Logo Background RSS

Advertisement

Meja Admin

  • I Want Articles : Bayar $0.65 Untuk 1 Artikel BI Yang...
    By naem on January 3rd, 2010 | 9 Comments9 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Selain dari pelbagai alasan yang menghalang kita dari menceburi dunia menjana pendapatan online, kemahiran menulis artikel di dalam Bahasa Inggeris adalah penyumbang besar kenapa ramai newbie yang MATI TENGAH JALAN. Adapun otai-otai IM Malaysia diluar sana hanya lebih sukakan pasaran Malaysia kerana faktor ini juga. Begitu jugalah dengan saya. Memiliki kemahiran menulis artikel dalam bahasa antarabangsa ini akan memberikan 1001 kelebihan berbanding orang keramaian. Percaya atau tidak, hampir 99% sumber menjana pendapatan di dunia online ini menggunakan bahasa tersebut.

    Namun, hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. Saya begitu optimis dalam bidang ini. Bukan kerana untuk menyedapkan hati sendiri. Tetapi jika ingin memajukan diri, yang pahit mesti ditelan, yang perit mesti ditahan, dan yang susah mesti diselesaikan. Semua bergantung kepada keinginan, matlamat, keazaman dan kesabaran.

    :) Waaahh..banyak juga celoteh saya.

    Berbalik kepada tajuk yang saya tulis, saya tertarik dengan satu lagi servis baru yang ditawarkan. Servis tersebut ialah servis menulis artikel BI dengan kos yang cukup murah. Kebiasaannya saya terpaksa mendapatkan khidmat penulis-penulis ( freelancer ) di Malaysia yang akan mengenakan caj RM20-RM150 untuk 1 artikel BI yang unik. Kini, saya hanya perlu berbelanja sebanyak RM3-RM7 sahaja untuk 1 artikel yang UNIK.

    IWantArticles.com

    Selain Microworkers.com, iWantArticles.com adalah satu lagi web yang fungsi seakan sama kedua-duanya. Saya pernah menggunakan servis MicroWorkers.com . Di web tersebut, anda akan diberi pilihan untuk menjadi majikan  mahupun pekerja. Begitu juga dengan iWantArticles.com . Konsepnya mudah. Anda buat kerja yang disuruh, anda akan dibayar. Atau sebaliknya, anda mengupah orang untuk lakukan sesuatu kerja, anda akan membayar untuk hasil kerjanya.

    Dari pengamatan saya, MicroWorkers.com lebih menjadi tumpuan orang-orang dari negara India. Dari 20 kerja yang saya berikan, hampir 85% adalah datangnya dari hasil kerja Rakyat India.  Ia bukannya masalah besar, cuma anda perlu berfikir sebelum mengupah apa-apa kerja di sana. Selalunya, kerja-kerja mudah sangat sesuai diberikan di sana.

    Begitu juga dengan iWantArticles.com . Sehingga saat saya menulis, saya telah pun selesai mengupah kira-kira 17 orang penulis untuk menulis artikel BI yang unik untuk saya. Jujur saya katakan, ia memang mudah dan kos pun sangat rendah. Cara outsource ini memang cukup sesuai jika anda tidak mempunyai masa yang banyak dan kurang arif dalam kemahiran berbahasa.

    Kelebihan iWantArticles.com

    Saya pasti web seperti ini tidak mempunyai banyak persaingan. Lagipun servis yang ditawarkan sangat rendah kosnya. Dalam 1 kempen, anda boleh mendapat hasil artikel yang memuaskan. Bahkan jika anda tidak puas hati dengan kerja si penulis, anda boleh membatalkan dan tidak perlu membayar untuk hasil kerja penulis tersebut. Berikut kelebihan-kelebihan yang saya dapati dari servis web tersebut : (more…)

  • Mari Beli Domain Murah di GoDaddy
    By naem on December 21st, 2009 | 14 Comments14 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Seperti satu kebetulan, saya sedang menyiapkan 1 siri video berkenaan cara pembelian domain di GoDaddy.com dan aspek-aspek teknikal lain. Namun, saya hadapi masalah dengan Camtasia Studio ( software yang digunakan ) untuk merakam aktiviti-aktiviti tutorial. Lantas saya nekad dan akhirnya saya mengambil jalan akhir untuk meyempurnakan hasrat saya melalui penghasilan 1 lagi manual berbentuk ebook.

    +++++++++++++++++++++++++++++++
    MARI BELI DOMAIN MURAH ( MBDM )
    +++++++++++++++++++++++++++++++

    Mari Beli Domain Murah GoDaddyDi dalam manual ringkas setebal 19 mukasurat ini, saya perincikan langkah demi langkah. Ia amat sesuai menjadi rujukan sesiapa sahaja terutama yang masih belum pernah membeli domain dari GoDaddy. Pernah saya dalam satu siri perkongsian membeli domain murah di GoDaddy, kawan saya terpaksa membayar lebih USD$11 untuk domain dot info (.info ) sedangkan saya hanya membayar USD$1.07 sahaja ( $0.89+$0.18 ).

    Apa yang akan anda dapat dari siri Mari Beli Domain Murah ini ? :

    • Anda akan lebih faham dan TIDAK PERLU RISAU TERSILAP LANGKAH membeli. Kesilapan ramai pemula menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih dari yang sepatutnya
    • Ia MENJIMATKAN MASA anda. Anda tidak perlu melakukan aksi bahaya “CUBA JAYA” di sini kerana ia telah pun dihasilkan dengan mengambil langkah demi langkah satu persatu.
    • Semestinya panduan ini mendedahkan anda cara MENJIMATKAN WANG seperti yang telah saya lalui. Ramai yang berjaya membeli domain dot com (.com ) pada harga USD$0.99 sedangkan harga sepatutnya ialah RM30 dan lebih.
    • Anda TIDAK PERLU MEMBAYAR SESEN pun pada saya. Ia percuma . Panduan ini memang percuma dan ia sesuai untuk dipraktikkan. Saya telah tambahkan beberapa input tambahan yang akan melancarkan pembelajaran anda di dalam panduan ini. (more…)
  • Panduan Pemasaran Affiliate Oleh Zamri Nayan
    By naem on November 14th, 2009 | No Comments Comments

    Panduan Pemasaran Affiliate Oleh Zamri Nayan

    Salam hormat semua,

    Affiliate bukan perkara asing bagi sesiapa yang pernah menjana pendapatan dari internet. Bahkan ia salah satu sumber utama pendapatan multimillionaire internet seluruh dunia.

    Namun…Biar saya berterus terang, bidang affiliate bukannya mudah.Tak semua orang boleh buat duit dengan internet. Percaya la…Tak semua orang. Hanya orang-orang YANG BERTINDAK SAHAJA yang boleh jana pendapatan di internet. Jika anda, atau sesiapa sahaja yang memang bercita-cita ingin menjana pendapatan affiliate di internet, jangan hanya membaca atau melihat saja. Itu le tips paling penting yang saya dapat hasil dari mendengar audio Pakar Affiliate yang en Zamri Nayan bekalkan.

    Jujur sekali, saya berasa bertuah menerima undangan dari en Zamri untuk sama-sama merancakkan promosi menyebar maklumat berguna kepada masyarakat malaysia lazimnya. Affiliate bukan perkara baru bagi Zamri Nayan. Imej di bawah adalah sedikit gambaran bagaimana dunia affiliate memberi pendapatan lumayan kepada beliau.

    Di dalam siri audio (more…)