Logo Background RSS

Advertisement

  • Tuntut Rebet RM30 Untuk Rahsia Emas Sekarang!
    By naem on August 5th, 2009 | 15 Comments15 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Dalam 2 artikel yang lepas, saya telah nyatakan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan ebook Rahsia Emas boleh menuntut rebet RM30 dari saya. Namun, tuntutan hanya akan dilayan jika pembelian ebook Rahsia Emas melalui link agen saya sahaja. Ini linknya :

    http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=tawaran

    Setelah melakukan pembelian, mereka perlu menghantar 1 salinan bukti pembayaran kepada saya untuk tujuan bukti. Bukti ini digunakan saya untuk mendapatkan pengesahan pembelian melalui link agen saya dari pihak Admin Rahsia Emas. Rasionalnya, saya boleh memulangkan kembali rebet RM30 dan dalam masa yang sama menerima komisen dari pihak Admin Rahsia Emas.

    • Pembeli : Beli ebook RM70 melalui link saya
    • Saya : Bagi rebet RM30 selepas pembelian
    • Penjual ( RahsiaEmas ) : Terima RM70 dari pembeli dan beri komisen RM35 kepada saya

    Dalam situasi ini, saya untung RM5..Pembeli untung RM30 dan penjual ( rahsiaemas ) untung RM35. Kiranya win-win situation jugak lah. (more…)

  • Teknik Gadai Emas MeRUGIkan Jika…
    By naem on July 24th, 2009 | 10 Comments10 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Dalam artikel kali ini, saya masih ingin bercerita tentang emas. Artikel ini kiranya artikel sambungan dari siri sebelumnya ” Kisah Saya Gadai Emas 999.99 di Bank Rakyat “. Di bawah ialah fakta-fakta penting kisah saya gadai emas   :mrgreen:   :

    1. Saya Gadai Emas 70gram di Bank Rakyat . Nilai yang ditentukan ialah 69.96 gram sahaja
    2. Nilai Marhun ( nilai emas ) ialah RM 8198.61
    3. Nilai gadaian ( 65% ) ialah RM5320
    4. Upah simpan ( RM0.75 x Nilai Marhun/100 ) ialah RM371.97
    5. Tempoh pinjaman ialah 6 bulan ( kalau nak sambung, kena bayar upah simpan ).

    Ok..saya pada masa tersebut ada RM 5320 di dalam tangan. Amaun tersebut takde le banyak pun cuma memang tak muat le nak masukkan dalam dompet saya. Kalau emas, emas 100 gram ( 20gram x 5 ketul) pun muat. Ini lecehnya duit ni. Banyak sikit je , dah takleh nak bawa. Kena pakai kad hutang ( kad kredit ) sebagai ganti.

    Apa perancangan saya masa tu ? Hurrrmmm..Dalam kepala otak saya, saya nak beli lagi emas. Oleh sebab duit tunai cuma RM 5320, saya tak dapat beli emas lebih dari 60 gram. So, saya bahagikan kepada 2 kegunaan. 1 saya guna sikit dan sebahagiannya saya beli emas lagi. Ini cara saya yang saya buat :

    1. Beli emas 40 gram ( 20 gram x 2 ketul ) pada harga RM 4530 . Seketul bersamaan RM 2555 tak termasuk delivery cost . Saya beli emas PG
    2. Baki lebihan tunai saya guna untuk beli laptop Compaq CQ40 untuk adik saya di universiti

    Part nak beli emas tu yang saya nak kongsikan. Kenapa saya buat teknik pajak ni ? Saya cuma ada  2 tujuan saja memajak emas ini iaitu :

    • Nak mencuba pengalaman memajak emas
    • Nak rempit emas yang dimiliki

    Dengan emas 70 gram ( emas bar ), saya kini sudah memiliki tambahan 40 gram lagi emas bar. Jumlah emas yang saya miliki ialah 110 gram emas bar dalam masa yang singkat sahaja. Memang best! sebab boleh rempit…Hehehe…Emas 40 gram yang (more…)

  • Kisah Saya Gadai Emas 999.99 di Bank Rakyat
    By naem on July 14th, 2009 | 34 Comments34 Comments Comments

    Salam hormat,

    Ini cerita Isnin lepas, sewaktu saya nekad untuk mencuba kaedah pajak gadai Arrahnu dalam pelaburan emas. Saya selalu mengunjungi laman blog & forum en syukor JutawanEmas ( Blog yang sangat banyak informasi tentang pelaburan emas ). Itu le kali pertama saya mula menjejak alam pajak gadai ni. Hehehe.. Orang dulu gadai emas sebab terdesak, tapi trend zaman sekarang , pajak gadai pun termasuk dalam kategori triks pelaburan emas. :wink:

    Ok, biar anda dengar apa yang nak ceritakan ni.

    Saya ada simpan emas 70 gram 999.99 (24k ) yang saya beli dari Agen Public Gold ( beli dari pokli 50 gram , dari fauzan 20 gram ). Seronok pegang emas ni. Tak sangka pula ada feel menarik. Selain dari emas 999 ( gold bar/wafer ), agen Public Gold ni ada jual emas dinar juga. Hoho..so, anda pun boleh mula memegang emas dalam bentuk dinar macam ni. Kemudian, saya terfikir apa yang best nya dengan pajak gadai ni. Pajak gadai emas ni hanya melibatkan emas fizikal saja tau. Emas seperti yang tertera dalam akaun simpanan Maybank & Public Bank tu memang tak boleh buat pajak gadai. Itu emas nombor saja. Nak fizikal, kena la tanya pegawai bank kat sana.

    Dengan berbekalkan emas 70 gram tadi, saya terus pergi ke Bank Rakyat Jalan Tangsi. Bank ini dekat dengan ofis saya. Senang kalau nak pergi bayar upah simpan atau “ambil barang ” kembali. Lebih kurang jam 11.30 pagi, saya pergi ke kaunter. Saya tanya staff tu tentang Arrahnu.

    Saya : Assalamualaikum. Puan, camner saya nak berurusan dengan skim Arrahnu

    Staff : ( tak dengar saya bagi salam rasanya ). En, nak “ambil barang” ke atau nak “masuk barang”

    ( fuuuhh..main barang-barang la ek )

    Saya : Nak masuk ( nak gadai le tu ).

    Staff tu pun bagi saya nombor giliran dan minta tunggu sekejap. Ada sorang customer kat kaunter dalaman sedang berurusan. Dalam 20 minit kemudian, giliran saya tiba. Jadi apa lagi, terus le saya masuk ke kaunter dalam untuk berurusan.Staff di dalam tu pun pompuan jugak. Alahai , Bank Rakyat ni ramai pompuan jugak le nampaknya. Saya pun dengan sedikit ilmu dari jutawanemas.com, maklumkan yang saya nak gadai emas.  Saya bagi le :

    1. IC
    2. Emas 70 gram ( 20grm+50grm )
    3. sijil emas ( emas pg punya )

    Staff tu minta resit dari saya. So, saya cakap la saya mana ada resit. Saya beli macam tu je. Takde resit pun. Cuma ada sijil dan no siri tu “match” dengan apa yang ada di sijil. Ok lah, dia pun terus mengisi nama saya dan mula memegang emas yang saya bagi tu. Dengan gaya ala-ala macho, staff tu pun terus ambil emas 50grm saya dan ditimbangnya. Kemudian emas 20gram plak. Opppss..terlupa nak cakap, selepas timbang, dia masukkan dalam satu cecair..Macam air mineral je..Rupa2nya itu untuk uji purity ( ketulenan ) emas.

    Dari apa yang berlaku waktu tu, saya dapati : (more…)