Kisah Saya Gadai Emas 999.99 di Bank Rakyat
-
Salam hormat,
Ini cerita Isnin lepas, sewaktu saya nekad untuk mencuba kaedah pajak gadai Arrahnu dalam pelaburan emas. Saya selalu mengunjungi laman blog & forum en syukor JutawanEmas ( Blog yang sangat banyak informasi tentang pelaburan emas ). Itu le kali pertama saya mula menjejak alam pajak gadai ni. Hehehe.. Orang dulu gadai emas sebab terdesak, tapi trend zaman sekarang , pajak gadai pun termasuk dalam kategori triks pelaburan emas.
Ok, biar anda dengar apa yang nak ceritakan ni.

Saya ada simpan emas 70 gram 999.99 (24k ) yang saya beli dari Agen Public Gold ( beli dari pokli 50 gram , dari fauzan 20 gram ). Seronok pegang emas ni. Tak sangka pula ada feel menarik. Selain dari emas 999 ( gold bar/wafer ), agen Public Gold ni ada jual emas dinar juga. Hoho..so, anda pun boleh mula memegang emas dalam bentuk dinar macam ni. Kemudian, saya terfikir apa yang best nya dengan pajak gadai ni. Pajak gadai emas ni hanya melibatkan emas fizikal saja tau. Emas seperti yang tertera dalam akaun simpanan Maybank & Public Bank tu memang tak boleh buat pajak gadai. Itu emas nombor saja. Nak fizikal, kena la tanya pegawai bank kat sana.
Dengan berbekalkan emas 70 gram tadi, saya terus pergi ke Bank Rakyat Jalan Tangsi. Bank ini dekat dengan ofis saya. Senang kalau nak pergi bayar upah simpan atau “ambil barang ” kembali. Lebih kurang jam 11.30 pagi, saya pergi ke kaunter. Saya tanya staff tu tentang Arrahnu.
Saya : Assalamualaikum. Puan, camner saya nak berurusan dengan skim Arrahnu
Staff : ( tak dengar saya bagi salam rasanya ). En, nak “ambil barang” ke atau nak “masuk barang”
( fuuuhh..main barang-barang la ek )
Saya : Nak masuk ( nak gadai le tu ).
Staff tu pun bagi saya nombor giliran dan minta tunggu sekejap. Ada sorang customer kat kaunter dalaman sedang berurusan. Dalam 20 minit kemudian, giliran saya tiba. Jadi apa lagi, terus le saya masuk ke kaunter dalam untuk berurusan.Staff di dalam tu pun pompuan jugak. Alahai , Bank Rakyat ni ramai pompuan jugak le nampaknya. Saya pun dengan sedikit ilmu dari jutawanemas.com, maklumkan yang saya nak gadai emas. Saya bagi le :
- IC
- Emas 70 gram ( 20grm+50grm )
- sijil emas ( emas pg punya )
Staff tu minta resit dari saya. So, saya cakap la saya mana ada resit. Saya beli macam tu je. Takde resit pun. Cuma ada sijil dan no siri tu “match” dengan apa yang ada di sijil. Ok lah, dia pun terus mengisi nama saya dan mula memegang emas yang saya bagi tu. Dengan gaya ala-ala macho, staff tu pun terus ambil emas 50grm saya dan ditimbangnya. Kemudian emas 20gram plak. Opppss..terlupa nak cakap, selepas timbang, dia masukkan dalam satu cecair..Macam air mineral je..Rupa2nya itu untuk uji purity ( ketulenan ) emas.
Dari apa yang berlaku waktu tu, saya dapati :
- Emas 50 gram PG terkurang ukuran timbangan ( 49.96gram je )
- Nilai kedua-dua emas tadi ialah emas 950 ( bukannya 999.99 )
Wahhh!!!
Mana le saya tahu tentang emas 950 ni. Tak pernah dengar pun. Pura-pura tak terkejut, saya pun tanya, selalu ke kes jadi macam ni. Dia cakap, haa aah…biasa berlaku. Itu normal la dia cakap. Katanya emas PG tu ada banyak ukiran sangat, so sedikit sebanyak menyusahkan mesin timbang tu nak menguji ketulenan. OOOOOhhhh..saya main angguk je le. Kurang saiz timbangan tu mungkin sebab ada calar-calar. Lagipun udara KL ni bukan bagus sangat. Kalau lebih-lebih asid kat udara ni, mesti ada efek pada emas saya yang dah dibogelkan tu. Tak kisah sangat pun saya sebab :
- nilai Emas 999.99 waktu tu ialah RM123.64 /gram ( lebih tinggi dari harga pasaran )
- nilai Emas 950.00 waktu tu ialah RM117.xx/gram ( lebih kurang nilai dengan emas 999.99 PG )
- Emas PG walaupun calar balar, nanti boleh jual balik pada agen diorang. So, takde istilah emas terpakai bagi PG ni..hehe
Seterusnya, saya tanya pula samada emas yang saya gadai tersebut boleh di buat dua sijil gadaian. Almaklum le dapat tips dari forum jutawan emas, katanya emas tu jangan pajak atas satu sijil. Nanti kalau tak dapat bayar, susah nak tebus.Silap aribulan, kena lelong. Saya pun minta la staff tu buat 2 sijil. Nak tau apa dia cakap? Hurmmmm…
Staff : Tak boleh en. Kitorang hanya akan buat 2 sijil dalam 9 barang sahaja. Maksudnya 9 barang, 1 sijil. 9 barang seterusnya , 1 sijil lain pulak. Nak jimat kos…
Hohoho..saya pun tersenyum bodoh. Memang le..sebab saya ni bukannya tahu apa pun. Saya pun setuju je le. Jadi saya diminta isi borang buat kali pertama sebab data saya belum ada di Bank Rakyat. Ini dia sijil gadaian ( resit ) bank rakyat tu .


Opppsss….cerita belum habis. Cerita ni ada part seterusnya. Bahagian yang akan saya ceritakan bagaimana pajak gadai ni boleh menjadi satu teknik pelaburan emas yang best. Yang tak pernah pun saya terfikir. Oh ya…Cerita seterusnya saya letak klu bergambar di bawah. Nantikan ye artikel seterusnya dari saya. hehehe

ps: Seperti luar dari biasa, saya perlu kan komen, idea, pandangan anda supaya takde le saya syok sorang-sorang menulis. Sebagai imbuhan, saya akan berika RM5/orang untuk 6 orang yang bertuah komen di dalam artikel ini. Nak tak ?
pss: Jika anda belum faham tentang pelaburan & permainan emas ini, saya sarankan anda mendapatkan panduan Rahsia Emas ini sebelum terlewat. Ia sesuatu yang amat menarik. Ditulis bersama oleh en Syukor ( admin jutawanemas.com ) Sebagai bantuan subsidi, anda miliki saja panduan ini dari saya dan saya akan bagi rebate harga RM30. Nak ?



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






July 15th, 2009 at 12:25 am
Tahniah atas review yang sdr berikan.
Saya berkira2 nak dapatkannya juga. Tetapi masih mencari maklumat yang boleh memberikan panduan, teknik dan prosedur untuk memilikinya. Dalam apa2 hal, kita perlukan mentor (nak ajar cara), sistem dan ilmu.
Wajar seorang menggunakan sistem ini(tapi tak ada duit mcm mana nak beli ek..). Pertamanya ia perlukan wang untuk beli… tapi kalau beli lepas tu terus nak gadai tak ada implikasi ke?
July 15th, 2009 at 1:41 am
Saya memang dah lama berminat lam pelaburan emas ni. Sebenarnya tok nenek kita dulu dah melabur lebih awal…..sebab tu emas dorang bersusun…..Leh gadai katanya…..Tapi kali ni ada sikit teknik advance dgn guna emas ni…..Tapi duit plak takdo nak beli emas….
July 15th, 2009 at 2:24 am
wahhh..saya mmg teruja membaca review yg diberikan naim..
pelaburan emas ni sesuatu yg baru diceritakan di internet so sy harap naim xkeberatan utk ceritakan lebih lanjut..
sy harap naim dpt ceritakan ttg
- prosedur2 nya sampai habis..hehe
- memandangkan kebanyakkan org bkn kaya raya, apakah plan yg sesuai utk kami
- keuntungan yg diperolehi dgn setiap gadaian
- tips2 utk mengelakkan dr ditipu dlm bidang ini..
tq
July 15th, 2009 at 4:59 am
de la tahu serba sedikit.. tapi modal besar…
July 16th, 2009 at 10:44 am
Emas ni,harganya tak tetap ikut pasaran dan masa,waktu harga rendah kita beli,harap-harap harga naik baru nak jual.Apa dah jadi nge duit mas dinar .Nak jual takut lugi banyok
July 16th, 2009 at 12:55 pm
Saya rasa ramai yang mula sedar tentang “lubuk duit” lama tapi baru (lama sebab dah diaplikasikan dari dulu, baru sebab baru sekarang sedar peluang ni).
saya ni pun salah seorang yang boleh dikategorikan dalam golongan tuh… dan saya rasa bertuah sebab belum terlambat lagi nak ceburi peluang buat duit ngan emas ni, sebab masih lagi pelajar, dan insyaallah mula tahun depan barulah dikategorikan sebagai golongna pekerja. sekarang ini, sedang cari ilmu berkaitan pengurusan kewangan dan menjana keuntungan… target jelas, bila bersara, hidup dah senang dan tak mengharap pada orang lain… nak jadi macam bapak aku yang rileks je n tenang lalui hidup di zaman usia tua.
n pada bro naem, jangan lupa sambung kisah “perjalanan emas” nih…sebab perkongsian pengalaman sebenar ni, jarang orang kongsikan… ada bezalah, sebab bila satu perkara di jelaskan dalam bentuk pengalaman, kita boleh lihat dari pelbagai sudut,baik,buruk,kebaikan,kelemahan, masalah dan sebagainya. kalau boleh, teruskan dengan cerita yang jelas apa yang berlaku ketika bro lakukan satu perkara. sebab apa yang aku nilaikan, bro jenis yang suka citer berdasarkan pengalaman, so, its more value berbanding just theory jer
tak sabar nak baca kisah seterusnya. bro start la malam ni sambung citer kalau boleh..hehehe..
July 16th, 2009 at 6:35 pm
salam…sy jz nk tnyer je..
brape modal minimum nk start bisnes ni??
sy ni mseh student lg..so nk taw ad bajet x nk join hehehe
July 17th, 2009 at 12:15 pm
tq bro…sy nk mntk pndpt sket..sy dah beli buku psl rahsia emas dan modal pn ad la dlm 4k..sy ckp brmnt bab GIA yg ad dlm bku tu..sy pn da cek ad raungan forum kt jutawanemas.com yg bncgkn psl prediction harge emas..sy nk mntk pndpt ok x klu sy join GIA ni..maybe bro ad pnglmn + info boleh share k..
July 17th, 2009 at 1:46 pm
Salam
kepada sesiapa yang belajar rempit OD & Emas pokli ada share simulasi dlm blog……tu sbg TOOLS utk berjaya jer……mmg ada risiko…..dan kalau berminat nak ceburi ilu hartanah geng2 pokli PMC group ada share knowlegde….nak beli emas dgn pokli pun boleh jugak….
Thanks Naem
Ingat Emas Ingat Pokli
Admin
http://pokli77.blogspot.com
July 18th, 2009 at 1:05 pm
nk tnye..bese bli emas camne? emas kijang k dinar
July 18th, 2009 at 2:40 pm
salam.. tahniah Naem sebab dah dapat pengalaman baru… dan tahniah sekali lagi sebab berkongsi pengalaman dengan pembaca blog nie..
semoga ilmu yang dikongsi ini memberikan keberkatan kepada semua
syukor
Admin
Jutawanemas.com
July 19th, 2009 at 10:50 am
Slm Naem tahniah coz dah bjinak2 ngan gold investment nie,sbnrnye klu psl pajak kat arrahnu BR,lain cwgn lain prosedurnye,bkn xleh wat 2 resit tp staff tu yg mls nak lyn sbnrnye,BR cwgn Kajang lain lak cg. ada ? staff diorag masa nak pjk wafer 20gm…mmg diaorg x kira 999.9 tp 950 coz amik jln tgh jer….cgiera senior mber jutawanemas.com
July 19th, 2009 at 3:51 pm
Gigi emas, rantai emas, gelang emas dan pelbagai lagi mengenai emas.
pasal gigi emas semasa pergi kahwin2 pak saudara.keluarga isteri semua orang kaya2.
itu lah pertama kali saya tengok mak cik gigi emas.
naim emas dinar kalau bijak melabur.ke tempa yang sebenar untung milik kita.kalau buat pinjam/hutang pakai emas orang lain kita tidak dapat apa2.
sebab duit pun pinjam.tidak sesuai untuk melabur.
July 20th, 2009 at 12:08 am
ari tu pegi bank rakyat utk pajak dinar emas 10dinar. punya la pegawai tu pelik tgk dinar emas sampai satu bank ditunjuknya. pastu berkeras nakkan resit, kalau x takleh pajak. last2 pegi agro bank, rileks je diorang ambik just guna sijil yg ada
July 20th, 2009 at 2:26 am
saya pernah jugaklah join forum jutawan emas, baca komen dan tips kat sana..tapi bila difikir2 kan modalnya besar kira ribu-ribulah kalau nak beli emas ni. setalat ni belum cukup modal lah nak jinak2 kat bidang emas ni. buat yang ada banyak emas tu yang simpan aje jgn lupa zakat harta bila cukup haulnya.
July 20th, 2009 at 4:27 pm
Saya kena buat keputusan 6 komen yang patut di bagi hadiah…
Ok ini keputusannya :
1) saudara Zulkhayr ( beliau kongsi pengalaman di Agro )
2) sdr Cgiera ( belia kongsi pengalaman pajak juga )
3) sdr ZaidiRazali ( komentar setia, isi yang bagus memotivasikan saya)
4) Udin9968 ( sebab komen awal )
5) Yed2 ( turut serta komen lebih dari sekali )
6) Yahsafi ( ntah..tapi saya cukup senang hati nak hadiahkan RM5 )
InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan hubungi semua individu yang saya nyatakan..
Dalam artikel seterusnya, komen dan hadiah ni akan diteruskan lagi..Nantikan artikel seterusnya
July 23rd, 2009 at 2:09 am
Salam…terima kasih kerana kongsi pengalaman pasal emas ni…..saya beli buku under tuan admin….camner rebat tu…
wadiefx@yahoo.com
July 23rd, 2009 at 4:04 am
ada lagi tak rebet rm30 jika saya beli ebook rahsiaemas dari link saudara?
tolong email kepada saya.
July 23rd, 2009 at 5:12 am
Andaikata emas turun, usd naik tapi RM pulak ikut sekali turun so eloklar invest dulu kat USD masa emas tengah naik then bila emas turun, convert USD ke RM sebelum beli emas. Ok tak idea ni?
July 25th, 2009 at 8:39 pm
Saya juga ada pengalaman memajak 10 keping Dinar Kelantan dengan Bank Rakyat cawangan Petaling Jaya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, disudut purity dan timbangannya tepat 42.5gram. Harap2 dinar tidak mudah tercalar disebabkan penyepit besi yang digunakan kerana dinar adalah dari emas 916 atau emas 22K yang mana sifatnya lebih keras dari emas tulin 999 atau emas 24K.
Pajakan itu dibuat semasa harga emas turun sedikit lebih kurang 5 minggu yang lepas, hasil dari pajakan itu saya gunakan untuk membeli Public Gold pula – tambah pelaburan semasa harga rendah.
July 28th, 2009 at 1:24 am
terima kasih naim,
RM5 saya dah terima.
July 31st, 2009 at 5:04 pm
Assalamualaikum,
Saya baru beli ebook rahsia emas melalui link Naim. Kalau masih ada lg tawaran rebate tu, boleh tak maklumkan kat saya alamat email untuk kemukakan bukti pembelian.
Sekian, terima kasih.
August 1st, 2009 at 9:51 am
Sama-sama Naim. Nanti saya hantar bukti pembelian melalui ruangan hubungi di blog ini.
September 28th, 2009 at 4:37 am
Tolong email. saya nak beli la
October 8th, 2009 at 12:52 am
Assalammualaikum,
Sy berminat utk membeli ebook melalui saudara. Blh tlg emailkan sy cara2nya….TQ
October 9th, 2009 at 6:03 am
langkah pertama cari duit yang cukup utk bli emas,jgn pinjm duit bank.lepas tu fikir cara nak labur,jgn hanya berminat saja,minat tanpa duit buang masa saja.
October 28th, 2009 at 8:46 am
cerita aku gadai emas pg di bank rakyat http://emaskini.com/2009/10/cerita-first-time-gadai-jonkong-emasdinar-di-bank-rakyat/
October 31st, 2009 at 8:21 am
salam
thumbs up!!
nice try bro…
itulah namanya bila kita dah tahu, kita aplikasikan.
at least bro dah tahu & bro try…cayalah bro..
November 3rd, 2009 at 1:51 pm
wslm…
thanks..sama-sama…
December 3rd, 2009 at 5:28 pm
Salam,
En. Naem..
Saya berminat nak blaja melabur dalam pelaburan emas..
sebelum ni saya ada juga buat pelaburan tapi bukan dalam emas.Kalau saya nak beli emas dan buat pelaburan..kt mana patut saya beli dan simpan emas tersebut?
kedua..emas yang saya lebur tu boleh ke dijual bila2 masa
asalkan dapat membuat keuntungan? ada x tempoh dari tarikh beli/pelaburan sehingga dijual balik? nak jual pulak pada siapa yang sebaiknya….Tq.
December 28th, 2009 at 1:20 am
Bab Gadai kat Bank Rakyat ni aku dah serik…
1. Ambil masa paling cepat setengah jam.
2. Nilaian yang diberi cuma 60% daripada harga semasa…harga dia sendiri pulak tu…
3. Pegawai dia banyak songeh…emas lompong x leh solid aje yang bole. Pada hal yang lompong tula…3/4 kali masuk kat Arahnu Bank Rakyat…(terutama kat BRSG) hampeh….
December 28th, 2009 at 11:01 am
En zulkifli, wslm..
Emas ni boleh dibeli dlm bentuk fizikal atau hanya digital. Saya lebih prefer fizikal. Utk fizikal emas ni, boleh dpt dlm bentuk bar atau kepingan. Antara yang famous ialah syiling kijang emas. Untuk makluman lebih lanjut ,saya sarankan en zul dapatkan info dr jutawan emas ataupun dapatkan panduanemas yag dijual.
En Azmi, hehehe…x dapat nak dinafikan. Cuma kalau gadai kali ke 2, boleh dpt 70% ..
December 29th, 2009 at 1:37 am
Salam En naim,saya pun baru habis baca ebook nie tapi stil kurang faham… tima kasih banyak2lah kat en naim coz sudi kongsi pengalaman dgn kitaorng.Saya tau pasal emas nie pun pasal suami gi seminar DR Azizan pastu jumpa laman Jutawanemas tu…Skang nie dah tak sabar2 nak beli emas fizikal tp ASB tak leh kluar plak
Insyallah awal tahun nie terus beli..
December 30th, 2009 at 11:05 am
Wslm…sama2…Xsalah saya ASB punya boleh on balik dalam 4hb nanti.
Selamat melabur dengan bijaksana
April 24th, 2010 at 7:00 am
rebate ade lagi ke?
April 26th, 2010 at 8:27 am
Ada lagi en ridhwan..ikut step yang saya sarankan di atas
June 10th, 2010 at 1:10 am
Salam,
saya sdg study tentang pelaburan emas ini. Terima kasih krn memberikan input yg berguna kpd sy yg buta tentang caranya. Saya ada emas 916 yg selama ini sy beli utk perhiasan. Boleh tak ianya saya gunakan utk memulakan pelaburan dan jika boleh, bagaimana caranya? Harap dpt penjelasan drp sdr. Nak pakai pun takut kena ragut dsbnya.
June 11th, 2010 at 4:33 pm
wslm,
Emas selagi disimpan, dipakai, akan naik nilai dalam jangka masa panjang. Lagipun emas tu boleh lah dianggap sebagai insurans kewangan diri. Kebiasaannya pulangan emas setiap tahun antara 25% hingga 30% setahun.
Katakan saya beli emas 1oz hari ini :
harga hari ini : RM4000
harga 1 tahun akan dtg ( jangkaan naik 25%): RM5000
harga 2 tahun ( (25% x RM5000)+RM5000 ) : RM6250
sehinggalah tahun2 berikutnya.
inilah yang dimaksudkan dengan pelaburan. Selain hartanah, emas adalah pelaburan yang paling kurang risiko dan jangkaan pulangan yang stabil dan lumayan
October 7th, 2010 at 10:28 am
camtu nak pujuk husband suh beli emas banyak2…untuk simpanan mase depan..mueheheh
October 13th, 2010 at 12:42 am
Jgn beli sampai ikat perut
November 9th, 2010 at 5:13 am
askun….sya hendak tenya pasal barang kemas saya,saya ada buat pejaman duit kt bank rakyat RM6276.000..tapi saya ada buat pebayaran bulanan RM100 dalam bank,tapi bela surat bank datang.saya cek belik dalam surat 2 x ada perubahan pun yang nata saya ada bayar masiah RM6276.00 lagi!!!nei yang saya hendak tenya pada tun?? harap malum…
November 11th, 2010 at 2:14 am
Wslm. Cuba cek semula surat perjanjian tu. Amaun yang dipinjam, amaun caj yang perlu dibayar. Amaun yg dipinjam xkan berkurangan selagi xdilangsaikn sekaligus. Caj amaun simpanan pula boleh dibayar sekaligus pd setiap 6 bulan ataupun setiap bulan.
Pada pemahaman saya, amaun rm100 yg puan bayar tu boleh jadi caj upah simpan. Bukannya amaun pinjaman
Harap membanti
November 19th, 2010 at 3:30 am
maknanya selma ni saya bayar bukan untuk kurangkan perbayar..!!sekiranya selagi sya x dapt sekaligus selagi 2 hutang sya tetap macam 2 jua ke!!!!….sekeranya sya x dapt bayar sekaliguskan mcm mna ya??sya x ada duit hendak bayar sekaligus? boleh tun bagi perdapat macam mana sya hdk kurangkan hutang sya ya….sya x thu hdk wt mna lg….
November 26th, 2010 at 3:32 pm
Kalau macam tu, puan kena mula menyimpan untuk buat bayaran lump sump emas yang digadai tu. Bayaran upah simpan tu boleh dibayar bulan2 atau setiap 6 bulan sekali. Gagal membayar upah simpan boleh menyebabkan emas gadaian tu di lelong. Jadi sementara mengumpul modal utk tebus semula nilai pokok yang dipinjam, puan perlu membayar upah simpan mengikut masa yang ditetapkan
December 15th, 2010 at 3:16 am
ok…sya hendak thu macam mana buat bayaran bulan2an berpe sebulan saya boleh buat…dan juga setiap 6 bulan pulak macam mana…upahnya pula macam mana? saya kalau boleh hendak ambil barang saya balik..sbb 2 la saya buat bayar tiap-tiap bulan..
January 3rd, 2011 at 12:17 pm
npe x balas mcj yang sya kerim kat blog ni? cuma sy hendak tahu berpe yang sya boleh bayar bulanan….upahnya juga berpe sya kena bayar dan 6 bulan sekali kena berpe pulak…sebat sya penah kena bayar rm500 lebah disebatkan sya x buat bayaran 6 bulan??sejak 2 sya pon terus buat bayaran bulanan sekarang..tiba2 sya dapat tahu bawa selama ni yang sya buat bayaran cuma duit bunga!sya harap tun dapat maklumkan..
May 15th, 2011 at 3:10 pm
salam..
en.naem, 1st time bukak web ni terus minat nk melabur dalam emas.baca komen dan pendapat dlm entry ni pun dh dapat sikit sebanyak ilmu..hebat sungguh kuasa EMAS!
saya nak mintak kata-kata motivasi darpada sdra bila kita join pelaburan emas ni..
July 4th, 2011 at 4:07 am
salam nak tye cmner nak bt pelaburan emas ini
August 7th, 2011 at 6:51 am
sy amat tertarik dgn pelaburan emas ni.. but, tak tau mcm mana nak start?? can u guide me bro?? heee…
August 16th, 2011 at 8:15 am
Salam, pengalaman saya dalam pelaburan emas memang menguntungkan tetapi saya ingin tambahkan pengetahuan lebih dalam pelaburan ini. Saya ada 300grm emas dgn hanya sebulan saya dpt keuntungan rm5200. tp saya perlu tmbahkan ilmu pelaburan emas, jumlah pinjaman yang akan meningkat dan mcm ne nak elak risiko dripada kerugiaan
September 6th, 2011 at 9:02 am
salam…umie,sy baru nk berjinak dengan pelaburan emas…buleh tunjuk ajar serba sedikit