Logo Background RSS

Advertisement

  • Siri 3 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
    By naem on May 31st, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    “Jana Pendapatan Online Dari Program-Program di Internet?”

    Camner tu? Apa tu?

    Seperti yang dijanjikan, artikel kali ini akan mendedahkan ( satu perkongsian sebenarnya ) bagaimana anda seorang yang :

    • Perlukan pendapatan tambahan @
    • Ingin memenuhi masa lapang @
    • Nak bayar bil internet dengan duit internet jugak @
    • Menjana pendapatan pasif seumur hidup @
    • siapapun anda yang sedang membaca artikel ini

    tentang cara-cara yang digunakan oleh penggiat internet termasuk le saya ni dalam dunia cari duit internet. Pendek kata, di akhir penulisan ini nanti, anda akan faham dan kenal mana satu program buat duit di internet yang betul-betul sejati dan bukannya SCAMMER ( tipu aje dan tak bayar pun ). So, kalau anda betul-betul kabur dengan program yang patut / tak patut disertai, teruskan bacaan anda di bawah.

    =======================
    Program Buat Duit di Internet
    =======================

    Program Pengiklanan :

    • Google Adsense
    • Adbrite
    • Bidvertiser
    • Nuffnang

    Program di atas adalah antara program-program yang saya mula sertai sejak awal menyertai dunia online ni. Fokus utama saya pada masa tu ialah Google Adsense. Bagaimana anda boleh buat duit dengan program-program macam ni? Google Adsense sebagai contoh, anda hanya perlu letakkan iklan-iklan oleh Google di dalam blog atau website anda.Sekiranya ada pengunjung yang klik pada iklan tersebut, google akan membayar anda nilai klik tersebut. Mudah saja.Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Google Adsense dan bagaimana buat duit dari program ini, anda boleh dapatkan panduan TipAdsense.com oleh adly.Harga panduan tu pun murah je..RM20 sahaja. Selain dari Google Adsense, anda juga boleh buat duit denga Bidvertiser.Konsepnya sama sahaja cuma minimum pembayaran adalah lebih rendah berbanding Adsense. Untuk pasaran Malaysia pula, anda boleh mencuba pengiklanan melalui Nuffnang. Semua program seperti ini boleh disertai asalkan anda pasti dengan kredibiliti syarikat-syarikat yang menguruskan program tersebut. Jika anda berminat untuk mengetahui selok belok tentang Google Adsense, anda ada 3 pilihan utama iaitu : (more…)

  • YSM Free Coupon USD$15- USD$100: Terkini!
    By naem on May 24th, 2009 | 9 Comments9 Comments Comments

    Pagi tadi, macam hari-hari mingu biasa. Meneruskan misi untuk menyempurnakan versi terkini PPC Percuma saya. Projek yang terpaksa ditanguh bulan demi bulan. Semuanya kerna saya ingin berikan yang terbaik untuk anda.

    Di dalam Rahsia PPCPercuma, saya turut sediakan cara bagaimana anda dapat mendaftar akaun Yahoo Search Marketing di internet dengan kos minima ( tanpa perlu bayar lebih ). Konsepnya mudah sahaja. Iaitu daftar saja dengan link-link kredit percuma yang disediakan oleh pihak YSM. Itu lah caranya! Saya bukan ajar bagaimana nak dapatkan CTR yang tinggi ataupun Conversion yang memukau. Bab-bab tu saya masih mencari dan belajar lagi.

    Saya ada ceritakan tentang kredit percuma di YSM sebelum ini. Cuba rujuk artikel dari link di bawah :

    http://www.ppcpercuma.com/blog/2008/08/11/kredit-percuma-usd100-dengan-ysm/

    =================
    Kredit Percuma YSM
    =================
    Yahoo Search Marketing

    Untuk menggalakkan pengiklan mengiklan di Yahoo, senang cerita pihak YSM ni tawarkan kredit-kredit pengiklanan yang percuma. Ia ibarat Celcom Broadband le kot. Daftar pek permulaan RM25 dan dapat RM20 kredit langganan percuma.

    Dalam kes YSM pula, anda hanya perlu daftar akaun pengiklan melalui link promosi dan setelah membuat bayaran deposit minima USD$30, anda akan mendapata tambahan kredit percuma seperti yang dijanjikan dalam masa 72 jam.

    Antara nilai-nilai kredit percuma yang ditawarkan ialah :

    • USD$15
    • USD$20
    • USD$25
    • USD$40
    • USD$50
    • USD$60
    • USD$75
    • USD$100

    Ini yang saya jumpa la. Dulu ada kredit percuma mencecah sehingga USD$199. Itu dulu la. Sekarang tak jumpa dah. Kalau anda jumpa, maklum la kat saya ye. Ada jugak yang offer kredit pengiklanan YSM sehingga USD$125, tapi anda perlu patuhi beberapa syarat la. Leceh sikit…nak mencuba? biar saya uji dulu ye. (more…)

  • Siri 2 : Cari Duit/ Buat Duit/ Jana Pendapatan Online
    By naem on May 21st, 2009 | No Comments Comments

    Sebelum saya kongsikan pengalaman saya seterusnya dalam artikel siri 2 ini, saya nak huraikan terlebih dulu apa itu :

    • Pendapatan Pasif ( Passive Income )
    • Pendapatan Aktif ( Active Income )

    PhotobucketMemahami 2 jenis pendapatan ini mampu mengubah cara anda berfikir tentang duit. Mengubah pemikiran anda tentang kerja “part time”. Mengubah pemikiran anda tentang ” saving/simpanan “. Ia akan mengubah hidup anda secara keseluruhannya.

    Perbincangan tentang 2 jenis pendapatan ini bukan semata-mata tertumpu pada hal duit. Jika anda perasan, di dalam agama sendiri ada konsep pendapatan pasif dan aktif ini. Tentu anda yang beragama islam tahu tentang 3 perkara yang akan dibawa berjumpa tuhan walaupun telah mati. 3 Perkara yang berkekalan dan terus memberi kelebihan kepada si mati di alam kubur ( alam barzakh ).  Apa 3 perkara itu :

    1. Doa Anak Yang Soleh
    2. Ilmu yang diajarkan
    3. Sedekah yang mengalir

    Yup..perhati dan fikir semula kenapa 3 perkara tersebut yang terus menerus membantu dan dibawa sehingga selepas mati? kenapa tidak amalan -amalan lain seperti puasa setiap hari? (more…)