Salam hormat semua,
Alhamdulillah, saya baru sahaja “blast” kan newsletter saya kepada para pelanggan PPCPercuma dan PanduanVCC sebentar tadi. Newsletter yang saya tulis tu ada kaitan dengan tajuk yang saya tulis di atas. Ia berkaitan dengan kupon pengiklanan Facebook. Dengan penghasilan report ini, saya telah berjaya menghasilkan 2 report percuma untuk tahun 2010 setakat ini. Syukur..Harap-harap ia dapat membantu anda serba sedikit tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pemasaran online

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LAPORAN KHAS FACEBOOK ADS COUPON 2010
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Laporan ini hanya mempunyai 22 ms ( MS word ) dan diformatkan dalam bentuk PDF. Di dalamnya, saya perincikan kaedah saya mencari kupon Facebook . Ia juga boleh digunakan untuk lain-lain kupon pengiklanan seperti YSM dan Google Adwords. Kaedahnya mudah cuma masih ramai yang belum tahu tentang teknik carian yang betul dalam internet. Saya menggunakan kaedah carian di Google dan berjaya menemukan sejumlah info baru berkaitan kupon facebook. Justeru, saya ringkaskan dengan perincian langkah demi langkah bagi memudahkan pembaca mengikutinya. Seterusnya, dalam laporan ini juga ditunjukkan langkah-langkah bergambar bagaimana mendaftar akaun diFacebook dan menggunakan fungsi pengaktifan kupon pengiklanan di sana.
Ok..Saya ringkaskan di sini tentang apa yang akan anda dapat setelah membaca panduan ini :
- Anda akan dapati teknik carian yang betul amat berguna dalam internet. Ia umpama mencari maklumat di dalam perpustakaan yang besar. Tanpa kaedah carian yang betul, sesiapapun mampu tersesat dan hampa kerana gagal mencari maklumat yang dikehendaki.
- Ia memang menjimatkan masa anda. Sungguhpun saya tidak meletakkan teknik carian terbaru yang lebih cepat, anda tetap dapat menjimatkan masa mencari maklumat yang dikehendaki
- Ada pihak-pihak tertentu di luar sana yang menjual kupon-kupon yang mereka dapat dari kaedah percuma seperti ini. Justeru, anda boleh menjimatkan wang dengan mencubanya sendiri. Kenapa bayar lebih sedangkan anda boleh dapatkannya secara percuma
Lagipun panduan ini percuma saja untuk anda . - anda akan dapati kefahaman yang lebih mudah kerana semuanya diterangkan melalui gambarajah ( semestinya berwarna ) . Bukankah lebih senang untuk mencuba dengan contoh yang lebih “real”
- anda juga akan mengetahui perkara-perkara pokok yang berkaitan dengan kupon Facebook Ads. Ia penting kerana ramai yang hampa apabila kupon yang mereka cuba dapatkan gagal ditebus dalam akaun facebook mereka.


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini