Logo Background RSS

Advertisement

Meja Admin

  • YSM Free Coupon USD$15- USD$100: Terkini!
    By naem on May 24th, 2009 | 9 Comments9 Comments Comments

    Pagi tadi, macam hari-hari mingu biasa. Meneruskan misi untuk menyempurnakan versi terkini PPC Percuma saya. Projek yang terpaksa ditanguh bulan demi bulan. Semuanya kerna saya ingin berikan yang terbaik untuk anda.

    Di dalam Rahsia PPCPercuma, saya turut sediakan cara bagaimana anda dapat mendaftar akaun Yahoo Search Marketing di internet dengan kos minima ( tanpa perlu bayar lebih ). Konsepnya mudah sahaja. Iaitu daftar saja dengan link-link kredit percuma yang disediakan oleh pihak YSM. Itu lah caranya! Saya bukan ajar bagaimana nak dapatkan CTR yang tinggi ataupun Conversion yang memukau. Bab-bab tu saya masih mencari dan belajar lagi.

    Saya ada ceritakan tentang kredit percuma di YSM sebelum ini. Cuba rujuk artikel dari link di bawah :

    http://www.ppcpercuma.com/blog/2008/08/11/kredit-percuma-usd100-dengan-ysm/

    =================
    Kredit Percuma YSM
    =================
    Yahoo Search Marketing

    Untuk menggalakkan pengiklan mengiklan di Yahoo, senang cerita pihak YSM ni tawarkan kredit-kredit pengiklanan yang percuma. Ia ibarat Celcom Broadband le kot. Daftar pek permulaan RM25 dan dapat RM20 kredit langganan percuma.

    Dalam kes YSM pula, anda hanya perlu daftar akaun pengiklan melalui link promosi dan setelah membuat bayaran deposit minima USD$30, anda akan mendapata tambahan kredit percuma seperti yang dijanjikan dalam masa 72 jam.

    Antara nilai-nilai kredit percuma yang ditawarkan ialah :

    • USD$15
    • USD$20
    • USD$25
    • USD$40
    • USD$50
    • USD$60
    • USD$75
    • USD$100

    Ini yang saya jumpa la. Dulu ada kredit percuma mencecah sehingga USD$199. Itu dulu la. Sekarang tak jumpa dah. Kalau anda jumpa, maklum la kat saya ye. Ada jugak yang offer kredit pengiklanan YSM sehingga USD$125, tapi anda perlu patuhi beberapa syarat la. Leceh sikit…nak mencuba? biar saya uji dulu ye. (more…)

  • Siri 2 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
    By naem on May 21st, 2009 | No Comments Comments

    Sebelum saya kongsikan pengalaman saya seterusnya dalam artikel siri 2 ini, saya nak huraikan terlebih dulu apa itu :

    • Pendapatan Pasif ( Passive Income )
    • Pendapatan Aktif ( Active Income )

    PhotobucketMemahami 2 jenis pendapatan ini mampu mengubah cara anda berfikir tentang duit. Mengubah pemikiran anda tentang kerja “part time”. Mengubah pemikiran anda tentang ” saving/simpanan “. Ia akan mengubah hidup anda secara keseluruhannya.

    Perbincangan tentang 2 jenis pendapatan ini bukan semata-mata tertumpu pada hal duit. Jika anda perasan, di dalam agama sendiri ada konsep pendapatan pasif dan aktif ini. Tentu anda yang beragama islam tahu tentang 3 perkara yang akan dibawa berjumpa tuhan walaupun telah mati. 3 Perkara yang berkekalan dan terus memberi kelebihan kepada si mati di alam kubur ( alam barzakh ).  Apa 3 perkara itu :

    1. Doa Anak Yang Soleh
    2. Ilmu yang diajarkan
    3. Sedekah yang mengalir

    Yup..perhati dan fikir semula kenapa 3 perkara tersebut yang terus menerus membantu dan dibawa sehingga selepas mati? kenapa tidak amalan -amalan lain seperti puasa setiap hari? (more…)

  • Siri 1 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
    By naem on May 18th, 2009 | 12 Comments12 Comments Comments

    Sejak kebelakangan ni, ramai yang bertanya pada saya tentang cara buat duit/cari duit/jana pendapatan dari internet secara online. Saya suka berkongsi ilmu yang saya ada. Cuma kekangan masa dan kudrat yang sedikit ni menjadi masalahnya. Kira cabaran le ni..Hehe

    InsyaAllah, dalam artikel ini dan beberapa siri penulisan akan datang, saya akan kongsikan cara-cara saya jana pendapatan online di internet. Itu tentang cara saya la. Lain orang lain caranya. Tapi kebanyakannya sama sahaja. Yang penting ( teringat plak moto “wonderpet” ; “apa yang penting”  :-) ) .

    Sebelum anda ingin menapak di internet khususnya bidang menjana pendapatan online, anda perlu miliki 2 sifat utama ini iaitu :

    1. Sabar
    2. Suka belajar

    Saya hanya pegang pada 2 kekuatan di atas untuk terus bertapak di internet sejak Julai 2006  yang lalu. Saya pun tak sangka saya masih boleh bertahan. Saya mula dari “tiada” sehinggalah kini agak selesa dengan pendapatan pasif harian. Saya BUKAN OTAI jika wang ringgit menjadi ukuran. Pendapatan bulanan saya dari internet hanya sekitar RM1000 – RM3000 sahaja. OTAI INTERNET pula, pendapatan mereka mencecah RM10 000 dan ke atas. Jika dihitungkira ilmu pengetahuan pula, saya bukannya ada MASTER atau PHD dalam bidang pemasaran ataupun teknologi komputer. Apa yang saya ada hari ini ialah apa yang saya belajar hari-hari sebelumnya. Di sini sifat “SABAR” & “Suka Belajar”  perlu ada. Jadi, kurangkan sifat tergopoh-gopoh,hilang sabar dan malas belajar dalam diri kita semua.

    ====================
    2 Jenis Pendapatan
    ====================

    Cara nak cari duit online ni memang banyak. Saya sendiri pun belum jelajah semua cara yang ada di internet walaupun hampir 3 tahun di dalam dunia online. Apapun, saya ingin ringkaskan di sini bahawa menjana pendapatan online sama la dengan menjana pendapatan di dunia realiti. Bezanya ia dilakukan di alam maya sahaja. Anda perlu faham, ada 2 jenis pendapatan yang wujud di dunia ini ( setahu saya la ) iaitu :

    • Pendapatan Aktif
    • Pendapatan Pasif

    Anda boleh tentukan sendiri apa jenis pendapatan yang anda inginkan di internet. Saya tak berminat untuk huraikan apa pendapatan pasif dan apa itu pendapatan aktif di sini. Jika ada soalan, boleh kita bincangkan di bawah.

    ====================
    Cara Buat Duit Online
    ====================
    Saya dah cakap caranya memang banyak. Saya simpulkan di sini ada 3 cabang utama anda boleh jana pendapatan online iaitu : (more…)