Logo Background RSS

Advertisement

Affiliate

  • Komisen PanduanVCC : RM25/Jualan
    By naem on May 16th, 2009 | 4 Comments4 Comments Comments

    Salam hormat,

    Sebentar tadi saya telah berjaya selesaikan pembayaran komisen panduanvcc bagi tarikh 1/5/09 sehingga 15/5/09. Alhamdulillah. Mudah-mudahan para affiliate yang berjaya menghasilkan jualan dapat mempertingkatkan lagi jualan pada sesi yang akan datang.

    =============
    Komisen RM25
    =============

    Bermula hari ini dan sehingga tarikh yang belum diputuskan, setiap jualan yang dihasilkan akan diberikan komisen RM25 /jualan.

    Jika sebelum ni, komisen panduanVCC hanyalah RM15/jualan. 33% dari jualan.

    Kini komisen panduanvcc ialah 56% dari jualan. Wow! banyak tak? hehehe

    =====================
    +RM50 Untuk 10 Jualan
    =====================

    Oh ya, yang ni memang saya pernah maklumkan sebelum ni.Saya akan memberi bonus RM50 bagi mana-mana affiliate yang berjaya menghasilkan 10 jualan dalam setiap sesi ( 1 sesi 15 hari. 1 bulan 2 sesi ).

    Sehingga kini, saya masih belum berpeluang untuk memberikan bonus tersebut… InsyaAllah dengan harapan yang menggunung tinggi, mungkin akan ada lebih ramai para affiliate yang akan mendapat bonus tambahan RM 50 tersebut..chaiyok2!

    ============================
    Bagaimana Nak Rebut Peluang Ini?
    ============================ (more…)

  • Komisen Affiliate ( 16/3/-31/3/09)
    By naem on April 5th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Salam ,

    Seperti yang dijanjikan, pembayaran komisen bagi panduan VCC dan Rahsia PPCPercuma telah diproses dan hampir 97% pembayaran telah  sempurna diselesaikan,

    Tahniah saya ucapkan kepada mereka-mereka yang hebat menjana jualan dari produk-produk saya. Mereka ialah :

    • en shuth
    • bro Titan
    • bro Rammel Firdaus
    • bro Adly
    • bro Shahraduan
    • bro Alan Tan
    • en Matzis
    • bro Azlan
    • bro Din
    • en Busiai
    • bro Herriependi
    • bro Azham
    • bro Faiz

    Seperti biasa, minima jualan yang perlu dicapai untuk pembayaran komisen panduan VCC ialah RM30 atau bersamaan 2 jualan. Saya tinggalkan komisen agen-agen yang hanya mendapat 1 jualan dan dikumpulkan untuk pembayaran bagi tempoh seterusnya. Jangan risau, saya tetap akan buat pembayaran komisen walaupun terpaksa mengumpul ia sehingga 5 bulan. Untuk komisen Rahsia PPC, saya akan selesaikan secepat yang mungkin. Paling lewat pun esok malam.

    Berkenaan pertandingan review pula, pemenang dah diputuskan dan hadiah akan terus diberi kepada 3 orang terpilih. Keputusan dibuat berdasarkan usaha yang dilakukan oleh para peserta. Apapun, saya tetap akan berikan
    ganjaran setimpal untuk peserta lain ( yang difikirkan layak ).

    Itu sahaja. Jika ada sesiapa yang ingin menuntut salinan resit pembayaran komisen, sila hubungi saya atau reply di bahagian komen di bawah.

    Jom, tonton Heroes! hehehe

  • Komisen Affiliate Panduan VCC ( 27/2- 15/3 )
    By naem on March 19th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Syukur,saya baru saja selesaikan pembayaran komisen Panduan VCC ( 27 Februari 2009 hingga 15 Mac 2009 ) melalui perbankan online ( Maybank2u ). Penat menunggu TAC dari Maybank2u ni. Mujur TAC ni guna style SMS. Bayangkan kalau TAC guna POS MALAYSIA. Ayoyo!

    Dalam hati, memang tak sabar-sabar nak bayar komisen ni. Ikutkannya pada setiap pertengahan bulan ( 15 hb ). Tapi dah terlewat 5 hari ni. Malu-malu alah juga nak bayar ni. Almaklum  saya baru je pulang dari kampung. Kalau di kampung ni, toksah dok cakap le tentang kehebatan semua penyedia Broadband di Malaysia ni. Kelajuan mengalahkan kura-kura yang takde 3 kaki. Berdesup…panas telinga , merah mata!

    Apapun, alhamdulillah dah dapat bayar juga. Bermula dari episod pembayaran hari ini, pembayaran komisen Panduan VCC akan di buat seperti berikut :

    • Di bayar 2 kali setiap bulan. Setiap 15hb dan 27hb.
    • Minima pembayaran ialah RM30 atau bersamaan dengan 2 jualan.
    • RM50 akan diberikan untuk 10 jualan semasa yang berjaya dihasilkan.

    Nak tahu samada anda layak atau tidak menerima komisen Panduan VCC ? Haaa..ikuti langkah-langkah berikut :

    1. Daftar sebagai affiliate/agen ( jika belum ) di sini.
    2. Log in ( masuk ) ke laman affiliate/agen menggunakan username dan password yang didaftarkan. Kalau lupa, emel saya.
    3. Di paparan muka bahagian dalam akaun, klik pada link “JUALAN”. Anda akan lihat berapa jualan semasa yang berjaya dihasilkan.
    4. Jika ingin melihat prestasi jualan agen-agen lain, klik pada link ” PRESTASI AGEN” dan anda akan dapat lihat bilangan jualan yang berjaya dihasilkan oleh agen-agen lain (more…)