Mari Beli Domain Murah di GoDaddy
-
Salam hormat semua,
Seperti satu kebetulan, saya sedang menyiapkan 1 siri video berkenaan cara pembelian domain di GoDaddy.com dan aspek-aspek teknikal lain. Namun, saya hadapi masalah dengan Camtasia Studio ( software yang digunakan ) untuk merakam aktiviti-aktiviti tutorial. Lantas saya nekad dan akhirnya saya mengambil jalan akhir untuk meyempurnakan hasrat saya melalui penghasilan 1 lagi manual berbentuk ebook.
+++++++++++++++++++++++++++++++
MARI BELI DOMAIN MURAH ( MBDM )
+++++++++++++++++++++++++++++++
Di dalam manual ringkas setebal 19 mukasurat ini, saya perincikan langkah demi langkah. Ia amat sesuai menjadi rujukan sesiapa sahaja terutama yang masih belum pernah membeli domain dari GoDaddy. Pernah saya dalam satu siri perkongsian membeli domain murah di GoDaddy, kawan saya terpaksa membayar lebih USD$11 untuk domain dot info (.info ) sedangkan saya hanya membayar USD$1.07 sahaja ( $0.89+$0.18 ).Apa yang akan anda dapat dari siri Mari Beli Domain Murah ini ? :
- Anda akan lebih faham dan TIDAK PERLU RISAU TERSILAP LANGKAH membeli. Kesilapan ramai pemula menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih dari yang sepatutnya
- Ia MENJIMATKAN MASA anda. Anda tidak perlu melakukan aksi bahaya “CUBA JAYA” di sini kerana ia telah pun dihasilkan dengan mengambil langkah demi langkah satu persatu.
- Semestinya panduan ini mendedahkan anda cara MENJIMATKAN WANG seperti yang telah saya lalui. Ramai yang berjaya membeli domain dot com (.com ) pada harga USD$0.99 sedangkan harga sepatutnya ialah RM30 dan lebih.
- Anda TIDAK PERLU MEMBAYAR SESEN pun pada saya. Ia percuma . Panduan ini memang percuma dan ia sesuai untuk dipraktikkan. Saya telah tambahkan beberapa input tambahan yang akan melancarkan pembelajaran anda di dalam panduan ini.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
KENAPA SAYA HASILKAN PANDUAN INI?
++++++++++++++++++++++++++++++++++Sebenarnya, hasrat saya ialah untuk membantu salah seorang pembeli produk PPCPercuma bagi mendapatkan emel domain sendiri . Emel domain adalah seperti ini ( admin @ ppcpercuma.com ). Dengan itu anda tidak perlu lagi mendaftar emel di Gmail yang kini lebih ketat pendaftaran mereka. Saya difahamkan kini asesiapa yang membuka emel baru di Gmail perlu verifikasi melalui telefon. Apapun, saya tidak memaksa sesiapa sahaja untuk terus mendaftar di Gmail.
Sehingga kini, saya masih menggunakan perkhidmatan Gmail. Emel domain saya sendiri menggunakan platform Gmail kerana ia mudah dan navigasinya ringkas. Lagipun, melalui emel domain, pendaftaran anda dengan mana-mana produk Google lebih berkredibiliti. Sehingga kini saya telah gunakan emel domain untuk pendaftaran akaun Adwords dan Akaun Adsense.
Jika anda mempunyai sebarang masalah dan kemusykilan berkaitan topik yang saya hasilkan, saya TIDAK GALAKKAN anda survive sorang-sorang. Datang sini dan tinggalkan soalan anda di bawah. Saya akan turut membantu dan menjawap persoalan anda sedaya yang mampu. Jadi , proses melakukan kesilapan setiap pemula dapat disingkatkan.
Ps: Panduan ini amat sesuai diedarkan pada rakan-rakan lain yang memang menginginkan domain sendiri. Anda SANGAT DIGALAKKAN menyebarkannya asalkan tidak menjual panduan ini.
Pss : Saya sedang menyiapkan beberapa lagi siri tutorial dan ada dinyatakan di dalam panduan ini. Jika anda ada cadangan mahupun perlukan saya menghasilkan tutorial tambahan lain, sila lah ajukan permintaan anda disini. Nanti saya usahakan.



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






December 21st, 2009 at 3:44 am
satu panduan yang berguna untuk semua pembaca.
terima kasih.
December 21st, 2009 at 4:08 am
sama-sama..mudah-mudahan membantu dapat membantu orang lain.
December 21st, 2009 at 5:20 am
aku dh download…
terima kasih naem
tahniah,tak lokek ilmu
December 21st, 2009 at 6:55 am
thanx..
December 21st, 2009 at 7:11 am
thx bro..satu panduan yg berguna..
December 21st, 2009 at 7:37 am
Bagus ada report ni.
Tricks dia anda boleh guna VCC nilai $1.20 shj utk offer ni & alamat mesti pakai di Malaysia.
Kalau pakai alamat luar negara memang tak lepas.
discount Code tu hanya boleh pakai utk beli 1 domain shj. Jadi kalau nak beli byk2 domain, kena create account GD yg baru
December 21st, 2009 at 8:06 am
bagus nih…download sekarang juga muhahahaha
December 21st, 2009 at 9:21 am
Sila-sila kan..Jika ada sebarang cadangan untuk penambahbaikan, saya alu-alukan..Mudah-mudahan boleh membantu rakan-rakan yang lain.
December 21st, 2009 at 10:53 am
Tahniah dan Terima Kasih Kepada Sudara Naim, Kini saya sudah memiliki domain name sendiri dengan panduan saudara.
December 21st, 2009 at 1:54 pm
Askum naim terima kasih dgn panduan tersebut. Boleh bantu org2 baru dlm IM utk cut kos.
Sekian,
December 22nd, 2009 at 2:05 am
Terima kasih naem. Dapat la beli domain murah-murah lepas ni.
December 22nd, 2009 at 11:00 am
Tawaran untuk kupon BUYCOM99 tu mungkin akan lupus bila-bila masa. Jadi saya harap jangan limitkan pencarian anda dengan kupon2 diskaun yang lain
December 29th, 2009 at 9:26 pm
bagus. ebook ni aku nak bagi kat sesape yang tanya aku pasal nak beli domain di godaddy. mungkin ini leh bagi diorang penjelasan dengan lebih terperinci. boleh kan naem? nak mintak izin ko ni. aku nak karang panduan, sibuk sket sekarang.
December 30th, 2009 at 11:01 am
xde masalah bro…
Saya dah nyatakan di bahagian bawah artikel tu, boleh je edarkan pada sesiapa yng memerlukan.