2 Februari yang lalu, saya telah adakan 1 pertandingan review untuk produk terbaru saya ” Panduan VCC”. Jika anda perasan, anda tentu pernah terbaca hal berkaitan pertandingan ini di forum WangCyber dot com. Pertandingan ini telah pun ditutup penyertaaan dan sekarang dalam proses menentukan siapa pemenang & hadiah yang layak diberikan.
Secara keseluruhannya, pertandingan ini tak berapa menjadi..Hohoho. 1 lagi projek pertandingan dari saya yang kurang sambutan. Ada banyak perkara yang saya fikirkan penyebab kegagalan pertandingan ini kurang mendapat sambutan.
Sungguhpun saya telah sebarkan makluman ini kepada para pembeli Panduan VCC, ahli-ahli forum Wangcyber serta subscriber saya, hanya :
- 3 orang yang mengisi borang penyertaan
- kurang dari 20 review yang dapat dikumpul dari Google.
Hehehe…Memang kurang menyerlah. Dah agak dah. Nampaknya lepas ni saya memang takkan buat pertandingan macam ni dah. Kalau nak buat pun, kena bagi hadiah-hadiah lumayan seperti tunai RM3000 untuk tempat pertama, iPhone untuk tempat kedua, dan MacBook Pro untuk tempat ketiga. Amacam ?
Di sini senarai pautan laman-laman yang sudi menulis ulasan tentang Panduan VCC saya.. Jika laman web anda tak tersenarai, sila maklumkan pada saya. Saya sedang berfikir tentang hadiah yang mampu saya usahakan. (more…)



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






Komen Terkini