Logo Background RSS

Advertisement

Umum

  • Siri 2 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
    By naem on May 21st, 2009 | No Comments Comments

    Sebelum saya kongsikan pengalaman saya seterusnya dalam artikel siri 2 ini, saya nak huraikan terlebih dulu apa itu :

    • Pendapatan Pasif ( Passive Income )
    • Pendapatan Aktif ( Active Income )

    PhotobucketMemahami 2 jenis pendapatan ini mampu mengubah cara anda berfikir tentang duit. Mengubah pemikiran anda tentang kerja “part time”. Mengubah pemikiran anda tentang ” saving/simpanan “. Ia akan mengubah hidup anda secara keseluruhannya.

    Perbincangan tentang 2 jenis pendapatan ini bukan semata-mata tertumpu pada hal duit. Jika anda perasan, di dalam agama sendiri ada konsep pendapatan pasif dan aktif ini. Tentu anda yang beragama islam tahu tentang 3 perkara yang akan dibawa berjumpa tuhan walaupun telah mati. 3 Perkara yang berkekalan dan terus memberi kelebihan kepada si mati di alam kubur ( alam barzakh ).  Apa 3 perkara itu :

    1. Doa Anak Yang Soleh
    2. Ilmu yang diajarkan
    3. Sedekah yang mengalir

    Yup..perhati dan fikir semula kenapa 3 perkara tersebut yang terus menerus membantu dan dibawa sehingga selepas mati? kenapa tidak amalan -amalan lain seperti puasa setiap hari? (more…)

  • $1986/hari Dari Clickbank
    By naem on May 7th, 2009 | 2 Comments2 Comments Comments

    Hehehe…Siapa yang nak pencapaian USD$1986 setiap hari? Ini bukan main-main. Jumlah tu dah cukup untuk deposit kereta atau rumah idaman masing-masing. Kalau yang berimpian nak melancong ke luar negara, satu hari punya komisen pun dah cukup untuk menunaikan umrah bulanan. Keh..keh..keh

    Ok, Taknak panjang-panjang cerita. Kalau melalut pun apa guna. Sebenarnya amaun yang saya tulis tu bukannya main-main. Sesiapa pun mampu dapat terutama jika anda memang betul-betul serius dalam lapangan affiliate ( jual barang orang dan dapat komisen ). Saya akui 10 % pendapatan bulanan saya adalah dari affiliate. Walaupun tak seberapa, pendapatan tersebut mampu untuk bayar bulanan sebuah kereta produa MyVi…Itu saya…Kalau yang dah pakar macam Gobala & Zamri Nayan, 10 hari dah boleh keluarkan sebijik Mercedes c240 kot…Hohoho..Barangkali yang 2nd hand le.

    box medium

    Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank

    Dulu, Mawardee dengan panduan clickbank telah mengumpulkan teknik-teknik rahsia dan jualkan pada pasaran tempatan. Kagum saya dengan pencapaian beliau yang berjaya mengaut RM30k dalam masa sebulan. Kini Gobala & Zamri Nayan pula yang menggemparkan dunia ebook tempatan melalui produk mereka iaitu Rahsia Clickbank yang jualannya berjaya mencecah RM100k dalam 3 hari saja.

    Semua itu bukannya mustahil pun bagi kita semua. Saya percaya tahun ini saya pun akan lebih berjaya dan boleh berheti kerja dengan pendapatan dari internet RM20k sebulan. Anda pun boleh juga.

    Tapi caranya bagaimana? (more…)

  • ConspiracyOfTheRich- eBook Kewangan Percuma
    By naem on April 26th, 2009 | No Comments Comments

    Saya tak pasti samada ramai diluar sana pernah atau tidak membaca buku-buku tulisan oleh Robert Kiyosaki. Sehingga kini, saya baru baca 4 buah buku tulisan beliau. Memang seronok. Walaupun isi kandungan di ulang -ulang, setiap penyampaiannya diolah dengan gaya cerita yang menarik.

    Setakat ini, buku-buku Robert Kiyosaki yang saya baca ialah :

    • Rich Dad Poor Dad
    • Rich Dad : CashFlow Quadrant
    • Rich Dad : Prophecy
    • Rich Dad : Who Took My Money

    Kini, ada 1 lagi buku yang mungkin bakal dikeluarkan tak lama lagi. Apa yang best nye, saya tak payah pun beli buku tersebut buat masa ni.Hehehe. Buku tu masih dalam pembikinan dan kini sedang dikongsikan terus melalui online di

    conspiracy of the rich

    http://conspiracyoftherich.com

    Apa yang perlu saya buat ialah kunjungi laman di atas, daftarkan diri sebagai subscriber, dan terus boleh mengikuti perkembangan buku tersebut dari masa ke semasa.

    Selamat membaca

    ps: PPCPercuma V.2 masih di siapkan. Keadaan bertambah sukar sebab saya telah masukkan siri kes studi Adwords & YSM. Malangnya ujikaji dalam kes studi tu tak memberansangkan. Harap pembaca/pembeli semua dapat bersabar.

    pps : Komisen untuk PanduanVCC (1/4- 15/4/09 ) & Rahsia PPCpercuma telah dibayar.Jika anda salah seorang yang berhak tetapi belum mendapat bayaran komisen, sila hubungi saya melalui blog, emel, ym mahupun sms.