Erm…Emas ni untuk disimpan atau dilaburkan?
Kalau simpan, “it’s nothing”. Macam tu je.
Kalau labur, mestilah ada pulangan. Tak gitu?
Kalau simpan dan labur, boleh pegang emas dan dapat pulangan. Ini lagi best kan?
Berkali-kali jugak le saya fikirkan tentang hal ni. Buat masa ni, saya baru ada 2 ketul “Gold Bar”. Kali pertama saya beli emas ni dari kawan saya, Fauzan Maaruf ( agen Public Gold kawasan pj,uum ). Saya beli 20 gram. Cadang nak beli 10 Dinar Emas masa tu. Tapi tak jadi. Sebabnya bila kira-kira balik, ada sikit perbezaan harga dan kualiti antara 2 jenis emas ni. Thanks fauzan sebab bagi jalan pada saya. Kalau tak, masih lagi ditakuk lama menyimpan dalam “Fixed Deposit”. Hari ni pulak, saya baru je beli emas ketul 50gram dari abg Pokli. Hehe…1st time jumpa. Semalam jenguk-jenguk di blog, hari ni dah jumpa dan buat transaction. Kelam kelibut jugak le tadi. Saya nak transfer duit baki ke dlm akaun CIMB abg pokli ni, masalahnya plak TAC CIMCBCLICKS ni lembap sungguh. Akhirnya pergi cucuk kat mesin ATM aje le. Ayoyo…banyak pulak masalah tadi. Mujur abg Pokli ni sabar orangnya..Kalau tak, melepas le saya emas 50gram tu.

==============================
Fixed Deposit, ASB, Emas, Unit Trust
==============================
Fixed Deposit atau simpanan tetap ni, boleh bagi pulangan sekitar 2-3% setahun. Caranya masukkan sejumlah wang dalam bank, macam parking kereta la… Bezanya, selepas anda parking, anda tak perlu bayar caj sebaliknya tuan tempat sewa parking tu plak bagi duit. Saya pernah simpan FD di Maybank2u dan CimbClicks. Seronok jugak sebab semuanya berlaku online. Minima RM1000 untuk dapat pulangan setiap 2 bulan atau RM5000 untuk pulangan setiap bulan. Hampir kebanyakan modus operandi bank-bank lain macam ni le. Cuma, kalau anda ada duit berpuluh-puluh ribu, ada peluang nak dapat rate FD sehingga 15% dari plan promosi bank-bank tertentu. (more…)



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini