Logo Background RSS

Advertisement

naem

  • Kemaskini Link Kupon YSM Untuk PPcpercuma
    By naem on October 30th, 2009 | No Comments Comments

    Salam hormat semua. Di sini saya ingin memaklumkan link-link kupon untuk Yahoo Search Marketing boleh didapatkan melalui thread forum khas. Di sana , saya akan sentiasa update sebarang sumber terbaru berkaitan kupon percuma dari pihak YSM.  Rasional saya berbuat demikian untuk mengemaskini bahan bacaan produk PPCPercuma yang sedikit sebanyak agak ketinggalan. Ruangan khas ini hanya dapat dilihat oleh para pembeli produk PPCPercuma sahaja. Jika anda salah seorang darinya, tapi masih gagal untuk melihat thread tersebut, sila laporkan pada saya. Kebiasaannya kerana ramai dari pembeli saya tidak mendaftar di forum yang disediakan ataupun telah daftar tapi tidak memaklumkan pada saya pendaftaran yang dibuat.

    Untuk rujukan ruangan khas link kupon YSM, sila rujuk link ini

    http://www.ppcpercuma.com/blog/forum/tanya-tentang-ysm-2/link-ysm-free-coupon-terkini-24509/

    Untuk pembeli Produk PPCPercuma yang tidak dapat melihat ruangan khas untuk mereka, sila rujuk link ini untuk semakan status VIP anda. Jika tiada, cepat-cepat maklumkan.

    http://www.ppcpercuma.com/blog/forum/senarai-nama-pembeli-rahsia-ppcpercuma

    Jika anda ingin memberikan sebarang cadangan dan pandangan bernas, sila kongsikan dengan saya di sini agar saya dapat meningkatkan mutu penyampaian saya kepada anda semua.

    Untuk kemaskini -kemaskini yang lain, saya akan maklumkan dari masa ke semasa. Untuk sementara waktu ini, saya mungkin jarang untuk menulis di sini. Saya akan menulis untuk artikel seterusnya pada 6hb ini pula..Hehehe…Ada beberapa mini projek yang dalam pembikinan nak disiapkan.

  • Google Adwords : Cara Maximum CPC & Quality Scor...
    By naem on October 4th, 2009 | 5 Comments5 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    4 hari lepas , saya ada tonton 1 video berkenaan “Understanding Google Adwords”. Video tu memang bagus sebab penerangan yang ringkas dan padat. Dalam video tersebut, Hal Varian ( Google Chief Economies ) menerangkan :

    1. Hubungkait antara pengguna, pengiklan dan Google
    2. Pengenalan kepada asas sistem bidaan iklan program PPC ( Pay Per Click )
    3. Quality Score dalam Adwords dan kepentingannya
    4. 3 bahagian utama Quality Score
    5. Bagaimana Quality Score memberi kesan kepada posisi iklan pengiklan
    6. Menentukan kos CPC ( Cost Per Click )
    7. Contoh pengiraan CPC

    sesiapa yang mempunyai sambungan internet stabil, saya sarankan anda menonton video tersebut di sini. Sebaliknya, anda boleh membaca penerangan saya dibawah sebagai bantuan untuk memahami apa yang ingin Hal Varian sampaikan dibawah ( dia cakap omputih, saya terangkan skit2 le kat bawah supaya anda boleh faham ).

    hal varian introduction to google ads auction

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Hubungkait antara pengguna, pengiklan dan Google

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Fokus utama Google ialah kepuasan pelanggan. Untuk memuaskan pelanggan, Google akan menyediakan servis carian terbaik, iklan yang relevan dan tepat dengan apa yang ingin dicari pengguna. Pengiklan pula ingin memaksimumkan keuntungan dengan memaparkan iklan yang fokus ( yang dicari pengguna sasaran ) dan bukan semborono. Kalau tak, kos iklan pengiklan tentu akan meningkat. Justeru, faedah bersama akan dinikmati pihak pengguna ( carian yang tepat dengan apa yg dikehendaki ) , pihak pengiklan ( menjimatkan kos dan mendapat sasaran pelanggan yang tepat dengan menyediakan iklan yang relevan ) dan pihak Google ( pengguna dan pengiklan yang suka dengan servis baik Google ).

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Pengenalan kepada asas sistem bidaan iklan program PPC ( Pay Per Click)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Secara asasnya , sistem bidaan program PPC berasaskan bidaan harga yang paling tinggi akan mendapat tempat yang teratas. Lihat contoh melalui jadual di bawah :

    basicppc

    • Maximum Bid  = Bidaan maksima untuk kos per klik
    • Price Paid = Harga yang perlu dibayar pengiklan untuk 1 klik

    Dalam jadual di atas, Ali membida iklan dengan maksima bidaan ialah $4. Ali tidak perlu membayar $4 untuk setiap klik yang dijana kan ( kos iklan ) sebaliknya hanya membayar $3 sahaja.  Konsep asasnya ialah bayar nilai maksimum bidaan pengiklan dibawah anda.

    • Kos per klik Ali = Max bidaan Budin
    • Kos per klik Budin = Max bidaan Che Ma
    • Kos per klik Che ma = Max bidaan dollah
    • Dollah ? … kena tengok semula nilai min bid yang dibenarkan.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Quality Score dalam Adwords dan kepentingannya

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Quality score ni macam benchmark Google le. Lain-lain ppc program, lain benchmark nye. So, apa itu Quality yang dimaksudkannya ? Seperti yang Hal Varian terangkan, Google inginkan pengguna mendapat pengalaman yang baik dalam menggunakan servis Google. Sebagai contoh, pengguna membuat carian dengan katakunci “blog ppcpercuma”,  sebaik mungkin pihak Google akan memaparkan segala data yang mereka ada berdasarkan katakunci “blog ppcpercuma”.  Justeru, pengguna berpuashati dengan Google. (more…)

  • Apa Citer Iphone Contest Tempoh Hari ?
    By naem on September 30th, 2009 | 3 Comments3 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Terima kasih atas sokongan semua dalam menjayakan contest Ingin Beli Iphone 3G Dengan RM75 yang saya lancarkan tempoh hari.  Segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sikit-sikit masalah kecil yang telah dan bakal diselesaikan segera.

    Untuk makluman anda semua, TIADA PEMBELI BERTUAH yang dipilih dalam contest tersebut memandangkan :

    1. Cuma 12 orang saja yang turut serta ( saya fikir boleh dapat 100 orang )
    2. Komisen yang diterima tak boleh beli iphone

    Jadi dukacita saya tak dapat nak hadiahkan sesiapapun Iphone untuk contest tersebut. Saya hargai kerjasama 12 orang yang cemerlang tersebut. InsyaAllah saya akan masukkan nama anda -anda yang 12 orang tersebut untuk contest saya seterusnya yang bakal saya adakan nanti.

    Internet Tethering Iphone

    Dalam contest tu nanti, saya pasti boleh dapat 100 orang peserta  dan sudah tentu boleh buat cabutan bertuah sekali lagi

    untuk memenangi SEBUAH IPHONE 3Gs yang memang best gilllleeeeerrrrrrr…

    Oh ya, kepada yang membeli panduankwsp, saya masih belum dapat buat pindahan RM10 rebate kepada saudara Tan sahaja lagi..Yang lain dah setel. En Tan, saya ada sms awak .. Cuba cek..Kalau takde, sms saya untuk hantar no akaun maybank. Saya akan hantar rebate tunai tersebut dengan kadar segera.

    Ok..itu saja. Saya nak tidur dulu. Wimax tak ok malam ni. Ni pun surf internet through internet thetering fuction from my iPhone je.. Best gak…hehehe