Logo Background RSS

Advertisement

ASB OD @ ASBOD : Teknik Super vs Teknik Rempit !

  • Wah!!!  Apa yang SUPER & REMPIT tu?

    ASB OD ( Amanah Saham Bumiputera + Overdraft ) ni sedang hangat di pasaran. Dulu, takde pun orang yang nak pedulikannya. Tapi, sejak akhir-akhir ini iaitu selepas muncul ebook Teknik Manipulasi Kewangan oleh PengurusanKewangan.com, teknik ASB OD ni mula menjadi bahan bualan. Hari-hari , waktu lunch pun dok borak pasal teknik ASB OD ni.

    Ok…Ringkasnya ( untuk yang masih kabur ) teknik ASB OD ni ialah satu teknik kewangan yang memanipulasikan kelebihan ASB, kemudahan Overdraft dan perkhidmatan Kad Kredit. Kebanyakan sebab penyebab teknik ASB OD ni penting ialah untuk :

    • Individu yang banyak hutang kad kredit
    • Individu yang nak meningkatkan simpanan di ASB

    odasb

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Bagaimana Teknik ASB OD ni digunakan ?
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++

    ASB seperti yang dipercayai mampu memberi pulangan sehingga 7-9% setahun. Jika anda melabur RM 100 000 dalam ASB, pulangan pada akhir tahun ( hujung bulan 1 tak salah saya ), duit anda akan beranak kepada RM107 000 – RM 109 000.

    Tahun Berakhir 31 Disember
    2006
    2007
    2008
    Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
    7.30
    8.00
    7.00
    Bonus Seunit (sen)
    1.25
    1.00
    1.75

    sumber : http://www.asnb.com.my/asb.htm

    Antara kelebihan utama pelaburan ASB ini ialah “JAMINAN MODAL” dan ia dikhususkan kepada para bumiputera sahaja. Itu yang unik tu!

    Ok, Overdraft pula kemudahan /fasiliti kewangan yang disediakn oleh pihak bank. Pernah lihat buku cek? Haaa…biasanya bos-bos syarikat ada buku cek ni. Mesti best dapat tulis kat buku cek sendiri. Kalau dalam tv, ini orang-orang kaya punya style je. So, dengan kemudahan overdraft, penyimpan ASB dapat menggadai sijil simpanan ASB mereka dan mendapat tambahan wang sebanyak 90-95% dari nilai sijil ASB mereka.

    Jap..nak buat kiraan sikit :

    ASB 100000
    ROI 8000 = 0.08*100000
    OD 95000 = 0.95*100000

    WoW!!! dengan simpanan ASB sebanyak RM100 000, saya boleh dapat RM 7000 – 9000 setahun ( tanpa kerja ) dan wang RM 95 000 dalam akaun simpanan semasa saya. Memang BEST la!!!

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Camner Nak Dapatkan Kemudahan OD ni ?
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Banyak saranan menyatakan bank paling best buat OD ni ialah bank Merah Biru. Kalau bank Merah Putih, boleh jugak sebab interest rate ialah BLR-1.25%. . Tapi MOF ( Margin Of Financing ) rendah iaitu 90% sahaja.

    Cuma yang tak bestnya, ramai sangat cadangkan OD conventional. Yang Islamic tu takde plak yang nak recommendkan…Hohoho…Buat duit, buat jugak…Hala haram kena tekankan. So, kalau tak salah saya, Maybank ada sediakan Islamic OD ni.  Murabahah Cash Line Facilities kot namanya.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Apa Kena Mengena Dengan Kad Kredit Plak ?
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Hohoho..yang ini ada kaitannya. Terutama dari segi nak kawal perbelanjaan. Aik…Guna kad kredit boleh kawal perbelanjaan? Ye la..Itu semua kalau ada ilmu. Kalau ada nafsu saja, memang tak terkawal jawabnya. Bab ini kena tanya yang arif. Yang pernah ada ASB OD. Saya ? Belum terniat lagi sebab takde duit..heheh Dan tak berapa pasti tentang keharusan ASB itu sendiri.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Ok, Apa teknik SUPER & REMPIT tu ?
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Dari apa yang saya baca, teknik rempit ni guna personal loan BSN bercagar ASB. Teknik SUPER plak diperolehi dari manipulasi ASB OD + hartanah lelong. Ntah betul, ntah tidak. Tapi jika anda betul-betul ingin belajar tentang ASB OD  ni, boleh berkunjung ke forum bicara jutawan. Kat sana ramai yang berbincang pasal ASB OD ni. Kalau nak tahu tentang hartanah lelong plak, sila kunjungi blog Jutawan Hartanah Pie2020.. Pie ni Jutawan Hartanah yang sangat dasat!!! dia tak kedekut kongsi diari beliau tentang hartanah lelong. Memang best le.

    Oh ya, artikel dari blog bebas hutang ni pun best gak…Boleh bantu sesiapa yang masih taktau apa itu ASB OD.

    Ok…Last but not least, kepada yang ingin mencuba teknik kewangan ini. Sila dapatkan penjelasan lanjut dari otai-otai yang lama berkecimpung dengan ASB OD ni. 1 lagi , pastikan anda jelas dengan pendirian masing-masing. Bagi saya, saya mungkin tak sertai simpanan ASB sehinggalah ASB disahkan oleh ramai panel shariah dan ulama-ulama berkenaan hukum hakam di sebalik pelaburan ini. Bukan apa, hukum harus tak semestinya sesuai untuk kita semua. Sedangkan banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk buat duit. Takkan nak goyang kaki dan tunggu duit je..Tak best la hidup ni. Hehehe…

    So, apa pandangan anda ? Teknik apa lagi yang best selain ASB OD?

    pss.. Saya nak bagi hadiah pada mana-mana komen yang menarik. Saya dah peruntukkan lebih kurang RM30 untuk 3 komen yang best . Tawaran sah sehingga 12/7/09.

22 Comments
  1. #1 hafiz
    July 5th, 2009 at 11:37 am

    salam Naem,

    saya setuju dgn pendapat anda, sekarang ini ramai orang main redah aje.. tidak kira halal atau haram.

    saya pernah bertanya pada pegawai bank, hanya maybank sahaja yg menawarkan islamic OD. yg lain semuanya konventional. konventional bermakna RIBA.

    Ok, pd pendapat sy selain ASBOD hanya emas sahaja yg dpt back up kita punya financial.

    sy tahu naem pun maklum tentang hal ini. tetapi pelaburan itu mestilah melibatkan emas fizikal dan bukan emas yg dicetak diatas buku spt PBGIA.

    kerana jika semua org bermain PBGIA, maka permintaan terhadap emas sebenar akan berkurang. bila berkurang ia akan membantutkan kenaikan harga emas.

    sekarang ini masih ramai tidak yakin tentang kenaikan harga emas pada masa akan datang. tetapi bagi saya tiada sebab untuk nilai emas akan naik pada masa akan datang.

    selagi adanya cetakkan wang kertas yang baru, ini akan membuatkan nilai wang kertas yang sedia ada akan menurun. Inflasi akan terjadi dan secara automatik harga emas akan naik.

    sebagai contoh, pada tahun 2002 harga emas segram adalah RM30. harga kereta honda civic baru ketika itu adalah RM90k. jadi ia memerlukan 3000 gram emas untuk membeli kereta honda civic.

    tetapi, pada tahun 2009 harga emas segram adalah RM115. manakala harga kereta honda civic yg baru adalah RM130k.
    Jadi ia memerlukan 1130 gram emas untuk membeli kereta honda civic baru pd tahun 2009.

    kita dpt lihat disini semakin lama semakin meningkat value/nilai emas berkenaan. perbandingan menunjukkan semakin lama semakin ‘murah’ harga sesebuah barang pada masa hadapan jika kita menyimpan emas!

    sekarang kita tidak perlu lagi bergantung kepada ASB dan OD. tiada keistimewaan sgt jika dibandingkan dengan emas.

    emas pun boleh buat OD dgn menggadaikannya di Bank Rakyat Ar Rahnu :P

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 naem
    July 5th, 2009 at 12:12 pm

    Panjangnya bro hafiz tulis.. :-) Komen yang bernas. InsyaAllah dalam perkongsia ini, kita mesti berlapang dada dan tidak terlalu taksub pada mana-mana kaedah kewangan. Kalau tidak, kita gagal mencari alternatif yang lebih baik.

    Emas? hurmm…memang baik. InsyaAllah saya nak cuba rempi emas dgn skim ar-rahnu. Nak tiru gaya mak en syukor jutawan emas

    ps: ramai orang takut2 dengan emas ni. Sebabnya kata orang mahal, pastu takut kena rompak. Yang best lagi, risau nak kena bayar zakat..hohoho :-D

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 ZaidiRazali
    July 10th, 2009 at 4:09 pm

    ASB halal? sejujurnya, kalau berdasarkan pakar bahagian muamalat, ASB sekarang ni masih lagi dikategorikan sebagai haram. berdasarkan apa yang diketahui, fatwa kebangsaan kata harus tu sekiranya diubah polisi pelaburan dan cara akadnya, cuma media ni hanya bagi maklumat sekerat je, faham2 sahajalah.

    paling mudah, boleh tanye suruhanjaya sekuriti, sama ada halal atau tak ASB ni. 4 tahun lepas pernah diorang wat seminar kewangan islam kat kolej aku, masa diploma dulu. ada rakan aku tanya pasal ASB, dengan jelas wakil tu cakap tak termasuk yang diishtihar halal.

    dan aku masih berpegang pada perkara tu… boleh je dihalalkan, seperti yang disarankan oleh ustaz zaharuddin. yang kata halal pun atas sebab maslahat, antara hujah yang tak kukuh kalau nak lihat situasi sekarang yang dah terlalu banyak kewangan islam diwujudkan… apa pun, terserah pada cara masing2, sendiri buat, sendiri terima :)

    emas? satu lagi peluang buat duit, cara halal dan lebih menguntungkan..bakal aku sertai juga, tunggu start mula dapat gajilah, ni masih lagi kategori pelajar lagi ;)

    ADMIN : Ermm..tentang pendapat mufti tu, memang harus..Cuma jika kita ada kemampuan, rasanya ia bukan 1 MASLAHAT lagi dah. So, saya fikir insan seperti saya tak patut simpan dalam ASB selagi tak betul-betul bersih perjalanannya. Saya suka pegang pandangan UZAR dalam hal ini sebab saya faham apa yang diterangkan. ;-)

    Kalau bro zaidi nak mula melabur dalam emas, saya sarankan emas fizikal 999.99. Emas tulen. Sebabnya emas ni responsif terhadap harga pasaran dunia dan juga kekukuhan matawang negara. Kalau emas 916, lambat skit dan lebih sesuai untuk perhiasan sahaja. :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 kallam
    July 10th, 2009 at 5:18 pm

    tuhari kuar kat newspaper cakap ASB Harus aku jadi konpius plak tapi apapun idea untuk dapat sijil ASB dan cagar kat mane2 bank adalah satu panduan yang boleh digunakan untuk jangka panjang dan pendek…mungkin boleh pikir aper yang boleh dicagar kan untuk buat OD selain guna ASB Sijil

    Cara pengunaan kad kredit memang patut di ikuti oleh semua peguna kad kredit jimat bayak tuuh.

    ADMIN : ada cara alternatif tu…Tak salah saya, cagar guna FD, UT ( dengan bank pengeluar je macam public mutual ), dan rumah…Yang lain-lain, saya tak tahu sangat. So, memang boleh cagar la kiranya. Kalau emas, pajak gadai le jawabnya ..hoho

    kata orang, rugi pajak emas ni. Caj simpan Arrahnu mahal. Tapi saya ada buat calculation dengan 1 personal loan bank yang tawarkan rate terendah 4.99% p.a ( utk gomen je ).. Kalau ikut rambang, lebih untung guna personal loan berbanding gadaian tetapi amaun installment tu bukannnya 4.99% semata-mata. Sebaliknya ada caj tambahan RM15 ( lebih kurang ) untuk bayaran kop dan angkasa.

    Tentang kad kredit plak, saya belum apply. Rasanya nak apply cimb dulu kot sebab free fee for life.Hohoho :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Kak Wan
    July 12th, 2009 at 3:49 am

    A’kum,

    Saya ucapkan tahniah kepada saudara Naem kerana berani membuka polemik mengenai starus halal ASB yang dikaitkan dengan OD. Saya menerima banyak emel daripada ramai agen/affiliate yang mempromosikan ebook Teknik Manipulasi Kewangan. Saya rasa dukacita kerana masyarakat kita tidak mahu peka tetapi lebih rela jadi pekak dalam membicarakan kaedah-kaedah mengumpulkan kekayaan/menyelesaikan hutang dan turut sama menggalakkan amalan riba yang telah mendarah daging dalam sistem kewangan di negara kita. Kalau ada yang tahupun, demi perjuangan memajukan perniagaan/pemasaran internet, mereka tidak rasa silu untuk turut merasakan bahawa tindakan seperti itu merupakan satu dosa… Janganlah hendaknya kita meniru teori Michevelli yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat. Janganlah hanya memikirkan saham dunia sahaja, tapi ingatlah juga kepada pelaburan saham akhirat. Saya berharap dengan komen-komen yang diberikan oleh teman-teman kita itu membuka mata hati untuk kita terus berniaga dalam sitasi yang lebih ceria dan tidak lupa kepada konsep “halalan-toyyibah”.

    Sekian, salam maju jaya untuk semua. Terima kasih.

    ADMIN : sama-sama kak wan. Ilmu sudah ada, cuma kita je yang tentukan samada nak atau tak, betul atau tidak.

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 naem
    July 13th, 2009 at 11:46 am

    Bro hafiz, zaidi dan kallam, rujuk emel masing-masing malam ini. Saya akan hantarkan RM10 setiap seorang. :wink:

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 kallam
    July 13th, 2009 at 12:22 pm

    he he tima kasih naem :wink: :mrgreen: dapat gak duit free

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 hafiz
    July 13th, 2009 at 1:55 pm

    tq Naem…

    slalu2 ya buat contest camni :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 ZaidiRazali
    July 14th, 2009 at 1:27 am

    terima kasih, duit telah diterima. semoga rezeki bro semakin bertambah..aminn… :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 naem
    July 14th, 2009 at 11:39 am

    sama-sama :wink:

    artikel seterusnya pun ada insentif jugak untuk sesiapa yg komen ..nanti saya umumkan :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 zamri
    July 16th, 2009 at 3:47 am

    saya berpendapat banyak lagi persoalan tentang islamic banking yang di amalkan oleh jenama2 yang ada buat islamic banking. contohnya personal loan. di bank yang islam, kita pinjam 34k selama 15 tahun. bayaran rm357 sebulan selama 15 tahun. cuba kira balik 357x 180 bulan rm64,260. kita pinjam 34k sahaja. hampir 50% kita kena bayar kos tambahan tu. jadi persoalannya dimana islamnya? kalau nak bersandarkan kepada kepada akad, bank konvensional pun ada agreement. lepas tu promote pulak duk kondem bank konvensional.

    implementasi yang macamana islam nak sebenarnya? bagi saya contoh di atas bukan islamic. kadar kos tambahan yang melampau.

    bagi saya, saya tetap pegang majlis fatwa kebangsaan mengatakan harus labur dalam ASB. itu saja. sudah berpuluh tahun duk berdebat isu ni takkan habis. so… daripada duk bertegang leher lebih baik labur sahaja dalam ASB. 10 tahun bukan masa yang pendek hanya untuk berbincang dan angin satu badan. sedangkan kek ekonomi bertambah lebar dengan bumi dan non bumi.

    tambah2 pulak sekarang ni macam2 bangsa lain duk minta selepas konsep 1Malaysia di perkenalkan. DEB dah di hapuskan.

    Sekarang…. bumiputra sedang bersaing atas padang yang tidak sama rata. so… fikirlah. berapa kerat sahaja orang yang terlibat dalam IM ni nampak boleh buat duit. Sekarang ni tengah hangat Market Malaysia untuk IM tempatan.

    Tapi persoalannya trend ni berapa lama boleh bertahan?

    Dengan laporan ciput boleh jual sampai rm30-40? memang hebat buat duit di internet dengan produk informasi ni.

    ADMIN : Sabar-sabar en Zamri..Bawa bertenang :mrgreen:

    Dalam islamic banking, takde istilah pinjaman peribadi. Cuba cek semula. Segala urusan pinjaman yang berlaku dalam perbankan islam semuanya berasaskan jual beli. Sila dapatkan bacaan tambahan di dalam internet ini untuk kefahaman mendalam.

    http://www.zaharuddin.net/content/view/829/95/

    Kalau masih ragu-ragu, cuba perhati agreemnt dlm pembiayaan peribadi islam, jual beli aset bukan? Asset Sale Agreement & Asset Purchase Agreement.

    Ramai orang salah faham sebab dah lama terpengaruh dengan sistem perbankan konvensional. Itu masalah sebenar. Kemudian ramai pula yang taknak berlapang dada apabila ia melibatkan kepentingan diri. Itu masalah kedua.

    Jika diperhatikan tambahan yang tinggi dalam produk bank islam, lagi la ramai yang tak sedar diri bahkan “BODOH SOMBONG” untuk belajar memahaminya. ;-) Sepatutnya kita berusaha mencari alternatif lain dan bukan tertumpu pada perkara yang satu sahaja. Betul tak? Jangan kita terlalu JUMUD & TAKSUB sebaliknya berusaha memikirkan jalan lain. Saidina Osman tak merana pun tanpa skim bantuan mana-mana pak arab jahiliyah masa zaman nabi dulu..Bahkan menjadi orang terkaya hasil perniagaan yang dijalankan. Jika pun kita ini bodoh dan tiada pengalaman dalam bidang berniaga, takkan kita terlalu MUDAH UNTUK MENYERAH KALAH ?

    Masing-masing ada pendapat tersendiri dan hasilnya nikmatilah sendiri ..Itu saja :mrgreen:

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 zamri
    July 16th, 2009 at 9:02 am

    komen saya tidak di publish…. tak apalah. terima kasih.

    ADMIN : Bukan tak publish..tapi ruangan komen saya ni ada mode ” awaiting for reviewing process ” utk keselamatan ;-)

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 zamri
    July 17th, 2009 at 4:20 am

    saudara silap faham, saya juga menyokong perbankan islam. buktinya saya ambil personal loan bank islam.

    ADMIN : Ye ke? Hohoho…takpe2…yang penting, terima kasih berkunjung ke laman blog saya :mrgreen:

    ps: saya kerja di bank CIMB…urus pembiayaan peribadi AWAMI (rate terbaru 4.99% p.a dan bakal menyusul sempena bulan Ramadhan nanti )

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 cdanhash
    July 27th, 2009 at 6:44 am

    Ada tak FD Islamic
    Cagarkan FD dengan Maybank Islamic untuk dapatkan OD
    Invest wang OD dalam Tabong Haji

    OK tak alternatif ni…

    ADMIN : ada..saya pernah subscribe FD islamic maybank melalui online banking. Cuma kadar untung cuma 2-2.5% p.a je sekarang ni. Sedangkan OD plak rate termurah yang saya tahu utk staff cimb sendiri ( BLR-2.25% )..Itu bukan OD islamic..Normal rate utk OD lebih kurang BLR+0 je…So memang tak dapat cover caj kalau dikeluarkan semua untuk invest dlm tabung haji.

    Tabung haji punya profit lebih kurang 4% p.a kan? ke 6% ? kalau 6%, boleh untung balik ni.

    contoh kira2 :
    1) simpan FD RM30 000 ( 2% p.a )
    2) buat OD ( fixed or variable, kena tanya banker le kot..MOF boleh 100% klau GIA )
    3) kuarkan semua duit dan invest kat LUTH ( ROI 4-7% p.a )

    Betulkan?

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 izwanikasim
    August 3rd, 2009 at 3:42 am

    assalamualaikum saudara naim dan semua pembaca..

    saya sebenarnya salah seorg pmbeli “rahsia teknik kewangan malaysia terbongkar”…mula2 excited bila dpt tau ada cara buat pndptn smpingan mlalui sistem kewangan kita..tapi kecewa gak sbb bila saya baca buku tu,teknik yg digunakan semua guna teknik konvensional dan tidak islamik….ASB..dah lama dijelaskn oleh ulama dan pakar2 perundangan islam malaysia ttg hukumnya..mereka ni berbeza pndpt ttg keharusannya;1.majlis fatwa kebangsaan kata harus, 2.suruhanjaya sekuriti tak letak ASB bawah saham patuh syariah dan 3.sbhgn fatwa negeri2 di malaysia tidak mengharuskan ASB ni…jadi sebagai umat Islam di mana pegangan kita?????…sebenarnya kita manusia ni Allah dah bg akal dan hati yg sesuai fitrahnya dgn agama Islam…dlm erti kata lain bg seseorg yg betul2 nak cari kebenarn, maka mereka blh bandingkan hujah2 yg dikeluarkan oleh ketiga2 badan berautoriti di atas ttg ASB ni…tetapi pandangn saya sebagai org yg masih menuntut dlm bidang agama ni,ASB memang jelas produk yg tidak halal atas sebab2 tertentu…(antaranya telah jelas dinyatakan oleh UZAR dlm blognya)..antara yg saya plg tak blh terima ialah bgmana kerajaan blh menjamin modal setiap plabur sedangkan ini bukan skim simpanan????ini skim plaburan yg ada untung rugi dan dalam Islam bila sebut plaburan atau perniagaan mestilah keuntungan dan kerugian ditanggung bersama oleh semua pihak…Inilah konsep keadilan ISLAM yg tidak ada pada agama lain dan ia menjamin keadilan kepada semua….yg kedua ialah ke mana wang plabur ASB dilaburkan?????ini jugak ada keraguan kerana sbhgnnya dilaburkan ke instituti pelaburan konvensional yg jelasnya jlnkan perniagaan berasaskan riba…jadi dimana keharusannya ASB ni kalau dah ada riba..di mana kewajaran majlis fatwa kebangsaan mengharuskan ASB atas dasar “maslahah umum” kerana yg ada dlm Islam adalah “masalih mursalah”…maksudnya kalau nak pakai kaedah masalih mursalah ni mestilah ia mengambil kira maslahat umat islam seluruh dunia bukan sahaja di malaysia…kalau di malaysia harus maksudnya kalau ada skim yg sama di nigeria,iran,iraq,china,russia dan negara2 lain hukumnya jugak mestilah harus…kalau tidak ini bukan utk masalih mursalah @maslahah umat Islam tetapi maslahah utk kroni atu org2 tertentu yg dpt keuntungan berganda2 drpd ASB ni…dan perlu kita ingat dlm Islam riba dan judi ni ALLAH larang kita libatkan diri dengannya samada secara langsung@tak langsung,kalau saja-saja nak terlibat jugak, NERAKA lah tpt kita…jd dlm hal ni saya dan saudara admin sama dlm memberikan pndpt….nak cari harta memang tak da masalah,Islam memang galakkan umatnya cari harta yg halal dan semoga dgn harta halal tu digunakan kembali utk mmperjuangkan Islam…tp kalau ada unsur haram atau syubhah tlg tinggalkan kerana kita tak nak harta kita di dunia ni jadi beban pulak utk kita kat akhirat…semoga memberi mnfaat kepada semmua yg membaca…

    ADMIN : :mrgreen: Betul tu…saya setuju. Sebenarnya, terkilan jugak bila tahu ASB macam tu. Diluah mati bapak,ditelan mati emak. ASB ni best sebab return pun ok dan nilai pelaburan dijamin. Tapi mengenang masalah yang timbul, terpaksa le dilupakan je niat untuk melabur dlm ASB.

    Untuk sesiap yang nak kaya cepat, caranya ialah berniaga..hehehe..

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 not follower
    August 7th, 2009 at 3:30 pm

    Salam..

    Bicara hal halal-haram, riba, islamic bangking and conventional takan nak merujuk pada satu sumber jer or idola spt uzar sajer. Jom tengok pandangan org lain pulak yang “out of that line”
    di http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/05/usury/

    wslm

    ADMIN : Wslm…thanks for that source..ini pun dah dibaca..hehe..Idea dah dapat cuma cara olahan secara ilmiah kurang berbanding uzar punya style..

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 emir
    August 14th, 2009 at 5:12 am

    salam Tuan admin,

    memandangkan Tuan kerja di CIMB, bole tolong komen berkenaan Pembiayaan perumaham Home Flexi CIMB yg islamc. Ada yg kata home flexi nh sama mcm OD gak.

    terima kasih

    ADMIN : Wslm, tentang Home Flexi tu, maaf..saya memang zero knowledge ttg tu buat masa ni. InsyaAllah saya cuba dapatkan info tentang produk ni secepat yang mungkin.

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 hang_jebat
    November 23rd, 2009 at 3:53 pm

    knp asb jer yg korg nampak sgt status die..? yg lain yg jelas haramnye, ada stgh korg wat tak nmpak jer? Korg beli keta, umah, dll pakai islamik ker? klu islamik ok ler..
    Ni lg satu, korg minum teh tarik mamak kongsi2 cawan tu takder rasa ape2 ker? Manalah taulah ada kaum lain yg baru ambik lunch kegemaran die (ciok), pastu gi pekena teh plk kat situ, mamak tu cuci pkai sabun jer, itupun bukan btul2 cuci punyer, samak jauh sekali ler..

    Aku taktau hukumnyer, sbb aku bukan ustaz, sbb tu ler aku brtanyer..Asb tu tlh dihukumnyer harus, usahlah di isukan lg, terpulanglah sendiri nak atau tidak,

    nasihat tambahan aku, kalau kome tak suke ‘tempoyak atau budu’, usah ler smpai terhina sesiapa yg nak mmakanyer..tak baik camtu..

    Post ReplyPost Reply
  19. #19 naem
    November 23rd, 2009 at 11:07 pm

    :mrgreen: En hang jebat, masing2 punya pandangan.. Terpulang pada diri masing-masing. Nak, amek…taknak, takyah amek…Isu ASB ni, susah nak cakap sebab masing-masing ada kepentingan. Hanya orang yang ada beli ASB saja yang akan xsuka artikel macam ni…

    So, sendiri fikir…Ada orang ,dah tahu..terus tinggal.Ada orang plak, bila tahu, banyak plak nak cari cara nak backup..

    Post ReplyPost Reply
  20. #20 cepol
    December 6th, 2009 at 6:58 am

    :wink: salam,
    ape2 pun sume terpulang pada individu ,pendapat tak semestinya betul.untuk orang dah buat od dengan cara konv.
    mungkin tak perasan dan tak tahu kdg2 tentang perkara ni.sebab ada yang buat OD sebab dah tersepit dengan kehidupan yang tak terurus.jadi tak terfikir tentang per ni.So kalau dah tahu ada alternatif niat kan dalam hati untk bertukar kpd yang betul.kita tak leh hukum sesaper dalam hal ni.islam ni indah,Penciptaan yang MAHA sempurna,
    Maha pengampun pun DIA.Kadang2 kita nak jalan yang lurus,tapi ujian datang membuat kita bengkok.Pandang hadapan bangun semula.Teruskan menelurusi jalan yang lurus tu.
    ekonomi umat dalam bahaya,satu kan hati lapangkan dada semua kita nak ke jalan yang sama yang maner terbabas sedikit tarik dengan hikmah,jgn kita mengatakan INI HARAM,
    ITU BOLEH ,INI TIDAK.
    Perjalanan masih panjang,perjuangan belum selesai kita umat Daie,peyambung Surah,Sirah dan Sarirah.
    Berdoa untuk KESATUAN UMAT SELURUH DUNIA & KEKUATAN EKONOMI UMAT.
    Amin.

    Post ReplyPost Reply
  21. #21 naem
    December 11th, 2009 at 9:51 am

    thanks bro cepol..betul2…kita sama-sama membantu membina ekonomi yang bersih dan berdaya saing..

    Post ReplyPost Reply
  22. #22 Wida
    February 25th, 2010 at 8:47 am

    Salam semua

    Kalau nak download OD Tracker – tool untuk manage OD dan interest.. silalah melawat ke blog saya.. EmasdanTanah.com

    Wida
    http://www.emasdantanah.com
    Nota pelaburan emas dan hartanah

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: