Salam hormat semua,
Dalam artikel kali ini, saya masih ingin bercerita tentang emas. Artikel ini kiranya artikel sambungan dari siri sebelumnya ” Kisah Saya Gadai Emas 999.99 di Bank Rakyat “. Di bawah ialah fakta-fakta penting kisah saya gadai emas
:
- Saya Gadai Emas 70gram di Bank Rakyat . Nilai yang ditentukan ialah 69.96 gram sahaja
- Nilai Marhun ( nilai emas ) ialah RM 8198.61
- Nilai gadaian ( 65% ) ialah RM5320
- Upah simpan ( RM0.75 x Nilai Marhun/100 ) ialah RM371.97
- Tempoh pinjaman ialah 6 bulan ( kalau nak sambung, kena bayar upah simpan ).
Ok..saya pada masa tersebut ada RM 5320 di dalam tangan. Amaun tersebut takde le banyak pun cuma memang tak muat le nak masukkan dalam dompet saya. Kalau emas, emas 100 gram ( 20gram x 5 ketul) pun muat. Ini lecehnya duit ni. Banyak sikit je , dah takleh nak bawa. Kena pakai kad hutang ( kad kredit ) sebagai ganti.
Apa perancangan saya masa tu ? Hurrrmmm..Dalam kepala otak saya, saya nak beli lagi emas. Oleh sebab duit tunai cuma RM 5320, saya tak dapat beli emas lebih dari 60 gram. So, saya bahagikan kepada 2 kegunaan. 1 saya guna sikit dan sebahagiannya saya beli emas lagi. Ini cara saya yang saya buat :
- Beli emas 40 gram ( 20 gram x 2 ketul ) pada harga RM 4530 . Seketul bersamaan RM 2555 tak termasuk delivery cost . Saya beli emas PG
- Baki lebihan tunai saya guna untuk beli laptop Compaq CQ40 untuk adik saya di universiti
Part nak beli emas tu yang saya nak kongsikan. Kenapa saya buat teknik pajak ni ? Saya cuma ada 2 tujuan saja memajak emas ini iaitu :
- Nak mencuba pengalaman memajak emas
- Nak rempit emas yang dimiliki
Dengan emas 70 gram ( emas bar ), saya kini sudah memiliki tambahan 40 gram lagi emas bar. Jumlah emas yang saya miliki ialah 110 gram emas bar dalam masa yang singkat sahaja. Memang best! sebab boleh rempit…Hehehe…Emas 40 gram yang (more…)




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini