Logo Background RSS

Advertisement

adwords coupon

  • Tawaran Kupon Adwords Percuma Ini Akan Ditutup
    By naem on June 10th, 2009 | 10 Comments10 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Photobucket

    Maaf kiranya artikel yang ditunggu tak kunjung tiba. Heheh..ayat bermadah-madah pula saya ni. Saya tak dapat kemaskini artikel selalu. Al maklum sumber pendapatan saya bukan dari blog, jadi saya perlu gunakan banyak masa untuk meningkatkan kemahiran dan teknik pemasaran online.

    3 hari lepas, saya telah hantarkan 1 emel kepada semua pembeli Rahsia PPCPercuma. Emel tersebut dihantar bertujuan untuk membuktikan bahawa pembeli dan pelanggan saya adalah diutamakan. Saya tak akan tinggalkan anda sebaliknya cuba berfikir dari hari ke hari bagaimana membantu dan memperbaiki mutu kualiti layanan saya. Emel tersebut berkenaan dengan pemberian kupon Adwords bernilai USD$50 secara PERCUMA dari saya. ( sila rujuk forum pembeli )

    Syukur, walaupun kurang menerima respons /tindak balas dari pembeli sedia ada, saya telah edarkan lebih dari 20 kupon adwords secara sulit mahupun yang nyata. Kira-kira USD$1000 semuanya ( nilai kupon ). Saya tak jual, sebaliknya bagi PERCUMA.

    Setelah saya kaji dan teliti, rupa-rupanya masalah kurang response adalah disebabkan dari :

    • Kurang arif tentang kewujudan forum pelanggan
      • rata-rata,masih ada pembeli yang tidak mendaftar di forum sebagai pembeli. Sayang seribu kali sayang kerana ia adalah ruang support yang saya sediakan secar percuma untuk para pembeli
      • Forum tersebut agak sukar dilayari jika sambungan internet lambat. Ini masalah pihak saya. Saya sayang nak tukarkan plaform forum sedia ada kepada yang lain..Saya lebih suka ia berada dalam 1 database sahaja dan dikonfigurasikan bersama-sama wordpress.
      • Jika anda kabur tentang forum ppcpercuma, sila rujuk artikel ini :
    • Kurang membaca emel sendiri
      • hanya 50% dari pembeli ppcpercuma yang klik pada link forum yang saya nyatakan. Dari 50% tersebut, kira-kira 10% saja yang aktif memohon kupon percuma dari saya.
      • Jika anda membeli sesuatu produk di internet, forum sokongan adalah satu bonus yang tak ternilai. Anda boleh menulis segala masalah berkaitan produk untuk dibantu dan diselesaikan oleh si penjual. Jarang-jarang sekali para penjual menyediakan forum sokongan tetap tidak disediakan. Sebaliknya, forum ppcpercuma adalah peluang terbaik untuk para pembeli menikmati berita-berita terbaru, tips dan segala perkongsian yang baik dari si penjual ( saya le tu ) bahkan dari rakan-rakan pembeli yang lain.

    Saya fikir inilah sebab kenapa tindak balas terhadap tawaran PERCUMA saya tak di endahkan. Jika saya bukakan tawaran ini kepada warga Forum Wangcyber, pasti berpusu-pusu meminta pada saya. Sebaliknya, permohonan dari para pembeli sedia ada saya agak dingin. (more…)

  • Adwords : Adakah Akaun Saya Sudah Diaktifkan?
    By naem on April 6th, 2009 | 1 Comment1 Comment Comments

    Pagi tadi, saya terima 1 emel pertanyaan dari salah seorang pelanggan setia produk saya ( Panduan VCC + Rahsia PPCPercuma ). Beliau bertanyakan saya tentang masalah akaun Adwords beliau. Mulanya saya agak kurang jelas dengan soalan tersebut. Butirannya lebih kurang begini :

    Adwords : Question & Answer At PPCPercuma.com

    Setelah banyak kali berbalas emel, akhirnya baru saya faham yang beliau ingin mengaktifkan akaun Adwords beliau menggunakan VCC. Soalnya sekarang ialah bagaimana?

    Justeru, saya fikirkan persoalan tersebut mungkin boleh membantu yang lain jika ada yang menghadapi masalah yang sama.

    Pendaftaran Akaun Adwords

    Dalam ebook percuma saya yang lalu , saya telah tunjukkan cara mudah mendaftar Adwords. Saya juga ada terangkan 1 kaedah asas mendapatkan kredit percuma USD$50 dari Adwords ( kebelakangan ini agak sukar mendapat kupon ). Ringkasnya, proses pendaftaran adalah seperti berikut :

    1. Kunjungi laman Adwords dan klik button Sign Up
    2. Ikuti semua arahan dalam proses pendaftaran
    3. Aktifkan Akaun Adwords dengan maklumat pembiayaan

    Pengaktifan Akaun Adwords

    Selesai mendaftar, anda perlu mengaktifkan akaun Adwords. Di sinilah pokok soalan yang akan saya huraikan. Umumnya, sebagai pengguna Adwords, anda akan diberi pilihan membiaya akaun Adwords anda dengan 2 cara iaitu :

    • Post-Pay ( Guna Dulu, Bayar Kemudian )
    • Pre-Pay ( Bayar Dulu, Guna Kemudian )

    Dari kaedah pembayaran tersebut, kaedah pembayaran menggunakan Pre- Pay memerlukan (more…)

  • Bhg 2 : Antara Emel Domain & Emel Gmail
    By naem on February 14th, 2009 | 9 Comments9 Comments Comments

    Kos Dalam Pay Per Click - Siri 1

    Ini adalah artikel rentetan dari bahagian 1  : Antara Emel Domain & Emel Gmail.  Artikel ini ditulis berdasarkan ujikaji saya ke atas link kredit percuma Google Adwords.

    Berikut ialah ringkasan ujikaji saya dan hasilnya :

    Matlamat

    Uji kelebihan emel domain dan emel gmail untuk mendapatkan kredit percuma USD$50 dari pihak Adwords. Hasil akan direkodkan dan di dedahkan bersama.

    Kaedah

    • Daftar akaun Adwords baru menggunakan emel Gmail ( ####@gmail.com ) dan emel domain ( ####@domain.com )

    https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

    • Clear semua cookies dalam komputer atau laptop
    • Menggunakan Virtual Private Network ( VPN ) untuk menyembunyikan IP Address komputer.
    • Menggunakan identiti rakyat UK dan US untuk pendaftaran akaun Adwords baru.
    • Menggunakan VCC ( Virtual Credit Card ) sebagai kaedah pembayaran.

    Catatan

    Saya selalu terima aduan tentang khabar tak dapat USD$50 percuma dari Adwords.  Saya pernah mencuba dan berjaya. Tapi itu semua hampir 10 bulan yang lalu. (more…)