Dinar Emas Sebagai Pelaburan & Simpanan
-
Haaaa… ini 1 dinar emas yang saya beli 2 3 hari lepas. Saya beli dari agen Public Dinar/ Public Gold. Mudah je…Transaksi pembelian dilakukan secara online. Kemudian baru la saya pergi ambil “face to face”…hehe..Agen tu sahabat karib saya sebenarnya. Tak sangka dia pulak jadi Agen emas walaupun masih bergelar student ( mahasiswa ).Ini 1 dinar emas je. Nak eksyen tu, tak layak sangat la..hoho… Orang lain dah berkeping-keping dinar nya, saya ni baru je nak mula menyimpan dinar.
Saya ada beli emas ketul gak..rujuk sini http://www.ppcpercuma.com/blog/2009/05/17/emas-simpanan-atau-pelaburan/
=================
Kenapa Dinar Emas ?
=================
Dinar emas adalah matawang sunnah yang digunakan sejak zaman pemerintahan nabi Muhammad S.A.W. Baginda menyeragamkan penggunaan matawang dinar dan dirham yang telah pun digunakan sejak berabad lamanya. Kira-kira 1400 tahun telah berlalu.Ini petikan dari hadis nabi :
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.Selain itu, matawang emas ( dinar ) dan perak ( dirham ) ini kebal dari inflasi. Opps..masuk bab ekonomi skit ye. Inflasi ni maksudnya kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi ( Tutor Utusan 2002 ).Pengiraan inflasi pula melibatkan indeks harga ( indeks harga pengguna ). Nak kira kadar inflasi? Errrr…takyah la..Saya pun ingat-ingat lupa. Ini sumber maklumat tentang kondisi ekonomi Malaysia
Country Interest Rate Growth Rate Inflation Rate Jobless Rate Current Account Exchange Rate Malaysia 2.00% -6.20% 3.00% 3.10% 30398 3.4945 Maklumat di atas di ambil dari TradingEconomics. Nampak data dari sumber ni je yang lebih ter”kemaskini” berbanding sumber-sumber lain. So, kalau anda perasan, kadar inflasi adalah 3% ( sehingga bulan jan 09 ).
Jika anda :
- simpan di bank ( Akaun Simpanan Biasa ) : kadar pulangan adalah tersangat rendah. Lebih kurang 1% sahaja setahun ataupun 0.00083 % sebulan.
- simpan di Simpanan Tetap ( Fixed Deposit ) : kadar pulangan sekitar 2-3% setahun. Sekarang ni nak dapat 3 % pun susah. CIMB Bank pun 2% je.
- simpan di bawah bantal, dalam dompet atau tabung buluh, nilai wang simpanan tersebut takkan bagi pulangan apa-apa lansung..huhu
Jika dibandingkan dengan kadar inflasi tahunan ( 3% semasa ) , semestinya anda akan kerugian besar. Simpanan anda tadi akan dimakan inflasi dan susut nilai wang memang tak boleh nak elak.
=======================
Penyelesaian : Dinar Emas ?
=======================
Hoho..saya bukan nak promosi dinar emas kat sini ( ada le sikit niat tu ). Matlamat saya untuk berkongsi pandangan dengan anda. Penyelesaian terbaik ialah menjadikan duit simpanan anda tersebut aktif berkerja. Jangan bagi duduk diam. Jika tak, nilainya akan dimakan inflasi.Antara cara yang saya tahu ialah :
- Guna duit tadi buat bisnes…Heheh ..biz online ni kira termasuk le.Duit tadi congak semula dan gunakan untuk aktiviti promosi
- Guna duit tadi untuk tujuan pelaburan :
- Labur di ASB ; pulangan 7-9% setahun
- Labur di UT : ada risiko dan tak digalakkan oleh Robert Kiyosaki ( melainkan anda tahu dan ada ilmu )
- Labur di mana-mana koperasi yang ada. Contohnya koperasi permodalan felda ( KPF ), kop Bank persatuan dan lain-lain kop yang bagi pulangan yang baik
- Beli EMAS !!!! hehehe… Pulangan lebih kurang 2% sebulan dan ia barangan komoditi.
- Jika anda ingin mula simpanan secara kecil-kecilan, dinar emas sangat sesuai. 1 Dinar Emas lebih kurang RM400-RM500
- Jika anda inginkan Gold Bar ( emas ketul ), boleh jugak..beli je kat kedai emas ( mahal ) atau servis 24 jam dari Agen Public Gold.
Nampak tak ? Ok..setakat ni je la saya tulis. Nak bayar komisen agen panduan vcc pula. Bye..bye



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






June 3rd, 2009 at 2:16 am
ade hadith ek psl simpan emas tuh
ni nk kena beli emas jgk nih
June 3rd, 2009 at 11:16 am
eh..mesti la ada..hehe
Baik mula menyimpan dari sekarang..Harga barang akan naik x lama lagi..Terutama selepas su menteri KPDNHEP maklumkan yang subsidi brgn makanan akan dihetikan hujung thn ni..
So, ini nanti akan bg efek pd CPI ( consumer price index ) seterusnya pada inflasi. Jika inflasi meningkat, taraf hidup ( gaji ,pendapatan ) tak meningkat plak, memang akan bertambh susut nilai duit tu…
bila nilai susut, ermmmm…habis le….
June 5th, 2009 at 11:45 am
wah..dahsyat..
hehe
betul ni.. jgn labur kat tempat sembarangan
June 5th, 2009 at 12:20 pm
yup…jangan labur tanpa ilmu…Semuanya perlu ilmu untuk lower risk..
June 5th, 2009 at 1:47 pm
Saya pun ingin cuba juga Dinar…….tapi mesti ada ilmu dulu baru boleh melabur
June 5th, 2009 at 2:28 pm
yup…pelan2..sambil2 cari ilmu
June 15th, 2009 at 3:54 pm
Salam,
wah, perkongsian yang baik. erm, nak belajar simpan dinar jugalah slow2.
Dinar Emas yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kelantan pon ok gak kan..? ke apa pendapat sifu Naem..?
June 15th, 2009 at 4:23 pm
ishk..jgn panggil sy sifu..segan..
begini bro kasyidi, dulu ,saya ada simpan niat nak beli dinar emas kelantan…tapi tak kesampaian bila :
1) susah nak dapat selain kelantan
2) spread ( perbezaan harga jual dan belian ) tinggi .
berbanding dengan dinar emas PG,
1) mana-mana je boleh dpt.Call mana2 agen terdekat dan buat appoinment,nanti diorang datang.
2) spread rendah.lebih kurang RM20 berbanding dinar kelantan RM50
Selain yag saya sebut diatas, dinar kelantan di liminate sekali dengan sijil dia..saya dah tengok dinar kelantan dari seorang agen PG ni…sedangkan dinar PG ni boleh buka bekas plastik tu..macam pegang sekeping syiling 10 sen..
ps: harga emas tgh jatuh sekarang..saya fikir lebih baik tunggu sekejap..paling rendah boleh jatuh lebih kurang USD$750/oz sebab ada market correction dan dollar yg semakin mengukuh…tapi nanti harga emas ni akan melonjak ke USD1000/oz..
June 20th, 2009 at 6:54 am
em sebelum ni saya dah start melabur dalam unit trust.. bila dah baca post naem ni, dah berbelah bagi dah.. nk tambah dalam unit trust atau pelaburan emas.. huhu..
kena blajar lagi ni pasal pelaburan emas ni..
thanks utk ilmu yg dikongsi
June 20th, 2009 at 10:52 am
ASWT, saya agak tertarik le pasal investment dinar emas nie. Naem boleh tak atleast cerita sebagai permulaan apa yang perlu saya tahu dan ada … sekarang ni knowledge saya zero. Saya tak tahu nak bermula dari mana serta kalau dah beli emas tu , kita mesti simpan di bank atau perpulang kepada kita hendak simpan dimana .
Pada pemahaman saya , kita just beli emas dinar ..contohnya dari habib jewels..kemudian simpan untuk 2 tahun ..then baru jual ..macam tu ke??
Harap saudara Naem dapat membantu sy. TQ.
June 20th, 2009 at 6:50 pm
Bro razif, semuanya bergantung kepada matlamat kewangan masing-masing. Saya kurang ilmu dlm unit trust dan belum lagi berhajat untuk pelaburan UT, jadi saya cari alternatif lain yang lebih baik dari FD, ASB.
Nurul, untuk makluman lanjut, boleh rujuk laman blog http://www.jutawanemas.com tu..Saya mula membeli dinar dan ketul emas ni selepas saya baca apa yang perlu di blog tu.
Oh ya, beli dinar ni dari agen publicdinar.com . Bukan dari habibjewel.Saya tak pernah lagi beli dari habibjewel. InsyaAllah hujung bulan ni saya cuba beli 1 lagi keping dinar.
Pada saya, pelaburan emas adalah untuk melindungi harta dari inflasi je. Tak lebih dari itu. Lain orang, manipulasi pelaburan emas ni dengan akaun simpanan emas di bank. Ada juga yang beli use gold dan jual semula pada harga yang tinggi. Apapun, tak rugi pun jika beli terus simpan hingga bertahun-tahun lamanya.
InsyaAllah 10 tahun lagi mungkin saya boleh pergi haji dengan emas 74.25 gram saya ni..hoho..harga emas time tu mesti dah naik
August 16th, 2009 at 6:32 am
salam..bro..saya merancang nak menambah pendapatan melalui adword..tapi saya tak tau apa2 tentang adword nih..boleh saudara teragkan?
October 21st, 2009 at 4:30 am
salam,
saya rasa dinar emas kelantan mahal sikit sebab komposisinya adalah 917 bukan emas 916 seperti yang saudara beli di PB. Dan pembuatan emas dari PB tu adalah dari luar negara manakala emas yang dibuat oleh dinar emas kelantan adalah dari salah satu company yang dimiliki oleh individu muslim (100%) dan dimint di kilang di kuala kangsar. tentang packaging tu sebenarnya jika kita beli dinar emas bukan untuk tujuan dibuka ia untuk simpanan tetap hanya pada masa kecemasan sahaja then kita buka.
tidakkah saudara rasa kalau boleh buka tutup plastik tu boleh hilang dinar tersebut.
October 24th, 2009 at 3:52 am
To Jenanese : saya pun masih menuntut adwords ni
Rugi dah banyak dari untung..hehe
To liza : Saya tak beli dinar emas kelantan. Saya beli dinar emas Public Gold. Tentang ketulinan tu, 916…917 tak pasti le plak saya. Setakat ni, dinar emas yang saya ada dah pun saya jual. Saya jual dengan keuntungan RM10/gram ..Sekarang saya usaha untuk kumpul Kijang emas pula. Lebih murah, berkredibiliti dan ada pasaran
December 1st, 2009 at 2:25 am
SALAM SEMUA..
KAWAN2 KU YANG DIHORMATI..BTUL KATA NAEM SIMPANLAH EMAS UNTUK MASA DEPAN KITA SEMUA..DISINI SAYA ADA SEDIKIT MAKLUMAT UNTUK DIKONGSI BERSAMA TENTANG EMAS..
Kenapa perlu simpan dinar?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)
December 1st, 2009 at 2:27 am
NILAI EMAS..
(1) memiliki nilai tersendiri seperti emas, perak, kurma, gandum, barli, garam dan lain-lain barangan komoditi yang memiliki nilai,
(2) nilainya tidak berubah berdasarkan masa, sebagai contoh, nilai 1 gram emas tetap sama daripada zaman dahulu sehingga sekarang sebab 1 gram emas dahulu dengan 1 gram emas sekarang adalah sama. Sebagai contoh, 1 keping dirham wang perak murni seberat 3.00 gram dapat membeli 1 ekor ayam di zaman RasulAllah SAW, sekarang ini setelah lebih dari 1400 tahun kemudian 1 ekor ayam masih boleh dibeli dengan 1 keping wang dirham perak murni seberat 3.00 gram. Logiknya adalah kerana ayam dan wang perak itu tidak pernah berbeza di zaman 1400 tahun dahulu maupun sekarang. Cuba bandingkan fenomena ini dengan harga ayam 10 tahun dahulu dengan sekarang. Jauh sekali bezanya. Ini adalah disebabkan duit yang kita gunakan sekarang ini adalah duit Riba sedangkan dahulu manusia mengunakan matawang sebenar.
(3) diterima oleh segenap lapisan manusia. Cuba kita ambil sekeping wang RM100 dan kita koyakkan kepada 10 cebisan kecil dan kemudian kita campakkan di udara di kota London, agaknya akan adakah manusia yang berebut-rebut mengejar cebisan wang itu untuk dicantumkan supaya mereka miliki wang RM100 tadi? Berbanding dengan jika kita pecahkan sekeping wang dinar emas murni kepada 10 keping dan kita lakukan aksi yang sama seperti yang kita lakukan kepada wang RM100 tadi. Dengan yakin, Insya’Allah ramai yang akan berebut untuk mengambil sekeping dari pecahan wang dinar emas murni tadi kerana biarpun sekeping kecil dari 1 keping wang dinar emas murni tetapi sekeping kecil ini adalah emas, dan semua manusia menilai emas sebagai berharga.
Allah SWT telah nyatakan hal ini di dalam Al-Quran tanpa ragu lagi. Cuba kita bawa wang ringgit untuk digunakan di negara China, sudah tentu wang itu tidak dapat digunakan di sana sebaliknya kita perlu menukarkan wang tersebut kepada matawang Yuan dan barulah kita dapat membeli apa-apa di negara China. Tetapi sekiranya kita bawa wang emas ke negara China ataupun ke mana negara di dunia ini sekali pun, Insya’Allah kita tidak akan ditolak, pembelian kita dengan mengunakan pembayaran wang emas akan diterima oleh penjual dengan rasa riang dan gembira.
December 1st, 2009 at 2:37 am
JIKA KAWAN2 BERMINAT LEH LAYARI BLOG SAYA DGN HANYA KLIK JER PADA NAMA SAYA DIATAS TU..
SAYA ADA MEMBELI/MENJUAL JONGKONG,DINAR DAN BARANG KEMAS.
SAYA JUGA MEMBELI BARANG KEMAS TERPAKAI,ROSAK DAN PUTUS DAN JUGA KAWAN2 LEH TRADE IN BARANG KEMAS LAMA KEPADA YANG BARU.
HUBUNGI LAH SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
KAWAN TIDAK AKAN RUGI MENYIMPAN DAN MEBELI EMAS TAPI KAWAN2 AKAN RUGI JIKA BELUM MENYIMPAN DAN MEMBELI EMAS..CARI LAH ILMU PASAL EMAS SEBELUM MEMBELI..
SALAM