Logo Background RSS

Advertisement

Google Adwords

  • Google Certification Program; Pernah Dengar?
    By naem on May 18th, 2010 | 1 Comment1 Comment Comments

    Salam hormat semua,

    Sudah lama saya tak menulis di sini. Hilang momentum sebenarnya. Sekarang masih lagi mencari semangat yang hilang. :) InsyaAllah saya sedang usahakan.

    Sebentar tadi, saya berisar-siar sebentar di dalam laman carian Google. Saya sebenarnya cuba untuk mendalami PPC ( Pay Per Click ) Google Adwords secara lebih mendalam. Rupa-rupanya kini pihak Google ada menyediakan program terbaru yang berkelompok. Google Certification Program.

    googlecertificationprogram

    Saya masih belum membuat tinjauan sepenuhnya. Namun program ini seakan-akan Google Adwords Qualified Individual.  Satu-satunya cara untuk mendapatkan pengiktirafan dari Google ke atas kepakaran pemasaran menggunakan medium pengiklanan mereka. Fuhhh..ayat panjang. Ok lah, saya nak terus membaca lagi. Selamat malam :)

  • Kredit RM200 Adwords : Malaysia SME Stimulus Package
    By naem on December 13th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Baru -baru ini, Google dengan kerjasama MITI ( Ministry Of International Trade & Industry ) , MMU ( Multimedia University ) dan UTAR ( Universiti Tunku Abdul Rahman ) telah melancarkan SME Stimulus Package yang menawarkan servis percuma membina website dan latihan 1 jam untuk penyelenggaraan website.

    Malaysia SME Stimulus Package

    Akan tetapi, pakej percuma bernilai RM200 tu dah pun ditutup kerana telah mencapai kuota 100 seperti yang ditetapkan. Kini pilihan yang ada hanyalah :

    1. Bayar RM200 untuk web pasang siap oleh MMU & UTAR + latihan 1 jam ( web dibina menggunakan hosting blogger )
    2. Dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords

    atau

    1. Bina sendiri website perniagaan anda
    2. Daftar dan dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords

    Nilai RM200 untuk membina website sebenarnya bukanlah sesuatu yang mahal. Terutama kepada para usahawan dunia Offline. Nilai RM200 tersebut berbaloi untuk “outsource” dan masa yang mesti difokuskan kepada halatuju perniagaan. Cuma bagi sesiapa yang ingin belajar sendiri, saya kongsikan disini sedikit sebanyak kos yang terlibat dalam membina web jualan masing-masing :

    1. Design : Rekabentuk laman web yang unik penting untuk penjenamaan. Kos rekabentuk untuk web jualan mini adalah serendah RM150 sehingga menjangkaui RM1000 .
    2. Hosting + Domain : hosting dan domain juga penting untuk kawalan penuh perniagaan anda. Biasanya pakej hosting dan domain ini boleh didapati serendah RM100 setahun.Boleh rujuk Netkl.com ataupun Exabytes.com

    Itu hanya kos atau pun perbelanjaan asas bagi memiliki sebuah website perniagaan yang berkredibiliti. Untuk pergi lebih jauh, masih ada banyak kos-kos tambahan lain yang hanya perlu diambilkira jika anda benar-benar mahu meluaskan perniagaan melalui dunia online. (more…)

  • Google Adwords : Cara Maximum CPC & Quality Scor...
    By naem on October 4th, 2009 | 4 Comments4 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    4 hari lepas , saya ada tonton 1 video berkenaan “Understanding Google Adwords”. Video tu memang bagus sebab penerangan yang ringkas dan padat. Dalam video tersebut, Hal Varian ( Google Chief Economies ) menerangkan :

    1. Hubungkait antara pengguna, pengiklan dan Google
    2. Pengenalan kepada asas sistem bidaan iklan program PPC ( Pay Per Click )
    3. Quality Score dalam Adwords dan kepentingannya
    4. 3 bahagian utama Quality Score
    5. Bagaimana Quality Score memberi kesan kepada posisi iklan pengiklan
    6. Menentukan kos CPC ( Cost Per Click )
    7. Contoh pengiraan CPC

    sesiapa yang mempunyai sambungan internet stabil, saya sarankan anda menonton video tersebut di sini. Sebaliknya, anda boleh membaca penerangan saya dibawah sebagai bantuan untuk memahami apa yang ingin Hal Varian sampaikan dibawah ( dia cakap omputih, saya terangkan skit2 le kat bawah supaya anda boleh faham ).

    hal varian introduction to google ads auction

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Hubungkait antara pengguna, pengiklan dan Google

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Fokus utama Google ialah kepuasan pelanggan. Untuk memuaskan pelanggan, Google akan menyediakan servis carian terbaik, iklan yang relevan dan tepat dengan apa yang ingin dicari pengguna. Pengiklan pula ingin memaksimumkan keuntungan dengan memaparkan iklan yang fokus ( yang dicari pengguna sasaran ) dan bukan semborono. Kalau tak, kos iklan pengiklan tentu akan meningkat. Justeru, faedah bersama akan dinikmati pihak pengguna ( carian yang tepat dengan apa yg dikehendaki ) , pihak pengiklan ( menjimatkan kos dan mendapat sasaran pelanggan yang tepat dengan menyediakan iklan yang relevan ) dan pihak Google ( pengguna dan pengiklan yang suka dengan servis baik Google ).

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Pengenalan kepada asas sistem bidaan iklan program PPC ( Pay Per Click)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Secara asasnya , sistem bidaan program PPC berasaskan bidaan harga yang paling tinggi akan mendapat tempat yang teratas. Lihat contoh melalui jadual di bawah :

    basicppc

    • Maximum Bid  = Bidaan maksima untuk kos per klik
    • Price Paid = Harga yang perlu dibayar pengiklan untuk 1 klik

    Dalam jadual di atas, Ali membida iklan dengan maksima bidaan ialah $4. Ali tidak perlu membayar $4 untuk setiap klik yang dijana kan ( kos iklan ) sebaliknya hanya membayar $3 sahaja.  Konsep asasnya ialah bayar nilai maksimum bidaan pengiklan dibawah anda.

    • Kos per klik Ali = Max bidaan Budin
    • Kos per klik Budin = Max bidaan Che Ma
    • Kos per klik Che ma = Max bidaan dollah
    • Dollah ? … kena tengok semula nilai min bid yang dibenarkan.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Quality Score dalam Adwords dan kepentingannya

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Quality score ni macam benchmark Google le. Lain-lain ppc program, lain benchmark nye. So, apa itu Quality yang dimaksudkannya ? Seperti yang Hal Varian terangkan, Google inginkan pengguna mendapat pengalaman yang baik dalam menggunakan servis Google. Sebagai contoh, pengguna membuat carian dengan katakunci “blog ppcpercuma”,  sebaik mungkin pihak Google akan memaparkan segala data yang mereka ada berdasarkan katakunci “blog ppcpercuma”.  Justeru, pengguna berpuashati dengan Google. (more…)