Logo Background RSS

Advertisement

Panduan Pemasaran Affiliate Oleh Zamri Nayan

  • Panduan Pemasaran Affiliate Oleh Zamri Nayan

    Salam hormat semua,

    Affiliate bukan perkara asing bagi sesiapa yang pernah menjana pendapatan dari internet. Bahkan ia salah satu sumber utama pendapatan multimillionaire internet seluruh dunia.

    Namun…Biar saya berterus terang, bidang affiliate bukannya mudah.Tak semua orang boleh buat duit dengan internet. Percaya la…Tak semua orang. Hanya orang-orang YANG BERTINDAK SAHAJA yang boleh jana pendapatan di internet. Jika anda, atau sesiapa sahaja yang memang bercita-cita ingin menjana pendapatan affiliate di internet, jangan hanya membaca atau melihat saja. Itu le tips paling penting yang saya dapat hasil dari mendengar audio Pakar Affiliate yang en Zamri Nayan bekalkan.

    Jujur sekali, saya berasa bertuah menerima undangan dari en Zamri untuk sama-sama merancakkan promosi menyebar maklumat berguna kepada masyarakat malaysia lazimnya. Affiliate bukan perkara baru bagi Zamri Nayan. Imej di bawah adalah sedikit gambaran bagaimana dunia affiliate memberi pendapatan lumayan kepada beliau.

    Di dalam siri audio yang saya dapat, ia adalah satu sesi perbualan menyeluruh berkenaan teknik pemasaran dalam dunia Affiliate. Yang lebih bestnya, ia adalah 1 sesi perbualan bersama Patric Chan ( Tokoh Internet Marketer Antarabangsa ). Patric berkongsi begitu banyak input yang rata-ratanya ramai telah ketahui. Namun, saya memang suka kerna minda orang berjaya seperti Patric ini lebih sukakan model bisnes jangka panjang. Bukannya berpaksikan dunia “buat duit” sahaja. Kita mesti ingat, ada perbezaan ketara di antara aktiviti “membina perniagaan internet” dan “membuat duit di internet”. Bunyi macam sama. Tapi asas dan tekniknya memang bergantung kepada matlamat asal seseorang.

    Patric ulaskan, jika anda ingin membina perniagaan internet , anda perlu berfikir lebih dari sekadar membuat duit semata-mata. Itu yang membuatkan saya ralat sehingga kini. Matlamat asal membina perniagaan internet mudah terpesong gara-gara ingin buat duit segera. Itu sikap yang sepatutnya ditangani.

    Baiklah…selain dari intipati penting berkenaan mindset, saya tertarik dengan ulasan Patric berkenaan PPC. Pada beliau, PPC ialah “favourite tool” dalam teknik marketing beliau.

    Bagi beliau, membelanjakan duit di dalam PPC bukan sekadar “buang duit” atau “berbelanja” sebaliknya beliau berfikiran ia adalah aktiviti “buat duit dengan duit”.Susah nak faham maksud ni. Let say, saya mengiklan 1 produk affiliate di internet. Setiap klik iklan, saya di caj oleh pihak Google sebanyak RM0.50 sen. Bagi saya, alahai…kena caj lagi..Buang duit le kalau pengunjung tu tak convert kepada pembeli. Haaaa itu le mindset orang yang hanya fikirkan “spending money is cost” . Sebaliknya apa yang ingin Patric tekankan ialah setiap perbelanjaan untuk promosi melalui PPC ialah aktiviti “let your money make more money”. Faham tak ?

    Ok la…sehingga itu saja penulisan saya kali ini. Untuk makluman pembaca , selepas ini saya akan kurangkan penulisan artikel-artikel yang berbentuk peribadi dan terkeluar dari topik ppc di sini. Semuanya akan saya tulis dan kongsikannya di blog peribadi saya. Blog ini hanya untuk anda dan pelanggan setia saya. Selamat maju jaya…

    Photobucket

    Ini gambar Patric & Zamri Nayan ( pinjam dari blog en zamri le )

    ps: Ingin tahu 1 kisah menarik yang penuh dengan motivasi tentang bagaimana Zamri Nayan memulakan langkah pertama dalam dunia Affiliate dan berjaya menjana komisen affiliate USD$2430.xx ? Ia percuma dan boleh di dapatkan di sini

Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: