Logo Background RSS

Advertisement

  • Mari Beli Domain Murah di GoDaddy
    By naem on December 21st, 2009 | 15 Comments15 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Seperti satu kebetulan, saya sedang menyiapkan 1 siri video berkenaan cara pembelian domain di GoDaddy.com dan aspek-aspek teknikal lain. Namun, saya hadapi masalah dengan Camtasia Studio ( software yang digunakan ) untuk merakam aktiviti-aktiviti tutorial. Lantas saya nekad dan akhirnya saya mengambil jalan akhir untuk meyempurnakan hasrat saya melalui penghasilan 1 lagi manual berbentuk ebook.

    +++++++++++++++++++++++++++++++
    MARI BELI DOMAIN MURAH ( MBDM )
    +++++++++++++++++++++++++++++++

    Mari Beli Domain Murah GoDaddyDi dalam manual ringkas setebal 19 mukasurat ini, saya perincikan langkah demi langkah. Ia amat sesuai menjadi rujukan sesiapa sahaja terutama yang masih belum pernah membeli domain dari GoDaddy. Pernah saya dalam satu siri perkongsian membeli domain murah di GoDaddy, kawan saya terpaksa membayar lebih USD$11 untuk domain dot info (.info ) sedangkan saya hanya membayar USD$1.07 sahaja ( $0.89+$0.18 ).

    Apa yang akan anda dapat dari siri Mari Beli Domain Murah ini ? :

    • Anda akan lebih faham dan TIDAK PERLU RISAU TERSILAP LANGKAH membeli. Kesilapan ramai pemula menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih dari yang sepatutnya
    • Ia MENJIMATKAN MASA anda. Anda tidak perlu melakukan aksi bahaya “CUBA JAYA” di sini kerana ia telah pun dihasilkan dengan mengambil langkah demi langkah satu persatu.
    • Semestinya panduan ini mendedahkan anda cara MENJIMATKAN WANG seperti yang telah saya lalui. Ramai yang berjaya membeli domain dot com (.com ) pada harga USD$0.99 sedangkan harga sepatutnya ialah RM30 dan lebih.
    • Anda TIDAK PERLU MEMBAYAR SESEN pun pada saya. Ia percuma . Panduan ini memang percuma dan ia sesuai untuk dipraktikkan. Saya telah tambahkan beberapa input tambahan yang akan melancarkan pembelajaran anda di dalam panduan ini. (more…)
  • Kredit RM200 Adwords : Malaysia SME Stimulus Package
    By naem on December 13th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Baru -baru ini, Google dengan kerjasama MITI ( Ministry Of International Trade & Industry ) , MMU ( Multimedia University ) dan UTAR ( Universiti Tunku Abdul Rahman ) telah melancarkan SME Stimulus Package yang menawarkan servis percuma membina website dan latihan 1 jam untuk penyelenggaraan website.

    Malaysia SME Stimulus Package

    Akan tetapi, pakej percuma bernilai RM200 tu dah pun ditutup kerana telah mencapai kuota 100 seperti yang ditetapkan. Kini pilihan yang ada hanyalah :

    1. Bayar RM200 untuk web pasang siap oleh MMU & UTAR + latihan 1 jam ( web dibina menggunakan hosting blogger )
    2. Dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords

    atau

    1. Bina sendiri website perniagaan anda
    2. Daftar dan dapat kredit pengiklanan percuma RM200 dari pihak Google Adwords

    Nilai RM200 untuk membina website sebenarnya bukanlah sesuatu yang mahal. Terutama kepada para usahawan dunia Offline. Nilai RM200 tersebut berbaloi untuk “outsource” dan masa yang mesti difokuskan kepada halatuju perniagaan. Cuma bagi sesiapa yang ingin belajar sendiri, saya kongsikan disini sedikit sebanyak kos yang terlibat dalam membina web jualan masing-masing :

    1. Design : Rekabentuk laman web yang unik penting untuk penjenamaan. Kos rekabentuk untuk web jualan mini adalah serendah RM150 sehingga menjangkaui RM1000 .
    2. Hosting + Domain : hosting dan domain juga penting untuk kawalan penuh perniagaan anda. Biasanya pakej hosting dan domain ini boleh didapati serendah RM100 setahun.Boleh rujuk Netkl.com ataupun Exabytes.com

    Itu hanya kos atau pun perbelanjaan asas bagi memiliki sebuah website perniagaan yang berkredibiliti. Untuk pergi lebih jauh, masih ada banyak kos-kos tambahan lain yang hanya perlu diambilkira jika anda benar-benar mahu meluaskan perniagaan melalui dunia online. (more…)

  • Panduan Pemasaran Affiliate Oleh Zamri Nayan
    By naem on November 14th, 2009 | 2 Comments2 Comments Comments

    Panduan Pemasaran Affiliate Oleh Zamri Nayan

    Salam hormat semua,

    Affiliate bukan perkara asing bagi sesiapa yang pernah menjana pendapatan dari internet. Bahkan ia salah satu sumber utama pendapatan multimillionaire internet seluruh dunia.

    Namun…Biar saya berterus terang, bidang affiliate bukannya mudah.Tak semua orang boleh buat duit dengan internet. Percaya la…Tak semua orang. Hanya orang-orang YANG BERTINDAK SAHAJA yang boleh jana pendapatan di internet. Jika anda, atau sesiapa sahaja yang memang bercita-cita ingin menjana pendapatan affiliate di internet, jangan hanya membaca atau melihat saja. Itu le tips paling penting yang saya dapat hasil dari mendengar audio Pakar Affiliate yang en Zamri Nayan bekalkan.

    Jujur sekali, saya berasa bertuah menerima undangan dari en Zamri untuk sama-sama merancakkan promosi menyebar maklumat berguna kepada masyarakat malaysia lazimnya. Affiliate bukan perkara baru bagi Zamri Nayan. Imej di bawah adalah sedikit gambaran bagaimana dunia affiliate memberi pendapatan lumayan kepada beliau.

    Di dalam siri audio (more…)