Logo Background RSS

Advertisement

Tip Iklan

  • Camner Nak Top Up Duit Dalam Akaun PayPal?
    By naem on February 17th, 2009 | 6 Comments6 Comments Comments

    Terima kasih kerana sudi bertanya ( sendiri tanya pun mau terima kasih ka ). Barangkali yang memang biasa menggunakan PayPal, isu ni bukan isu pun. Ia lebih kepada perkara teknikal sebenarnya.

    Jika anda mempunyai akaun PayPal, dan ingin menambah dana ( duit ) ke dalam akaun tersebut, cuba la beberapa cara di bawah :

    1) Transfer Dari Kad Debit/ Kredit

    Bagi sesiapa yang memiliki akaun PayPal, status “verified member” sangat penting. Ramai yang keliru dan berasa susah hati bila bab nak verify akaun PayPal ni. Macam saya masa-masa awal-awal dulu. Sebenarnya mudah aje. Ingat! Dengan status verify, akaun PayPal anda akan terlepas dari beberapa halangan /limit yang dikenakan pihak PayPal. Selain itu, anda boleh menjadikan akaun PayPal yang verified sebagai pengantara antara bank anda dengan pihak penjual. Sungguhpun anda tiada USD dalam akaun PayPal, dengan akaun yang verified ,pihak PayPal akan menyedut duit dari akaun kad debit/kredit anda ke dalam akaun PayPal dan terus membuat pembayaran kepada pihak penjual.

    2) Membeli Dana Dari Orang Ketiga

    New Picture (2)

    Haaaa…ini cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Kadang-kadang anda tak perlu berbelanja RM3.61 untuk mendapatkan USD$1 dalam akaun PayPal anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mencari sesiapa yang ingin menjual wang di dalam akaun PayPalnya pada harga tertentu. Contohnya semalam saya telah menjual USD$100 dengan harga RM325 kepada salah seorang forumer di WangCyber.  Dengan proses seperti ini, anda boleh mendapatkan sejumlah amaun USD yang diperlukan dengan membelinya dari orang lain. Individu tersebut akan memindahkan dana dari akaun PayPal nya ke akaun PayPal anda.

    Apapun, sila berhati-hati. Memandangkan banyak kes fraud mudah terjadi dari transaksi ini. Anda di galak mengenal identiti dan kredibiliti si penjual terlebih dahulu. Jika tidak , bahana yang cukup besar menanti anda di kemudian hari

    ps: jual fund paypal salah dari segi terma PayPal.


    3) Komisen Melalui PayPal

    Ini cara terakhir yang saya tahu. (more…)

  • Bhg 1 : Antara Emel Domain & Emel Gmail
    By naem on February 3rd, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Ini bukan dilema antara 2 jalan. Atau antara dia si “jamilah” dan si “zubaidah”..ehem..ehem..Tapi ini antara dua jenis emel dan kesannya ke atas tindak tanduk anda mendapatkan kredit percuma Adwords USD$50.

    Terlebih dahulu membuka kata menutur bicara menitip tip-tips berguna, fuuhhh…panjangnye mukadimah ni. Kita fahamkan dulu terma yang saya gunakan untuk artikel ini.gmail_77702a_en

    Emel

    Takrifan ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang belum pernah mendengar,mengguna apatah lagi memiliki emel di internet. Gabungan internet ( e ) dan mail ( surat menyurat ), emel membawa maksud persuratan maya. Hohoho…ayat berbelit wooii…Senang cakap emel ni “surat internet”. Pejabat pos terbesar dalam internet ini ialah Yahoo dan Google la. Kalah pejabat pos Malaysia.

    Emel Gmail

    Emel Gmail seperti kebanyakan emel percuma di internet yang lain. Jika anda pernah memiliki emel di Yahoo ( yahoo mail @ ymail ), anda mesti memiliki emel di Google iaitu Gmail ( singkatan Google dan Mail ). Tak pernah ada emel Gmail, haaa…meh daftar di sini. Percuma je.. (more…)

  • 2 Elemen Utama Dalam PPC
    By naem on November 2nd, 2008 | 7 Comments7 Comments Comments

    Semalam salah seorang pelanggan sedia ada PPCPERCUMA menghubungi saya. YM je la… Saya jarang online sekarang ni. Jadi semalam dikira sangat bertuah le sesiapa yang dapat hubungi saya dalam tempoh 2 hari ni. Hohoho…

    Dari perbincangan saya semalam, pelanggan PPCPERCUMA ni hadapi masalah dalam akaun Adwords beliau. Secara kebetulan saya masih segar lagi time tu. So saya cuba selesaikan masalah beliau. Dari pengamatan saya, saya agak terkejut sebab ramai yang belum tahu tentang cara mengiklan di Adwords ni. Yang peliknya ramai pulak yang beli ebook PPCPERCUMA saya. Sedangkan ebook saya ni takde guna juga kalau dibeli tanpa tahu menggunakan kelebihannya.

    Ok…Untuk makluman anda semua, secara ASASnya pengiklanan di Pay Per Click ( PPC ) menumpukan 2 ASPEK UTAMA iaitu :

    • Iklan ( baris, video, banner, etc )
    • Keyword ( Katakunci )

    Tanpa 2 elemen utama di atas, anda tak

    kan dapat menjalankan kempen pengiklanan mahupun di tahap paling bawah. Jadi, mesti faham asas ni. Selepas anda betul2 faham dan kenal dengan 2 ELEMEN di atas, baru le boleh mula mengiklan. Tapi ini bukan KUNCI KEJAYAAN dalam P

    PC tau.  Info dan tips terperinci mengambil masa untuk dipelajari. Ia bukan mustahil untuk mendapat UNTUNG BERLIPAT GANDA dalam PPC.

    Cuba anda lihat iklan ( screenshot ) di sebelah :

    Dari iklan baris disebelah ( text ads ), anda boleh simpulkan bahawa iklan tersebut mempromosikan term “mailing list”. Jika anda ragu-ragu, cuba lihat keywords yang saya gunakan di bahagian atas iklan tersebut. Saya taipkan ” direct mail mailing list” dan 2 baris iklan ini terpapar. Jadi disini ELEMEN PERTAMA ialah Iklan.

    TETAPI…..Jangan disangka semudah itu je . Anda perlu menggunakan ELEMEN kedua bagi melancarkan kempen pengiklanan. Dengan elemen kedua, barulah iklan anda seperti di atas akan terpapar. ELEMEN KEDUA ialah KEYWORD. (more…)