I Want Articles : Bayar $0.65 Untuk 1 Artikel BI Yang UNIK
-
Salam hormat semua,
Selain dari pelbagai alasan yang menghalang kita dari menceburi dunia menjana pendapatan online, kemahiran menulis artikel di dalam Bahasa Inggeris adalah penyumbang besar kenapa ramai newbie yang MATI TENGAH JALAN. Adapun otai-otai IM Malaysia diluar sana hanya lebih sukakan pasaran Malaysia kerana faktor ini juga. Begitu jugalah dengan saya. Memiliki kemahiran menulis artikel dalam bahasa antarabangsa ini akan memberikan 1001 kelebihan berbanding orang keramaian. Percaya atau tidak, hampir 99% sumber menjana pendapatan di dunia online ini menggunakan bahasa tersebut.
Namun, hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. Saya begitu optimis dalam bidang ini. Bukan kerana untuk menyedapkan hati sendiri. Tetapi jika ingin memajukan diri, yang pahit mesti ditelan, yang perit mesti ditahan, dan yang susah mesti diselesaikan. Semua bergantung kepada keinginan, matlamat, keazaman dan kesabaran.
Waaahh..banyak juga celoteh saya.Berbalik kepada tajuk yang saya tulis, saya tertarik dengan satu lagi servis baru yang ditawarkan. Servis tersebut ialah servis menulis artikel BI dengan kos yang cukup murah. Kebiasaannya saya terpaksa mendapatkan khidmat penulis-penulis ( freelancer ) di Malaysia yang akan mengenakan caj RM20-RM150 untuk 1 artikel BI yang unik. Kini, saya hanya perlu berbelanja sebanyak RM3-RM7 sahaja untuk 1 artikel yang UNIK.
IWantArticles.com
Selain Microworkers.com, iWantArticles.com adalah satu lagi web yang fungsi seakan sama kedua-duanya. Saya pernah menggunakan servis MicroWorkers.com . Di web tersebut, anda akan diberi pilihan untuk menjadi majikan mahupun pekerja. Begitu juga dengan iWantArticles.com . Konsepnya mudah. Anda buat kerja yang disuruh, anda akan dibayar. Atau sebaliknya, anda mengupah orang untuk lakukan sesuatu kerja, anda akan membayar untuk hasil kerjanya.Dari pengamatan saya, MicroWorkers.com lebih menjadi tumpuan orang-orang dari negara India. Dari 20 kerja yang saya berikan, hampir 85% adalah datangnya dari hasil kerja Rakyat India. Ia bukannya masalah besar, cuma anda perlu berfikir sebelum mengupah apa-apa kerja di sana. Selalunya, kerja-kerja mudah sangat sesuai diberikan di sana.
Begitu juga dengan iWantArticles.com . Sehingga saat saya menulis, saya telah pun selesai mengupah kira-kira 17 orang penulis untuk menulis artikel BI yang unik untuk saya. Jujur saya katakan, ia memang mudah dan kos pun sangat rendah. Cara outsource ini memang cukup sesuai jika anda tidak mempunyai masa yang banyak dan kurang arif dalam kemahiran berbahasa.
Kelebihan iWantArticles.com
Saya pasti web seperti ini tidak mempunyai banyak persaingan. Lagipun servis yang ditawarkan sangat rendah kosnya. Dalam 1 kempen, anda boleh mendapat hasil artikel yang memuaskan. Bahkan jika anda tidak puas hati dengan kerja si penulis, anda boleh membatalkan dan tidak perlu membayar untuk hasil kerja penulis tersebut. Berikut kelebihan-kelebihan yang saya dapati dari servis web tersebut :
- Artikel BI yang tidak diciplak ( lepas COPYSCAPE )
- Artikel BI yang baik dari segi tatabahasa.
- Kos yang rendah ( kadar terendah ialah USD$0.65 untuk artikel 50 patah kata)
- Kadar siap kerja yang cepat ( 24 jam )
- Mudah dan sistematik.
Namun, ia tetap mempunyai kelemahan tersendiri. Anda perlu tahu, tidak semua artikel yang anda inginkan dapat dihasilkan dengan berkualiti. Saya perhatikan, ada sebahagian artikel yang ditulis adalah menggunakan software penulisan. Sungguhpun ia melepasi pemeriksaan ciplak oleh COPYSCAPE.COM , artikel tersebut kelihatan janggal ketika anda membacanya. Solusi mudah ialah saya tidak akan membayar untuk artikel seperti itu.

Tip-tip Untuk Optimasi IWantArticles.com
Yup…Sebenarnya setiap sistem yang dihasilkan tidak akan sempurna sepenuhnya. Jadi, anda boleh menggunakan peluang tersebut untuk mendapat artikel yang baik tanpa perlu berbelanja besar. Seperti saya, saya sangat-sangat tidak memerlukan artikel robot. Jika hasil kerja ialah hasil kerja robot, awal-awal lagi saya akan “reject”. Itu adalah hak anda jika anda adalah majikan di sana.
Untuk memaksimakan penggunaan servis iWantArticles.com, saya akan :
- Menetapkan keperluan saya untuk artikel yang dihasilkan. Jika saya perlukan untuk promosi affiliate melalui newsletter, saya hanya perlu 7-10 artikel sahaja. Kajian mendapati, pengunjung laman web anda akan bertukar menjadi pembeli jika dilakukan follow up berterusan lebih dari 7 kali. Jadi, teknik tersebut boleh diaplikasikan untuk promosi affiliate melalui mailing list.
- Hanya deposit USD$10 setiap kali memerlukan. Anda tidak perlu membuang banyak wang untuk servis seperti ini. Jelas sekali, jika anda inginkan artikel untuk web adsense anda , cukup dengan 8-10 artikel untuk web anda. Apa yang lebih penting ialah promosi.
- Jika ada hasil kerja penulis yang kelihatan menonjol cemerlang, pilih artikel tersebut untuk dijadikan sebagai bahan pemasaran artikel anda nanti. Mungkin ia boleh digunakan untuk EzineArticles.com .
- Manfaatkan COPYSCAPE sepenuhnya. Sungguhpun anda akan mendapati hampir 98% artikel dapat melepasi COPYSCAPE, ada artikel yang diciplak bulat-bulat dan tidak melepasi kawalan ciplak. Saya telah alaminya dan terus terang saya “reject” hasil kerja tersebut.
Bagaimana Untuk Bermula?
Di iWantArticles, anda boleh menjadi seorang :
- Requestor : Seseorang yang memerlukan artikel dan akan membayar untuk hasil tersebut.
- Writer : Seseorang yang menulis artikel dan dibayar.
Cara pendaftaran sungguh mudah sekali. Anda akan melalui :
- Proses pendaftaran. Anda hanya perlu isikan butiran yang diperlukan.
- Requestor : Anda perlu deposit sejumlah wang melalui Paypal untuk memulakan kempen. Anda juga diberikan bonus $6 untuk kempen pertama. Caranya, anda perlu pergi ke bahagian DEPOSIT, dan pilih metode pembayaran yang sesuai. Selepas memasukkan wang ke dalam akaun iWantArticles.com anda, anda perlu ke bahagian MY CAMPAIGN dan pilih START A CAMPAIGN. Di sana, anda perlu meletakkan instruksi yang tepat dengan apa yang anda kehendaki.
- Writer : Tugas anda hanya perlu memilih topik-topik yang sesuai dengan anda. Tulis dan hantarkan.
Kesimpulan
Kemahiran menulis dan berbahasa sangat penting terutama jika anda memilih dunia antarabangsa sebagai medan menjana pendapatan. Meskipun begitu, anda boleh menjimatkan masa dengan menyingkatkan proses demi proses. Setiap proses yang dilalui boleh diagih-agihkan kepada yang pakar. Biarkan mereka buatkan untuk anda kerana anda mempunyai banyak lagi FOKUS yang perlu diutamakan. FOKUS utama ialah BELAJAR. Ketika saya mengupah writer-writer di sana, saya boleh menumpukan segala usaha saya untuk perkara-perkara yang lain .
Selamat mencuba.
Ps : Setiap pendaftaran di iWantArticles.com melalui link yang diberikan, saya akan diberi komisen oleh pihak iWantArticles.com .



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






January 6th, 2010 at 4:50 am
fuh.sebelum ni saya guna microworkers untuk upah orang buat artikel.tp sekarang d tak buat sebab dah 4 kali x lepas copyscape
.susah la mcam ni..nti try i want articles.com
January 6th, 2010 at 7:14 am
terima kasih Naem, info baru ni..
yelah, setahu saya kalo nak dptkn satu artikel tu bukannya murah charge perkhidmatan yg dikenakan..satu hari nanti kot saya nak cuba perkhidmatan ni..insyaAllah..
website tu msh baru lagi kan?
sbb website tu blom ade PR..baru mula kot..
hehe..
January 6th, 2010 at 11:01 am
Hasbulaqill : kalau x lepas copyscape, jgn bayar..
sebenarnya mudah bangat nak buat duit di iwantarticle.com tu. Xperlu pun tulis sendiri, cuma twist sedikit dan dah boleh lepas copyscape.
iwantarticles.com ni dari 1 company yg sama sebenarnya. Artikel yang dihasilkan boleh tahan.
Adenan : yup…cuba saja
January 6th, 2010 at 2:39 pm
Kemahiran mereka benar-benar hebat atau sebaliknya.takutlah kualiti yang kurang memuaskan.apa pun boleh kot cuba untuk blog inggeris yang akan datang.
PS : Lama tak tulis blog.sibuk ke.kerja dekat mana sekarang.bank lagi ke.
January 8th, 2010 at 1:47 am
waa. info yg mnarik..
thanks.. rasenye lps ni nk try la gune iwantarticle ni..
sblm ni gune microworkers..
penah jugak dgr sblm ni psl iwantarticle ni .
tpi wat endah xendah je. lps bace artikel ni baru tau
January 8th, 2010 at 5:31 am
Salam,
sya nak tanya, utk nak buka akaun paypal boleh tak guna kad debit Maybank?
January 8th, 2010 at 10:58 am
Boleh hetty..cuba rujuk blog ini
http://www.wizurai.com/2009/verified-paypal-menggunakan-maybank-debit-card.html
Untuk iWantArticles.com tu, selain dari mengupah orang, sebenarnya boleh jugak kita sertai sbg penulis. X susah sebenarnya nak tulis artikel ni. Gunakan sedikit kepandaian bi + skill guna words+skill manipulasi sistem internet.. InsyaAllah boleh hasilkan artikel yang mantap dan panjang dalm masa 3-4 minit saja
January 14th, 2010 at 12:25 pm
Thanx for the info bro naim.. sekarang ni sy tgh cube nak berjinak-jinak dalam penulisan artikel ni..
January 21st, 2010 at 7:18 am
“skill manipulasi sistem internet” ???
ape tu?? macam ade teknik rahsia ni utk rewrite articles..
harap dikongsikan…