaupun masih bergelar student ( mahasiswa ).

    Ini 1 dinar emas je. Nak eksyen tu, tak layak sangat la..hoho… Orang lain dah berkeping-keping dinar nya, saya ni baru je nak mula menyimpan dinar.

    Saya ada beli emas ketul gak..rujuk sini http://www.ppcpercuma.com/blog/2009/05/17/emas-simpanan-atau-pelaburan/

    =================
    Kenapa Dinar Emas ?
    =================


    Dinar emas adalah matawang sunnah yang digunakan sejak zaman pemerintahan nabi Muhammad S.A.W. Baginda menyeragamkan penggunaan matawang dinar dan dirham yang telah pun digunakan sejak berabad lamanya. Kira-kira 1400 tahun telah berlalu.

    Ini petikan dari hadis nabi :

    Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
    Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

    Selain itu, matawang emas ( dinar ) dan perak ( dirham ) ini kebal dari inflasi. Opps..masuk bab ekonomi skit ye. Inflasi ni maksudnya kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi ( Tutor Utusan 2002 ).Pengiraan inflasi pula melibatkan indeks harga ( indeks harga pengguna  ).  Nak kira kadar inflasi? Errrr…takyah la..Saya pun ingat-ingat lupa. Ini sumber maklumat tentang kondisi ekonomi Malaysia

    Photobucket

    Country Interest Rate Growth Rate Inflation Rate Jobless Rate Current Account Exchange Rate
    Malaysia 2.00% -6.20% 3.00% 3.10% 30398 3.4945

    Maklumat di atas di ambil dari TradingEconomics. Nampak data dari sumber ni je yang lebih ter”kemaskini” berbanding sumber-sumber lain. So, kalau anda perasan, kadar inflasi adalah 3% ( sehingga bulan jan 09 ).

    Jika anda : (more…)