Logo Background RSS

Advertisement

Yahoo Search Marketing

  • Kemaskini Link Kupon YSM Untuk PPcpercuma
    By naem on October 30th, 2009 | No Comments Comments

    Salam hormat semua. Di sini saya ingin memaklumkan link-link kupon untuk Yahoo Search Marketing boleh didapatkan melalui thread forum khas. Di sana , saya akan sentiasa update sebarang sumber terbaru berkaitan kupon percuma dari pihak YSM.  Rasional saya berbuat demikian untuk mengemaskini bahan bacaan produk PPCPercuma yang sedikit sebanyak agak ketinggalan. Ruangan khas ini hanya dapat dilihat oleh para pembeli produk PPCPercuma sahaja. Jika anda salah seorang darinya, tapi masih gagal untuk melihat thread tersebut, sila laporkan pada saya. Kebiasaannya kerana ramai dari pembeli saya tidak mendaftar di forum yang disediakan ataupun telah daftar tapi tidak memaklumkan pada saya pendaftaran yang dibuat.

    Untuk rujukan ruangan khas link kupon YSM, sila rujuk link ini

    http://www.ppcpercuma.com/blog/forum/tanya-tentang-ysm-2/link-ysm-free-coupon-terkini-24509/

    Untuk pembeli Produk PPCPercuma yang tidak dapat melihat ruangan khas untuk mereka, sila rujuk link ini untuk semakan status VIP anda. Jika tiada, cepat-cepat maklumkan.

    http://www.ppcpercuma.com/blog/forum/senarai-nama-pembeli-rahsia-ppcpercuma

    Jika anda ingin memberikan sebarang cadangan dan pandangan bernas, sila kongsikan dengan saya di sini agar saya dapat meningkatkan mutu penyampaian saya kepada anda semua.

    Untuk kemaskini -kemaskini yang lain, saya akan maklumkan dari masa ke semasa. Untuk sementara waktu ini, saya mungkin jarang untuk menulis di sini. Saya akan menulis untuk artikel seterusnya pada 6hb ini pula..Hehehe…Ada beberapa mini projek yang dalam pembikinan nak disiapkan.

  • Kredit Percuma USD$100 Dengan YSM
    By naem on August 11th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Salam hormat semua,

    Yippeee, untuk kesekian kalinya saya cuba kembali ke sini dan nampaknya misi untuk kembali menulis berputik semula. Kalau dah tinggalkan blog berusang lamanya, memang malas jugak le nak menulis balik. Apapun ni kira rekod olimpik jugak le kot. Hoho..

    Sebelum ni saya banyak berbincang tentang Adwords sahaja kan? Erm…rasanya la. Tapi untuk artikel kali ni saya nak sentuh hal berkaitan Yahoo Search Marketing. Ada sesiapa yang pernah mencuba program pengiklanan YSM tak? Kalau ada, boleh le berkongsi sedikit sebanyak di sini. Terutamanya buat pembeli F2R bro ringgithit. Tentu familiar dengan YSM kan?

    YSM atau Yahoo Search Marketing ni macam Google Adwords jugak. Secara umumnya, lebih ramai orang berminat untuk menggunakan Google Adwords berbanding YSM. Faktornya saya masih belum dapat dedahkan. Setakat andaian sesiapa pun boleh buat telahan kan?

    YSM Tips: Usd$100 free credit

    Ok, YSM seperti yang pernah saya gunakan. Ada sedikit kelainan berbanding Adwords. Perasan tak? Ada

    sesiapa yang tahu? Kalau salah, tolong perbetulkann ye. Antara perbezaan utama yang saya sedari ialah YSM hanya membenarkan anda mengiklan di satu-satu negara sahaja berdasarkan lokasi geografi yang anda pilih seawal pendaftaran akaun. Contohnya saya mendaftar akaun saya dan saya pilih lokasi pengiklanan di US. Jadi saya hanya terhad untuk mengiklan di US sahaja.

    Akan tetapi…hehehe..best jugak guna YSM ni sebab ada bonus kupon kredit percuma yang boleh digunakan. Saya pernah daftar satu akaun dan dapat kredit tambahan sebanyak USD$100 percuma. Itu yang best tu. So boleh le saya belanjakan amaun kos tanpa perlu risaukan kos yang banyak. Maksud saya di sini saya boleh mencuba apa saja teknik mahupun buat silap dalam ppc. Hasilnya saya boleh belajar secara terus dari pengalaman. Di bawah adalah screenshot salah satu akaun saya.

    YSM Tips

    Nak tahu lebih lanjut? Saya ada ringkaskan cara pendaftaran YSM dan perincikan cara-cara mendapat kredit tambahan bernilai USD$100 untuk lebih dari 1 akaun. Semua ini saya bukukan dalam ebook Rahsia PPC Percuma. Jika anda dah dapatkannya, rujuk semula ye. Bagi yang belum, apa lagi…Dapatkan la segera ye..Cuma RM30 untuk pelaburan dan pembelajaran tak ternilai.

  • Impak Search Marketing! Panduan PPC Mutu Tinggi
    By naem on May 14th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Salam homat semua,

    Ketika artikel ini mula disiarkan, kemungkinan besar saya sedang tersengguk-sengguk dalam dewan kuliah…Huhuhu..orang lain sedang bercuti, saya plak ikuti kursus pra pekerjaan.Alahaii…..

    Erm..rindu nak menulis. Risau plak nanti orang kata si naem ni dah tak wujud. Huh!….Jika diizinkan tuhan, rutin harian saya akan kembali seperti hari-hari yang biasa. Saya sedang mula membiasakan diri dengan hidup seorang penggiat adsense dan penjual ebook.

    Ok la, kali ni saya nak ceritakan anda satu perkara penting. Yup…perkara yang bakal mengobah hidup dan kejayaan anda dalam internet. Jika di dalam ebook Rahsia PPC Percuma, saya telah dedahkan hampir kebanyakan teknik mendapatkan kupon samada dari Adwords, Yahoo Search Marketing, MSN dan lain-lain PPC. Tetapi saya tidak membahaskannya secara detail kerana pengalaman saya amat kurang dalam bidang pengiklanan PPC ini.

    Jadi…berita baiknya ialah kini seoarng lagi saudara kita tampil untukberkongsi dan mencurahkan segala ilmu beliau berkaitan YSM dengan menawarkan pakej hebat dan lengkap di dalam ebooknya ImpakSearchMarketing.

    impak search marketing

    Ebook ini adalah 100% mengenai Yahoo! Search Marketing.Yup..sebab tu tajuk ebook dan domain ni diletakkan Impak Search Marketing. Secara peribadi,perbincangan mengenai YSM memang diterangkan secara detail.

    Jadi tak perlu risau jika kabur dengan panduan asas berkaitan YSM. Sebabnye..E-Book ini juga akan menerangkan langkah demi langkah untuk memulakan kempen PPC anda dengan YSM dari pengenalan hingga kepada rahsia-rahsia khas saudara Rammel Firdaus.

    Pendek kata, ia merupakan panduan yang lengkap dan padat khas untuk anda menggunakan YSM bagi memasarkan produk anda atau mempromosikan laman web anda ke pasaran antarabangsa. (more…)