Logo Background RSS

Advertisement

Kupon Facebook Percuma RM330 & Caranya

  • Salam hormat semua,

    Alhamdulillah, saya baru sahaja “blast” kan newsletter saya kepada para pelanggan PPCPercuma dan PanduanVCC sebentar tadi. Newsletter yang saya tulis tu ada kaitan dengan tajuk yang saya tulis di atas. Ia berkaitan dengan kupon pengiklanan Facebook.  Dengan penghasilan report ini, saya telah berjaya menghasilkan 2 report percuma untuk tahun 2010 setakat ini. Syukur..Harap-harap ia dapat membantu anda serba sedikit tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia pemasaran online

    facebook_logo

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    LAPORAN KHAS FACEBOOK ADS COUPON 2010
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    FacebookAdsLaporan ini hanya mempunyai 22 ms ( MS word ) dan diformatkan dalam bentuk PDF. Di dalamnya, saya perincikan kaedah saya mencari kupon Facebook . Ia juga boleh digunakan untuk lain-lain kupon pengiklanan seperti YSM dan Google Adwords. Kaedahnya mudah cuma masih ramai yang belum tahu tentang teknik carian yang betul dalam internet. Saya menggunakan kaedah carian di Google dan berjaya menemukan sejumlah info baru berkaitan kupon facebook. Justeru, saya ringkaskan dengan perincian langkah demi langkah bagi memudahkan pembaca mengikutinya. Seterusnya, dalam laporan ini juga ditunjukkan langkah-langkah bergambar bagaimana mendaftar akaun diFacebook dan menggunakan fungsi pengaktifan kupon pengiklanan di sana.

    Ok..Saya ringkaskan di sini tentang apa yang akan anda dapat setelah membaca panduan ini :

    • Anda akan dapati teknik carian yang betul amat berguna dalam internet. Ia umpama mencari maklumat di dalam perpustakaan yang besar. Tanpa kaedah carian yang betul, sesiapapun mampu tersesat dan hampa kerana gagal mencari maklumat yang dikehendaki.
    • Ia memang menjimatkan masa anda. Sungguhpun saya tidak meletakkan teknik carian terbaru yang lebih cepat, anda tetap dapat menjimatkan masa mencari maklumat yang dikehendaki
    • Ada pihak-pihak tertentu di luar sana yang menjual kupon-kupon yang mereka dapat dari kaedah percuma seperti ini. Justeru, anda boleh menjimatkan wang dengan mencubanya sendiri. Kenapa bayar lebih sedangkan anda boleh dapatkannya secara percuma :)  Lagipun panduan ini percuma saja untuk anda .
    • anda akan dapati kefahaman yang lebih mudah kerana semuanya diterangkan melalui gambarajah ( semestinya berwarna ) . Bukankah lebih senang untuk mencuba dengan contoh yang lebih “real”
    • anda juga akan mengetahui perkara-perkara pokok yang berkaitan dengan kupon Facebook Ads. Ia penting kerana ramai yang hampa apabila kupon yang mereka cuba dapatkan gagal ditebus dalam akaun facebook mereka.


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++
    KENAPA SAYA HASILKAN PANDUAN INI?
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Setelah meneliti kembali, saya dapati ramai dari pembeli PPCpercuma saya dan juga panduanvcc menghadapi masalah yang sama iaitu maklumat yang ‘outdated” terutama untuk kupon-kupon pengiklanan percuma. Justeru ia menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka-mereka yang telah pun membelanjakan duit untuk produk saya. Lagipun, saya pernah menulis tentang teknik mendapatkan kupon facebook dalam artikel terdahulu dan sehingga kini saya masih menerima pertanyaan tentang cara mendapatkannya. Sungguhpun ini hanyalah support kecil dari saya, saya berharapsaya dapat terus menerus memberikan yang terbaik untuk pelanggan saya pada masa depan.

    Justeru jika anda masih gagal untuk mendapatkan kupon-kupon pengiklanan percuma, datanglah berkunjung ke blog saya ini. Saya akan sentiasa membantu menyediakan maklumat yang percuma sekadar apa yang terdaya.

    Ps: Laporan khas ini hanya diedarkan kepada pelanggan PanduanVCC dan PPCPercuma. Untuk memuatturun, sila rujuk link download di dalam emel yang telah saya hantar.

    PSS: jika anda bukan pelanggan saya tetapi ingin mendapatkan laporan ini, anda boleh menghubungi saya melalui menu “HUBUNGI” di atas.

  1. #1 hasbulaqill
    March 29th, 2010 at 9:40 pm

    nice report bro. :)
    dah tw sebelum ni tapi ada additional knowledge dalam ebook tersebut
    hoho

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 admin
    March 30th, 2010 at 12:49 pm

    sama2 :)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 afifdaud
    June 28th, 2010 at 3:35 pm

    apsal xleh download report tu ek??

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 faris_jayz
    December 20th, 2010 at 1:48 am

    Owh…xde link utk download la bro kt button “Muat Turun Sini” tu…

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!: