Teknik Gadai Emas MeRUGIkan Jika…
-
Salam hormat semua,
Dalam artikel kali ini, saya masih ingin bercerita tentang emas. Artikel ini kiranya artikel sambungan dari siri sebelumnya ” Kisah Saya Gadai Emas 999.99 di Bank Rakyat “. Di bawah ialah fakta-fakta penting kisah saya gadai emas
:- Saya Gadai Emas 70gram di Bank Rakyat . Nilai yang ditentukan ialah 69.96 gram sahaja
- Nilai Marhun ( nilai emas ) ialah RM 8198.61
- Nilai gadaian ( 65% ) ialah RM5320
- Upah simpan ( RM0.75 x Nilai Marhun/100 ) ialah RM371.97
- Tempoh pinjaman ialah 6 bulan ( kalau nak sambung, kena bayar upah simpan ).
Ok..saya pada masa tersebut ada RM 5320 di dalam tangan. Amaun tersebut takde le banyak pun cuma memang tak muat le nak masukkan dalam dompet saya. Kalau emas, emas 100 gram ( 20gram x 5 ketul) pun muat. Ini lecehnya duit ni. Banyak sikit je , dah takleh nak bawa. Kena pakai kad hutang ( kad kredit ) sebagai ganti.
Apa perancangan saya masa tu ? Hurrrmmm..Dalam kepala otak saya, saya nak beli lagi emas. Oleh sebab duit tunai cuma RM 5320, saya tak dapat beli emas lebih dari 60 gram. So, saya bahagikan kepada 2 kegunaan. 1 saya guna sikit dan sebahagiannya saya beli emas lagi. Ini cara saya yang saya buat :
- Beli emas 40 gram ( 20 gram x 2 ketul ) pada harga RM 4530 . Seketul bersamaan RM 2555 tak termasuk delivery cost . Saya beli emas PG
- Baki lebihan tunai saya guna untuk beli laptop Compaq CQ40 untuk adik saya di universiti
Part nak beli emas tu yang saya nak kongsikan. Kenapa saya buat teknik pajak ni ? Saya cuma ada 2 tujuan saja memajak emas ini iaitu :
- Nak mencuba pengalaman memajak emas
- Nak rempit emas yang dimiliki
Dengan emas 70 gram ( emas bar ), saya kini sudah memiliki tambahan 40 gram lagi emas bar. Jumlah emas yang saya miliki ialah 110 gram emas bar dalam masa yang singkat sahaja. Memang best! sebab boleh rempit…Hehehe…Emas 40 gram yang saya beli pun bukannya pada harga PG sebaliknya saya berjaya berurusan dengan salah seorang penjual emas dan berjaya mendapat harga yang best. Harga PG bagi 1 ketul emas 20gram ketika itu ialah RM 2290 lebih. Sedangkan saya cuma beli pada harga RM 2255 sahaja. Itu yang best tu. Mungkin sebab saya nak beli 2ketul kot, tu dapat diskaun skit. Hahaha.
Kenapa saya beli emas 20 gram ? kenapa tidak 50 gram ataupun 10 dinar atau 10 keping 1 dinar emas? Alasannya mudah, sebab saya nampak spread harga bagi emas 20 gram senang dipantau dan kenaikan harga dapat mencecah harga belian dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, saya telah membeli emas 20gram bar 1 ketul pada awal bulan 5 yang lepas. Harga jualan ketika itu ialah RM 2122 manakala harga belian ( harga yang akan dibeli oleh pengedar emas PG ) ketika itu lebih kurang RM 1996. Kini, harga jualan emas 20gram PG ialah RM 2310-2325 dan harga belian pula sekitar RM 2170 – 2190 . Nampak tak? Kenaikan harga mudah diikuti dan spread ( perbezaan harga antara jual beli ) lebih mudah untuk di atasi. Berbanding emas 50 gram, sehingga hari ini harga beliannya tidak dapat mengatasi harga jualan emas tersebut yang saya beli lebih kurang 2 bulan lalu. Peratusan spread yang lebih kurang sama namun perbezaan harga agak lambat untuk mengatasi harga jualannya yang lalu. Jadual di bawah menggambarkan apa yang ingin saya maksudkan. Saya memang tidak boleh menjual emas 50gram PG tersebut sehingga hari ini kerna harga beliannya masih lagi rendah berbanding harga ketika saya membeli dulu. Kalau jual jugak, rugi le saya.
Masa Gram Harga Jualan Harga Belian Mei 2009 20 2123 1996 Julai 2009 20 2310 2183 Mei 2009 50 5656 5340 Julai 2009 50 5748 5432 Itu berkenaan emas yang saya beli & teori disebaliknya…Ehermmm…Teori ni saya reka je. Takde kena mengena dengan orang lain.

Berkenaan Pajak Gadai & Tekniknya dalam emas ni, saya cuba mencari formula UNTUNG. Bagaimana pajak emas boleh jadi UNTUNG ? Untung yang saya maksudkan ialah pulangan dalam nilai ringgit & kepuasan. Kalau anda perasan dari maklumat saya di atas sekali, anda sudah boleh buat satu pengiraan. Ya…Bagaimana maklumat tadi dianalisa dan diperhatikan keuntungannya. Ok..
Nilai Gadaian ialah 65% daripada nilai marhun. Nilai marhun pula akan di ambilkira bagi menentukan kos upah simpan yang sepatutnya. Ingat! saya dikenakan caj bukan atas nilai gadaian ( RM5320 ) sebaliknya atas nilai marhun ( RM 8198.61 ). So, pada kadar upah simpan RM 371.97 , % kadar upah dalam masa 6 bulan ialah 4.536% ( (RM 371.97/ RM8198.61)*100 ) . Kos upah simpan ini sebenarnya lebih tinggi dari kadar keuntungan pembiayaan peribadi CIMB-Awam i ( 4.99% p.a untuk guru ). Jadi di sini saya telah melakukan 1 kesilapan besar. Saya telah memajakkan emas saya untuk meminjam sejumlah wang dan dikenakan caj simpan yang sangat tinggi untuk tempoh 6 bulan. Jika saya gagal membayar dalam tempoh 6 bulan dan terus memanjangkan tempoh kepada 1 tahun, kos simpan saya akan meningakat kepada 9.07% p.a ( sama kadar macam kadar bungan pinjaman peribadi di OCBC bank ..psst kalau salah tolong perbetulkan ).
Jadi apa yang perlu saya buat ?
Berbalik kepada teori emas yang sentiasa ada turun naik dan kenaikannya lebih mendominasi pasaran. Saya perlu pastikan peratusan kenaikan harga emas dapat menampung kos simpanan dan juga membayar balik nilai pinjaman. Justeru, harga emas yang tepat untuk BREAKEVEN diperlukan. Dalam kes saya ni, mudah sikit sebab emas PG ini boleh dijual semula pada kadar kurang dari 5% nilai emas pasaran. Di bawah adalah pengiraan yang saya lakukan
Entry Point RM8198.61 BreakEven Exit
pointy FORMULA 4.53% = (y-8198.61)/8198.61 4.53%
x 8198.61= (y-8198.61) 371.397033 = y-8198.61 371.97
+ 8198.61= y 8570.007033 = y Entry
Point= 8198.61/69.96 = RM 117.19 Exit
Point= 8570.007 / 69.96 = RM 122.49 *
BreakEven= Harga
emas per gram ialah RM 122.4987Nampak tak?
Entry Point : Harga emas yang diguna pakai Bank Rakyat ketika itu ialah RM 117.19/gram bagi emas 950 ( 22.8 k ). Pada waktu ini saya pajak emas saya.
4.53 % : ini adalah % kadar upah simpan Bank Rakyat bagi tempoh 6 bulan. Kiraan ini berdasarkan emas saya gadai
Breakevent : Titik Pulang Modal. Dalam jadual di atas, memang takde titik graf.
Titik Pulang Modal ni maksudnya jika saya jual balik emas yang saya beli hasil dari gadaian bersamaan nilai gadaian+kos upah simpan pada entry point.Exit Point : Harga emas yang digunapakai Bank Rakyat dalam tempoh 6 bulan mesti sekurang-kurangya RM 122. 49 /gram bagi emas 950 (22.8k) . Exit point yang saya nyatakan di atas hanya pulang modal saja.
Saya perlu pastikan harga emas arRahnu Bank Rakyat pada nilai minimum RM122.4987/gram dalam tempoh 6 bulan ( bulan ke 6 sebenarnya ) untuk mendapat kembali modal saya +kos simpanan. Ketika saya menggadai emas di Bank Rakyat tempoh hari, emas pada purity 950 ialah RM117.19 .
Kira-kira ini perlu diperhalusi lagi dan sepatutnya akan menjadi lebih berguna jika :
- semua nilai gadaian diguna kembali untuk membeli emas. Solusi terbaik ialah dengan membeli emas melalui akaun simpanan di Maybank atau PublicBank
- perlu mengambilkira harga belian emas bersamaan atau lebih dari kadar 4.53% dalam tempoh 6 bulan. Yup…4.53% ialah kadar upah.Jadi anda perlu pastikan % pulangan ( ROI ) melebihi nilai tersebut.
Ehemmm…Teknik ni memang ada kelemahannya. Jadi untuk memastikan ia menguntungkan, anda perlu kenalpasti kelemahan dan cara mengatasinya. Antara kelemahannya ialah :
- Cabaran untuk menjangka harga pasaran tertinggi dan terendah. Yang ini kena belajar dari pakar-pakar forex. Sebab diorang pandai baca analisa teknikal. Saya ? ermm….teringin nak belajar
- Cabaran untuk menanti kenaikan harga emas dan ketika ingin menjualnya pada harga yang menguntungkan. Ini boleh selesai jika kena caranya
- Ia berdasarkan teori dan kiraan semata-mata. Saya belum berpengalaman kerna tersilap langkah. Mungkin next time, saya boleh sesuaikan dengan kiraan saya
Itu saja buat kali ini. Jika anda ada cadangan,soalan , komen membina, jangan malu segan untuk menulis di ruangan komen. Kita lihat siapa pula 10 orang bertuah yang akan dapat RM3 untuk komen menariknya.
ps: 6 pengomen bertuah tempoh hari sedang dihubungi saya. InsyaAllah dalam masa 24 jam dari sekarang,saya akn dapatkan feedback untuk menghantar RM5 setiap sorang. Tahniah !


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






July 24th, 2009 at 11:54 pm
salam broo
teknik ni agak menarik..
saya penah buat dulu.. tapi lain sket..
saya arrahnu kan 4ekor kijang ( nasib baik tmpt sy diterima emas kijang ni).. then dapat duit tuh.. sy masuk rumah lelong.yg mana bagi saya lebih menguntungkan….mmg betul.. lepas sy kire2.. caj yg dikenakan agak tinggi.. lepas 2bulan sy tebus balik..coz pd anggapan sy macam tak berbaloi gadai cara camtu(upah simpan agak tinggi n tak berkadaran dgn kenaikan hara emas-pada masa itu) tapi.. tetibe skrg ni emas naik melambung lak..
so pada pendapat sy.. tempoh 6bulansimpan tuh.. agak cukup masa menunggu kenaikan harga emas..
ni pendapat sy saje la.. kalau salah ..tolong betuikan yer tuan tanah
July 25th, 2009 at 7:49 am
Salam,
Pendapat saya kalau nak pajak, Agro Bank lebih rendah drp BR cuma tempoh pajakan tu singkat berbanding dgn BR.
Untuk personal loan pula sebenarnya kadar 4.99% tu bukanlah 4.99% tetapi kalau dikira betul2 mungkin lebih kurang 8% ke atas, kalau mahir dgn teknik OD adalah lebih rendah daripada teknik di atas.
July 25th, 2009 at 10:28 pm
Salam bro Naem,
Satu artikel yang bagus… pandangan peribadi saya, pajak emas dengan BR sesuai untuk:
- nilai marhun yang kecil
- tempuh pajakan yang singkat (6 bulan)
- nak guna wang segera
- hasil pajakan nak beli emas pada harga terendah
- mereka yang tiada bergaji tetap
Jika nilai marhun yang besar, mungkin tak dapat dilangsaikan dalam tempuh 6 bulan dan ini akan melibatkan kos upah simpan bertambah. Wang diperlukan segera, contohnya nak membeli emas pada harga rendah, dikuatiri harga emas akan meningkat dalam masa sehari dua lagi. Proses untuk mendapatkan pembiayaan peribadi mungkin mengambil masa beberapa hari, berkemungkinan terlepas untuk membeli emas pada harga rendah. Begitu juga dengan mereka yang tidak bergaji tetap, mungkin tidak dapat menikmati pembiayaan peribadi ini.
Jika dibandingkan, Ar-Rahnu Agro Bank menawarkan 3 kategori margin pinjaman dengan upah simpan yang lebih menarik:
- 75% margin pinjaman – upah simpan 0.75/RM100
- 60% margin pinjaman – upah simpan 0.60/RM100
- 50% margin pinjaman – upah simpan 0.50/RM100
Walau bagaimana pun, arrahnu AG juga sesuai untuk nilai marhun yang kecil dan pembayaran dalam tempuh yang singkat.
Untuk amount yang sederhana dan tempuh masa yang agak panjang, pembiayaan peribadi lebih sesuai. Mungkin pembiyaan peribadi ini boleh dibandingkan dengan akaun semasa, yang mana lebih menguntungkan, saya pun nak tau juga.
July 26th, 2009 at 2:44 pm
salam tuan rumah..
saya mula mengikuti blog sedara sejak entry yg lepas..saya baru 2minggu berjinak2 dgn emas ni..apa yg saya namapk ramai lelaki yg suka pelaburan emas ni ye…hehe..
macam saya perempuan, tak minat nak beli bar/coin sbb takleh pakai..tapi bila byk baca, saya try jugakla PG..saya pun ada berkira2 nak pajak kat Agro tapi tula..takut tak dpt nak tebus balik+ nak byr upah simpan..sbb saya ni takpandai nak agak trend harga emas..ke mana harga nya selepas ini..naik ke turun…
personally, saya tak suka pajak2 emas ni..tapi memandangkan gold bar ni takleh pakai, pajak ok jugak utk tambah koleksi atau dpt untung skit..kalau brg kemas, sahih saya tak pajak…pakai baru datang kepuasan.. hihi
July 28th, 2009 at 2:40 am
Huhu … sy tak tahu sgt pasal emas.Tp penah la bawak nenek ke bank nak gi gadai emas.Bank Rakyat.
Dia xmo plak bank lain.Sebab ape yek?
September 24th, 2009 at 6:37 am
Asm.. terima kasih kerana bagi formula nih, sy memang tercari cari macam mana nak kira. TQTQTQ. Boleh tak sy mintak admin improve sket pengiraan tu dalam bentuk table? Satu lagi sy tak faham dari mana angka 69.96 tu datang? Terima kasih daun keladi….
November 7th, 2009 at 7:16 pm
Hi Zaks,
(admin kalo salah tolong betulkan yer)
69.96 tu merujuk kepada berat emas yg ditimbang oleh pihak bank..(admin kan gadai 70gm.. so 69.96gm~70gm )
November 8th, 2009 at 1:27 am
Yup..betul tu…saya dah pergi tebus dah last week..Amek balik emas tu
December 12th, 2009 at 4:07 pm
hai admin,
saya ada persoalan nie..(sgt perlukan jawapan)
bagaimana langkah utama saya nak start investment tuk emas ni?
kalau boleh, reply pada email saya k..TQ
http:buat-duit-lumayan.blogspot.com
December 12th, 2009 at 4:52 pm
cik sofea,jawapannya ialah CARI ILMU tentang pelaburan emas ni terlebih dahulu