Logo Background RSS

Advertisement

Kredit RM200 Adwords : Malaysia SME Stimulus Package

  • Baru -baru ini, Google dengan kerjasama MITI ( Ministry Of International Trade & Industry ) , MMU ( Multimedia University ) dan UTAR ( Universiti Tunku Abdul Rahman ) telah melancarkan SME Stimulus Package yang menawarkan servis percuma membina website dan latihan 1 jam untuk penyelenggaraan website.

    Malaysia SME Stimulus Package

    Akan tetapi, pakej percuma bernilai RM200 tu dah pun ditutup kerana telah mencapai kuota 100 seperti yang ditetapkan. Kini pilihan yang ada hanyalah :

    1. Bayar RM200 untuk web pasang siap oleh MMU & UTAR + latihan 1 jam ( web dibina menggunakan hosting blogger )
    2. Dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords

    atau

    1. Bina sendiri website perniagaan anda
    2. Daftar dan dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords

    Nilai RM200 untuk membina website sebenarnya bukanlah sesuatu yang mahal. Terutama kepada para usahawan dunia Offline. Nilai RM200 tersebut berbaloi untuk “outsource” dan masa yang mesti difokuskan kepada halatuju perniagaan. Cuma bagi sesiapa yang ingin belajar sendiri, saya kongsikan disini sedikit sebanyak kos yang terlibat dalam membina web jualan masing-masing :

    1. Design : Rekabentuk laman web yang unik penting untuk penjenamaan. Kos rekabentuk untuk web jualan mini adalah serendah RM150 sehingga menjangkaui RM1000 .
    2. Hosting + Domain : hosting dan domain juga penting untuk kawalan penuh perniagaan anda. Biasanya pakej hosting dan domain ini boleh didapati serendah RM100 setahun.Boleh rujuk Netkl.com ataupun Exabytes.com

    Itu hanya kos atau pun perbelanjaan asas bagi memiliki sebuah website perniagaan yang berkredibiliti. Untuk pergi lebih jauh, masih ada banyak kos-kos tambahan lain yang hanya perlu diambilkira jika anda benar-benar mahu meluaskan perniagaan melalui dunia online.

    Oh ya, berbalik kepada tawaran Google Adword, apa yang lebih menarik ialah pihak Google menawarkan kredit pengiklanan percuma sebanyak RM200 bagi setiap pendaftaran baru. Ini satu pendekatan terbaik dalam menggalakkan penglibatan SME di Malaysia bergerak lebih jauh terutama dalam bidang dunia pemasaran online.

    Jika anda mempunyai bisnes sendiri, dan ingin mendapatkan kredit percuma ini, inilah peluang terbaik untuk anda. Dengan kredit sebanyak RM200, sesiapapun boleh memulakan siri pembelajaran secara praktikal dalam bidang pemasaran online.

    https://services.google.com/fb/forms/stimulusmy09/

  1. #1 rj
    December 14th, 2009 at 12:42 am

    :cry: Melepas lagi den. Bila lagi ada peluang mcm ni nak ada? 8-O :!: :!: :!:

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: